Ahad, 31 Januari 2010

Apa yang palingku banggakan pada diri?

Assalamualaikum wrt wbt,

Saya duduk termenung.

Semalaman, saya berbaring dan terus berfikir.

"Kalau saat ini, aku diberikan peluang kepada diriku sendiri, untuk menganugerahkan apa-apa piala atas perkara yang palingk
u banggakan, paling memberi manfaat kepada semua, apakah ia?"


Masih terdiam.

Saya sama sekali tidak ada jawapan. Apabila saya tidak ada jawapan, itu maksudnya, saya tidak merasa saya benar-benar mempunyai sesuatu yang mampu saya
banggakan.

Saat itu juga, saya yang terbaring, beristighfar.

"Ya Allah, penghuni syurgaMu insan-insan yang hebat belaka. Mana mungkin, aku hambaMu yang biasa-biasa amalannya, biasa-biasa akhlaqnya mahu menjejakkan kaki ke syurgaMu"

Lantas saya mencari solusi. Apa yang patut aku lakukan, supaya aku sendiri merasa tidak menyesal menjadi diri sendiri.

Mahu menjadi manusia luar biasa bukan bererti harus menjadi insan yang dikenali semua, insan yang popularitasnya tinggi dijunjung manusia.

Abu Lahab pun terkenal juga. Tapi terkenal dengan kejahilannya. Sudah semestinya kita tidak mahu menjadi manusia idola kemusyrikan.

Manusia luar biasa, bertindak luar biasa. Orang hebat bertindak luar biasa, untuk kepentingan semua. Namun begitu, kita harus mulakan dari diri kita dahulu. Bertindak mengubah paradigma diri dahulu.

InsyaAllah, saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang harus saya laksanakan sehari-hari. Saya mahu mengubah pola kehidupan yang telah dibentuk oleh manusia biasa terdahulu. Antara yang paling utama, membaiki hubungan saya dengan Allah SWT.
  1. Saya mahu menjaga solat saya baik dari segi waktu dan juga kualitinya
  2. Saya mahu menghafaz ayat-ayat Al-Quran dan mentaddaburinya semaksimal mungkin
  3. Saya mahu menjaga dan meningkatkan ibadah-ibadah lain baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.
  4. Saya mahu mempelajari ilmu-ilmu Hadith dan Sunnah
Apabila hubungan hamba dan Tuhannya (Allah SWT) telah dibaiki (insyaAllah) saya akan menginjak ke target kedua iaitu akademik dan kerja, ketiga adalah keluarga dan masyarakat.

InsyaAllah, sekurang-kurangnya dengan melaksanakan target hubungan saya dengan Allah SWT, maka ini akan membuatkan diri saya bangga menjadi diri sendiri. Sebagai motivasi diri saya untuk terus maju dalam menempuh dunia.

Menjadi seorang doktor itu mudah. Orang yang bodoh jika belajar, orang yang malas jika rajin mampu menjadi doktor. Cuma, menjadi doktor yang luar biasa, kita harus punya kualiti. Tidak perlu sehingga dipuji orang lain kerana itu bukan sebagian tanggungjawab kita sebagai khalifah, cukuplah diri kita sendiri yakin dengan kualiti yang ada pada diri.

InsyaAllah.


Pesan 1: Buat ukhti hebat, Alia Suzana, tahniah dan takziah. Semoga perjuangan ukhti habibati, diredhai Allah SWT.

Pesan 2: Merubah hari esok, dimulai dengan cita-cita hari ini.

2 ulasan:

  1. ukhti hebat!
    mmg mantap laa alia ni:D
    mesti masa die buat manifesto tu, dapat tepukan gemuruh..tapi die mmg berbakat pun..banggo ado adik cm die:D

    BalasPadam
  2. Semoga tempias hebatnya saudara kita mampu membangkitkan semangat kita:)

    BalasPadam