Assalamualaikum wrt wbt, selamat membaca dan semoga bermanfaat.
Seandainya hari ini persis sama seperti semalam, tiada perbaikan dari segi amal ibadah, kualiti hidup, manfaat masa dan sebagainya, mengapa menunggu esok untuk berubah?
Babah pernah berkata, "Kakak, orang Melayu ini, misi dan visi mantap. Tapi tahu apa yang kurang pada sesetengah orang Melayu?"
"Tak tahu, apa bah?" tanya saya
"Orang Melayu suka merancang tapi MALAS dan SUSAH memulai langkah pertama. Makanya banyak perancangan itu masuk tong sampah. " balas babah
Sejak dari saat itu, saya terus memahat langsung kata-kata babah dalam diri saya. Menjadikannya ia suatu iktibar.
Astaghfirullah.
"Kakak nak jadi spesis orang Melayu yang macam tu?" tanya babah lagi
"Tak nak!" jawab saya.
Perbualan ini, masih saya ingat ianya sewaktu saya menceritakan impian saya pada babah di ruang tamu sewaktu berusia 10 tahun. Saya nekad, apa yang saya inginkan, saya usaha dan sentiasa RAJIN memulakan langkah pertama:)
InsyaAllah:)
Pesan 1: Penat dengan sikap manusia!
Pesan 2: Miss my mom and dad badly. Semoga Allah mengubat rinduku ini dengan kasih dan sayangNya. Ya Allah, peliharalah kedua orangtuaku (-_-)
Pesan 3: Maaf sebab tidak seaktif dahulu meng'update' blog. Terlalu banyak tugas dan tanggungjawab sehingga saya terpaksa meninggalkan si buah hati pengarang jantungku, iaitu blog anasolehah ini. InsyaAllah jika ada kesempatan, saya akan update:)
the first step is the hardest..
BalasPadamits true~
memang sangat sangat sangat sangat benar..
macam kalau nak soca, terpaksa buat case review..nak dekat2 exam tu TERPAKSA buat jugak, so kene amek 1st step jugak kan..akhirnya bila dah buat tu, laju je buat sampai beberapa case..bukan stakat 1 yg pada awalnya rasa sangat MALAS nak buat..
mungkin pressure aka tekanan tu main peranan sgt penting nak suruh kita mulakan sesuatu langkah..atau mungkin jugak akal yang berfikiran panjang pun mampu membuat kita amek langkah pertama tu..
kalau dah tahu, tapi tak manfaatkan tak guna jugak kan..so kene lah MERAJINKAN diri utk mengambil langkah tu lepas ni..
hurm~ insyaAllah
thanks!
Duha,
BalasPadamsemoga Allah meredhai kamu:)