Ahad lalu, 16 Mei 2010. Saya oncall di Emergency Medical Department (EMD)
Saya mahu berkongsi tentang seorang pesakit saya. Sungguh indah pengalaman ini dan saya ingin kongsikan cerita ini bersama semua pembaca.
Jam 7 pagi, saya masuk ke EMD. Saya melaporkan diri dan bertanya doktor senior mana yang memerlukan bantuan saya.
"Dik, itu Dr D. Dia tengah perlukan bantuan dokter muda" kata seorang doktor senior setelah saya bertanya.
"Sip, insyaAllah baik dok" jawab saya sambil menunjukkan ibu jari saya tanda saya siap menjalankan tugas.
"Dok, boleh saya bantu?" tanya saya.
"Boleh dik. Ini pesakit ini, kamu monitor ketat. Setiap 2 jam periksa tanda vital, lihat urin output dan intake dia. Catat semuanya. Kemudian, perhatikan tanda-tanda shock. Pesakit ini Sepsis dengan Acute Kidney Injury. Lagi 1, ada instruksi di profil pesakit ini, jika kamu sudah selesai, telefon saya. Berapa nombor handphone kamu?"
"Baik, insyaAllah dok. Sekejap, dok"
Saya mencari handphone saya. "Eh, mana pula handphone ini?"
"Ya Allah..........saya bawa charger tapi tidak bawa handphone. Oh, pakah fatalnya tindakan yang telah ku lakukan. Oncall di Emergency tapi tidak bawa handphone. Arghhhh.........." keluh kesah saya sendiri.
"Dok................." sambil tersipu tersengih-sengih malu.
"Ya, berapa nombor handphone kamu?" tanya dokter lagi.
"Saya lupa bawa handphone" jawab saya
"Pandai kamu bercanda, cepat nombor handphone kamu. Kamu oncall tapi tidak bawa handphone. Jangan bohonglah" dokter tadi masih mengingat saya bergurau.
"Betul Dok. Salah saya, saya lupa bawa handphone. Tapi dok, boleh tidak, saya catat nombor handphone doktor, nanti saya telefon sekiranya ada masalah" saya cuba ber'negosiasi'
"Hm..haish..macam mana kamu boleh lupa bawa handphone? Ok, ini nombor handphone saya. 081xxxxxxxxx"
"Ok, baik dok, terima kasih" balas saya masih menghafal nombor handphone dokter tadi.
Lantas, saya minta teman saya mencatatkan nombor telefon dokter tersebut sambil saya me'recall' kembali.
Pesakit tadi, seorang lelaki, umurnya 65 tahun. Ditemani isterinya. Saya lihat pakcik ini lemah sangat.
"Pak, apa yang bapak rasakan sekarang? Bapak sesak nafas? Bapak ada rasa mahu pitam?"
"Tidak dokter"
"Kalau ada rasa kurang enak beritahu saya, ya"
"Baik, dok. Terima kasih"
"Tidak dokter"
"Kalau ada rasa kurang enak beritahu saya, ya"
"Baik, dok. Terima kasih"
Kemudian, saya menjalankan tugas memonitor 4 pesakit kritikal lain.
Ada seorang budak lelaki, umur 12 tahun.
"Saya sakit, menggigil dok" keluh anak tadi sambil ditemani orangtuanya.
"Dok, anak saya, kalau pulang rumah sekadar mahu makan, singgah sebentar, minta wang dari saya kalau 'bekal' sudah habis. Waktu lapangnya, banyak dengan kawan-kawan' keluh ibu pesakit ini. Mungkin merasa sangat risau.
"Ha adik, dengar ibu kamu. Lihat siapa yang ada di sini menemani kamu saat kamu susah dan sakit? Orangtua kamu kan? Kamu ingat betul-betul saat ini, kamu hargai orangtua kamu. Ingat, mereka itu sayangkan kamu. Jangan nakal-nakal lagi ya" saya menegur lembut sambil mengusap kepala adik ini.
"Baik, dokter. Terima kasih" kata anak ini. Saya melihat anak ini menggigil. Dia menghidap Dengue Hemorrhagic Fever. Masih di Emergency sehingga keadaan umum stabil, barulah dimasukkan ke ruang rawat inap (ward)
Saya balik lagi ke pesakit, pakcik tadi. Saya menguruskan pakcik tadi dari A - Z. Saya usung pakcik ini ke ruang Radiologi yang jaraknya dalam 300meter, di mana pakcik ini gemuk!. Bayangkan saya tolak katil pakcik itu. Penat tu! Sangat penat!
Disebabkan keadaan pakcik ini yang agak kritikal, maka saya lebihkan tumpuan kepadanya. Pakcik ini juga mempunyai ulcers (stomatitis/sariawan) di mulutnya. Dia tidak mampu bercakap kerana sakit yang bukan kepalang sehingga mampu menitiskan airmata.
Pernah tiba-tiba pakcik ini menangis sambil menunjukkan bagian perut bawah.
Saya tekan, bapak tadi mengerang menangis.
Saya lihat sekeliling. Ya Allah, tadinya kateter (urin kateter) di ikat supaya urinary bladder nya penuh untuk pemeriksaan USG abdomen. Kemudian tidak dibuka lagi. Mungkin kerana menahan sakitnya, pakcik tadi menangis.
Saya sangat-sangat kasihan dengan pakcik ini. Ya Allah, kesalahan apa yang saya buat. Lupa tanggalkan ikatan kateter? Huh, kesalahan yang tidak ada dalam kamus seorang dokter mungkin.
Saya pujuk pakcik ini. Saya tenangkan keadaannya. Lalu menjalankan tugas observasi lagi.
Dari pagi, saya mengobservasi, menjaga intake dan output fluids and nutritions, keadaan semasa dan melihat setiap aspek secara holistik.
Tiba-tiba, pakcik tadi memanggil saya dengan memberi isyarat tangan melambai ke arah saya. Saya yang sewaktu itu sedang memonitor tanda vital dan sebagainya berjalan menuju ke pakcik tadi.
"Ya pak, kenapa?"
Dia menunjukkan 'sign' mahu menulis. "Bapak mahu tulis sesuatu?"
Pakcik tadi hanya mengangguk. Saya mengeluarkan kertas dan pen di poket, lalu saya menghulurkan kepada pakcik ini.
Dia menulis. "Dokter orang Melayu?"
Saya menjawab sambil tersenyum, "Ya, saya pak."
"Dokter Islam?" Saya masih tersenyum dan menganggukkan kepala.
Kemudian pakcik tadi mengangkat kedua tangannya seperti berdoa, lalu
"Ya Allah, Kau sayangilah dokter ini, Ya Allah. Kau kurniakanlah dia sebanyak-banyak nikmat di dunia dan sebanyak-banyaknya kesenangan di akhirat. Kau jadikanlah dia manusia yang bermanfaat buat semua. Kau berkatilah hidup dia" sambil saya lihat pakcik tadi bersusah payah berdoa sedang pakcik ini bergenang airmata, mungkin kerana menahan sakit. Pakcik ini tidak menagih doa sebaliknya dia yang mendoakan. Mulia sungguh akhlaqnya.
"Ameen, pak. Ameen. Semoga Allah redha dengan bapak dan keluarga" bergenang airmata saya melihat wajah pakcik tadi
Sebelum pulang dari oncall, saya sempat ke pakcik tadi dan meminta diri untuk pulang.
"Anak, bapak minta maaf banyak-banyak menyusahkan kamu. Maafkan bapak" bergenang pakcik ini
"Ya Allah pak. Jangan cakap macam itu. Tugas saya, pak. Saya doakan bapak cepat sembuh dan dapat bersama dengan keluarga lagi. Saya minta diri dulu ya pak" saya bersalaman dengan isterinya.
Ya Allah, perasaan itu adalah suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan. Membantu insan yang memerlukan dan dalam masa sama, saya enjoy dengan apa yang saya lakukan.
Sebelum pulang juga, saya sempat menuntut ilmu sebanyak-banyak dari dokter yang bertugas. Saya mengekorinya kemana sahaja. Haha. Macam apa je kalau ingat balik. Kemudian, mulalah mulut saya macam bertih jagung bertanya apa saja yang dilakukan dokter dan apa-apa yang saya tidak tahu.
Dokter senior itu sempat ketawa sambil berkata,
"Aimi, kamu ini sangat bersemangat, ya"
Semoga Allah redha dengan apa yang saya lakukan dan bersama saya setiap detik waktu berlalu. Ameen.
Pesan 1: Semakin bersemangat belajar. Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku ikhlas dalam mencari ilmuMu.
bergenang air mata jugak bila sampai kat part pakcik tu doa kat akak.
BalasPadambest bila dapat buat orang rasa senang.
Ahmad Akmal,
BalasPadamSubahanallah, memang waktu itu rasa sangat terharu. Sampai hari ini, pakcik tadi masih dirawat. Alhamdulillah, pakcik & family masih kenal akak.
Wuaa (T_T). Menangis mode terharu:)