Khamis, 23 Jun 2011

Kebiasaan rahsia umum

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera buat semua,

Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Tuhan kita yang menciptakan segala nikmat buat manusia dan alam sekeliling,


Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, junjungan besar, keluarga Baginda, para sahabat, tabi'-tabiin.


Gambar hiasan
Credit to the artist.

Apabila melihat gambar di atas, pasti semua tahu, perempuan berbaju merah sedang membisikkan sesuatu kan?
(Takkan tengah menggoreng ikan kot?. Apa lah Aimi ni~)

Baiklah, entry kali ini saya ingin menyentuh tentang kebiasaan "RAHSIA UMUM"

Apa yang saya maksudkan dengan KEBIASAAN RAHSIA UMUM?

Meh, saya berikan contoh situasi ya.

Di suatu petang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, duduk berdua sahabat baik di bawah pohon cemara,

Nurul: Siti, aku ada hal yang dikongsikan bersama kamu. Tapi ini rahsia ya! Janji tau!

Siti: Oh, ok! Janji.

Nurul: Sok-sek-sok-sek (sambil bercerita dengan penuh semangat). Ok, macam itulah ceritanya. Selesai. Kau janji jangan cerita dekat orang lain. Hal ini berat buat aku. Malu aku kalau sampai orang tahu

Siti: Ok, aku janji. Percayalah dengan aku.

Esoknya, Siti bertemu Halimah.

Siti: Halimah, semalam Nurul ada cerita rahsia dia dekat aku. Aku pun bingunglah. Tak tahu macam mana caranya untuk selesaikan.

Halimah: Apa dia? Dia minta kau selesaikan ke?

Siti: Tak boleh. Aku dah janji dengan dia. Memanglah dia tak minta, tapi aku nak bantu dia

Halimah: Oh, kalau macam itu, simpanlah.

Siti: Tapi......kalau aku cerita dekat kau, kau jangan cerita dekat orang lain ye. Aku dah janji nak simpan rahsia.

Halimah: Ok, aku janji.

Lusanya, Halimah bertemu Rokiah

----------------------------------------------------------------------------------------

Agak-agak sampai bila rahsia ini akan berputar kalau semua mengamalkan sikap Kebiasaan Rahsia Umum??

Pernah mengalami situasi seperti ini tidak atau terkena dengan situasi ini?

Inilah yang saya maksudkan rahsia umum.

Ada beberapa hal yang ingin saya utarakan di sini,

Dosa memungkiri janji.
  • Lupa? Mari kita sama-sama saling mengingatkan. Jika kita telah berjanji untuk menyimpan rahsia, kita wajib menyimpannya.
  • Memungkiri janji itu sifat orang munafik dan orang munafik itu dibenci Allah SWT. Na'udzhubillah.
  • Surah Al-Maidah: 1 terjemahannya: “Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.
Mengaibkan
  • Mungkin saja, rahsia yang disampaikan kawan kita itu adalah hal yang mengaibkan dirinya. Kenapa perlu kita membuka aib dia sedangkan dia berusaha untuk menutupinya?
  • Jangan mencari-cari keaiban orang dan sekiranya keaiban sahabat atau keluarga terpampang depan mata kita, tutuplah ia dengan sebaiknya.
  • Jika kita menjaga aib manusia lain, insyaAllah Allah SWT akan menjaga aib kita. Itu lebih baik.
Alasan

  • Ada yang beralasan, ingin membantu kawan mencari solusi.
  • Bagus niat kamu tapi caranya salah!
  • Kadang kala, kawan kita bercerita rahsia mereka bukan untuk dicarikan solusi tetapi cukup untuk didengarkan.
  • Berdiskusi mencari solusi itu harus dipilih-pilih orangnya dan benar-benar setiap insan itu lurus niat mereka untuk mencari solusi bukan mendiskusikan aib orang atau istilahnya mengumpat sehingga diakhir diskusi, ada solusi dan bukan jalan mati!
Perpecah-belahan
  • Sedar atau tidak, sikap kebiasaan rahsia umum itu mempengaruhi ukhuwwah sesama.
  • Misalnya, si A tidak mahu diketahui rahsianya oleh si B lallu menceritakan kepada C. Tapi C bercerita kepada B. Boleh bayangkan gempa bumi dan tsunami yang bakal muncul?
  • Alangkah bagusnya jika kita berdiam dan diam kita mendamaikan banyak orang.

Alhamdulillah, sedikit perkongsian yang dapat saya berikan dan berharap ia nya bermanfaat buat semua.

Pesan 1: Ingat hukum karma, "What you give, you get back. Sambungan yang saya selalu selitkan, If it's not here then in Hereafter. InsyaAllah"

Pesan 2: Mual dengan sikap orang seperti di atas dan saya ada tips untuk kalian, jika bertemu dengan individu seperti di atas. ZIP mulut kalian ketat-ketat dan rapat-rapat jangan sampai bocor walau satu kalimat kerana sebentar lagi ianya akan tersebar :))

Pesan 3: Mari beristighfar. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan