Isnin, 16 Mac 2009

Ku doakan SYURGA buatmu, teman:)

Suatu masa dulu, saya pernah merasa kehilangannya nikmat solat. Hilang rasa khusyuk. Airmata tidak lagi menjadi teman kala muhasabah diri sendirian. Bacaan Al-Quran tidak lagi saya hayati seperti sebelumnya. Setiap saat yang dilalui terasa seakan sia-sia belaka. Merenung langit tanpa rasa kagum. Memandang pohonan tanpa rasa syukur.

Sedangkan Al-Imran : 190-191 ada tertulis (maksudnya)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, danmereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia; mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka

Astaghfirullah.

Saya tidak betah sendirian membawa ego manusia melayari bahtera kehidupan. Saya cuba mencari di mana silapnya. Hampir berputus asa dibuatnya. Hujung minggu itu saya diajak teman untuk berqiamullail (MABIT-Malam Bina Iman & Taqwa) di salah sebuah Masjid di Bandung. Memandangkan jadual kuliah dan tuntutan kerja (assignment) yang tidak begitu banyak, saya turutkan.

“Manalah tahu, Allah bukakan hati ku. Menghilangkan hijab antara Dia denganku” bisik hati


Setelah solat Asar, saya dan sahabat-sahabat yang lain bergerak menaiki bas menuju ke masjid. Hujung minggu yang dihabiskan dengan beriktikaf di masjid dan beribadah kepadaNya. Peluang begini jarang datang bergolek.


Seperti biasa, saya akan mengulang-ulang ayat hafazan. Namun seperti yang dijangka, tiada rasa kenikmatan ayat suciNya yang masuk meresap menyapa hati. Saya menutup Al-Quran, membetulkan simpuhan duduk langsung menundukkan kepala dan memejamkan mata.

“Ya Allah, jangan Ya Allah Kau palingkan pandanganMu dari ku walau sesaat,
Ya Allah, aku rindu bersama Mu, meluahkan rasa sedih dan gembira hanya padaMu. Ya Allah, Kau berikanlah aku petanda atau petunjuk. Jangan Ya Allah Kau abaikan aku hambaMu yang kerdil lagi hina ini” sambil berbisik di dalam hati saya terus bermunajat agar ketenangan dan nikmat rasa kebersamaan Allah terus digapai.

“Assalamualaikum ukhti” sapa seorang teman
“Wa’alaikumussalam” jawabku ringkas. Memandang tepat wajah yang menyapa. Tidak pernah saya kenali wajah ini sebelumnya.

Saya meluangkan masa dan berkongsi cerita. Meringankan mulut berbicara. Dia seorang wanita Indonesia yang punya tujuan sama datang ke masjid untuk menghabiskan hujung minggu beribadah kepadaNya. Dia datang menyapa saya setelah dari tadi dia memerhatikan tingkah saya seperti orang yang tidak senang duduk. Entah kenapa, saya terasa ingin mengajukan soalan kepadanya tentang masalah yang dihadapi.

“Mungkinkah Allah tidak sayang pada ana lagi?”tanyaku setelah bercerita panjang lebar menjelaskan situasi sebenar.

“Ukhti, masakan Allah tidak sayang pada kamu. Kalau Dia ngga’ sayang pada kamu, ternyata kekafiran menjadi pegangan mu kini. Na’udzhubillah. Saking (sangat) sayangnya Allah pada kamu, ditiupkanlah rasa ingin tahu dan mencari solusi masalah hati kamu. Ukhti, walau ana baru mengenali ukhti tetapi seperti sudah kerasa (terasa) dekat seperti sudah bertahun kita berkenalan.

Maukah ukhti mendengarkan pandangan dan nasihat ana?”
tanya sahabat tadi.

“InsyaAllah. Ana terbuka menerima pandangan enti kerana itulah tujuan ana ke mari. Mencari solusi masalah hati yang dihadapi” balas ku

“Semoga apa yang ana tuturkan menjadi peringatan buat ukhti dan juga diri ana. Ukhti, selama sehari-hari kita menjalani kehidupan, banyak yang kita tuturkan, banyak yang kita lakukan. Semuanya demi mencapai redha Illahi. Subhanallah ibadah kita pada Allah mantap tetapi mungkin saja terkadang dalam ghairah mengejar
cita, kita terkasar bahasa kepada manusia dan terlanjur sikap yang menyinggung perasaan mereka dan mereka terasa hati dengan kita. Mereka menyimpan dendam malah. Mungkin saja hijab yang wujud antara diri kita dan Allah kerana kealpaan kita menjaga “habluminannas” hubungan dengan manusia. Wallahualam”

Airmata saya terus mengalir deras. Lantas saya berkejar mengambil wudu’ dan menunaikan solat taubat. Setelah selesai solat, dengan airmata yang masih membasahi pipi, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada teman-teman. Saya memohon kemaafan. Saya menelefon mama dan babah menagih kemaafan dari mereka. Alhamdulillah, setelah selesai sms dihantar, panggilan dibuat, ketenangan sedikit dapat dirasakan. Baru saya tahu ada insan yang memendam marah dan berkecil hati dengan sikap saya. Maaf teman kerana lalai dalam menjaga haq sabagai seorang sahabat.


Buat sahabat teristimewa : Alia, Tasha, My Housemate Shahida, Wani & Izzatul, Zura, Qamar (kalau nama tidak tersebut bukan bererti anda tidak disayangi dan diingati oleh diri. Cuma panjang sangat kalau nak list kan semua). Semoga syurga hadiah buatmu kerana ketulusan dalam bersahabat. Tidak membiarkan diri terus leka dengan maksiat dan pesona dunia lantas segera mengingatkan daku tentang akhirat serta kematian.

18 ulasan:

  1. Pertemuan dan perpisahan lumrah hidup manusia...
    Semoga kita semua tergolong dalam kategori hambaNya yang mendapat nauganNya pada hari tiada naungan selaih milikNya...

    '2 orang yang bertemu keranaNya dan berpisah juga keranaNya'

    Bersahabat sehingga ke Syurga ;-)

    BalasPadam
  2. "Ukhti, walau ana baru mengenali ukhti tetapi seperti sudah kerasa (terasa) dekat seperti sudah bertahun kita berkenalan."

    inilah kesan kalau berukhuwwah kerana Allah..walau baru berjumpa tapi hati akan segera terpaut dan hanya Allah yang tahu betapa kasihnya kita pada sahabat tersebut..

    satu peringatan yg sgt2 bermakna untuk diri ini insyaAllah..kadang kita melupakan hak sahabat kita dan tanpa disedari melukai perasaan derang '-_- moga lpasni lebih behati-hati dalam mengambil setiap tindakan..

    ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini dalam setiap langkah dan pergerakan yg bakal dilakukan..

    tanpa hidayah dan bimbinganMu tak mungkin diri ini selamat sampai ke destinasi cintaMu

    janganlah Kau tarik nikmat kemanisan yang kurasai saat bersamaMu..

    Astaghfirullah Al-Adzim

    (adeh..sdeyh~ sob3)

    BalasPadam
  3. salamun 'alayk~
    ala.. awat sume sedey2 ni.. x pasal2 je alia berSOCA dgn linangan ayor mata tanpe dpt ditutup paipnye esok nanti :P [nk mintk doa sbnnrye, hihi]

    ukhuwah islamiyah bukan sekadar pertalian yg diucapkan, dicita2kan, tetapi dibuktikan dgn tuntutan sesama kita.. saling membantu & mengingatkan, menyenangkan hati, mengenyangkan perut (oops!) we r FAMILY! ^-^

    bertemu tidak jemu,
    berpisah x gelisah,
    belanja2 la alia selalu,
    nak masak2 utk alia pun x kesah~

    hihi~ kak Aimi, ahabbakillaziy ahbabtaniy lahu [semoga Allah mencintaimu ukhti, kerana engkau mencintaiku keranaNya]..

    smoge persahabatan kita mampu meraih redha Allah, membawa ke syurgaNya, dan menjauhkan kita drp azab nerakaNya yg maha pedih~

    BalasPadam
  4. erm..sedih plak baca..
    kak aimi...
    ceria2 n sehat2 sokmo ye..
    jgn sedih2..x lawa..hehe

    apepun..nikmat kegembiraan n kesedihan itu dtg dr Allah..
    Allah dtgkan kegelisahan pd hati..supaya kita kembali pdNya..
    Sama2 kita muhasabah kembali diri..koreksi diri..


    'Perbaikilah hbgn kamu dgn Allah, apbla Allah mngasihi kamu...nescaya DIA akn campakkan rasa ksh syg kpd makhluk menyebabkan makhluk mngasihimu...'

    sama2 kita renungkan..

    Uhibbuki fillah ya ukhti~

    BalasPadam
  5. kak alia~~~
    gud luck soca!chaiyok2...
    bittaufiq wannajah..
    pas hbs exm..kak alia yg kena blnja aiman,k?
    hik3..k.aimi..tumpang ruang komen ni jap ye=)

    BalasPadam
  6. To Ahmad Zulfahmi :
    Ameen insyaAllah:)
    Terima kasih banyak ya akhi(^_^)Y

    To Duha :
    Ameen insyaAllah. Menjaga sahabat adalah ujian dan ianya adalah nikmat andai persahabatan disandarkan ikhlas keranaNya dari bersahabat kerana bersandarkan kesenangan dunia semata. Astaghfirullah
    Semoga kita dijauhkan dari sikap mengambil kesempatan ke atas sahabat kita dan semoga kata-kata, sikap dan segala yang dizahirkan membawa diri dan sahabat makin mendekati Allah(^_^)Y

    To Alia :
    InsyaAllah ukhti. Hukhukhuk~
    Akak dah seminggu lebih berendam airmata.
    Susah dan senang menjalani kehidupan dunia
    Tawa dan airmata menghadapi ujian sementara
    Kau sahabat, kau teman, kau saudara
    Semoga kita bertemu di syurga kelak:)
    Ameen(^_^)Y

    p/s : Alia nak lagi muhibbah n lagi menggemukkan diri kita kena nikahkan bakal anak kita lah. Boleh selalu jumpa. Ada cadangan lain?Hihi;P

    BalasPadam
  7. To Nurul88 aka Aimang!

    Sedih lagi hati yang menerima ujian
    InsyaAllah ukhti.
    Saya menyayangi mu kerana Allah SWT
    Semoga dijadikan engkau penghuni syurga di akhirat kelak. Ameen~(^_^)Y

    BalasPadam
  8. Dear Nurul88~ cish emang~~ akak tgh menagih makanang dr kak aimi ni, emang sibuk2 plk. [nanti kite bahagi 2 ek, kite sedut dr dapur kak aimi! kui3]

    kak aimi~! alamak.. nak berbesan ke kite nih? gempaq la long term planning akak~ [gelak2 xpecaye].. insyaAllah dipikirin, alia pun belum setel lg.. insyaAllah means only Allah can stop us from doing it! :) roger n out.

    BalasPadam
  9. To Alia montel!!:
    insyaAllah difikirkan ye.Nak masak apa ye?
    (hurm..baik yang usrah sama mahupun adik-adik usrahku memang kuat makan. Berjaya juga bawa syndrome kuat makan kepada makhluk-makhluk ini..hihi)
    Apa salahnya. Kita merancangkan. Seandainya diizinkan Allah SWT. Jauh eh plan?Tak jauh, dokek yo:)

    p/s : Goodluck exam. Pulun hafal & bercakap sorang2, semoga Allah memberikanmu yang terbaik dan menjadikan dirimu hamba yang redha dengan segala ketentuan Illahi;)

    BalasPadam
  10. Salam ukhti habibati!
    Ameen semoga sama2 kita berjuang untuk mencapai syurga yang abadi nanti!

    Alhamdulillah kalau Allah still campakkan rs bersalah semasa ada kesalahan yang kita lakukan.takut kalau2 Allah dah timbulkan rs tersebut!

    Amboi2 alia and aimi dah nak 'membaitulmuslimkan' bakal2 anak2 masing2 tuh..itu tandanya kita dah tak lama lagi nak makan nasik minyak!
    Semoga ukhuwah ini kekal selama2nya!
    sayang semua2!!

    BalasPadam
  11. *takut kalau2 Allah dah tak timbulkan rasa bersalah tersebut(pembetulan kat atas)..

    nanti jemput2 laa dtg wisma e2,pedca=)

    BalasPadam
  12. rasa tenang bile baca post ini...=)

    BalasPadam
  13. To Iman Aisyah:
    Ameen ukhti habibati:)
    semoga syurgalah tempatmu
    tiada kebetulan dalam perancangan Allah SWT, pasti ada hikmah dan ibrah yang mampu diambil
    begitu jugalah pertemuan kita sebagai sahabat. Bukan suatu ketidaksengajaan yang sia-sia. Mengeratkan kasih, menyimpulkan sayang(^_^)Y

    p/s : hanya merancang. dlm ms terdekat mkn ns minyak?huhu..tasha, saya hormat awak..awak lah dulu..kan awak lagi "matang" dari saya..hihihi..insyaAllah, habaq mai pukul berapa na, nanti ceq datang ghumah~

    BalasPadam
  14. To Qayyum :

    Alhamdulillah..InsyaAllah semoga hati-hati ini tetap dipinjamkan nikmat ketenangan dariNya:)

    BalasPadam
  15. salam...thx krn mencatat namaku...hhehehhe..
    manusia mmg tidak pernah lari dr melakukan kesilapan...sbb itu sll kne memohon maaf n memaafkn...apabila terjadi pergaduhan antara dua org, org yg meminta maaf duluan yg lebih disukai oleh Allah...(",)
    saling menasihati...
    rindu kamu...

    BalasPadam
  16. To Anonim a.k.a Qamar~

    salam..sekalipun tidak dizahirkan insyaAllah saya akan ingat selalu kamu(^_^)Y
    betul3(upin ipin mode)
    fazzakir inna ma anta muzzakir

    p/s : apa kbr org jakarta?bila nak mai berkunjung ke bandung?:)

    BalasPadam
  17. alhamdulillah...insyaAllah sentiasa sehat...
    kalu ada rezeki n kelapangan, insyaAllah akn smpi ke bndg lg...hhehehhehe

    BalasPadam
  18. To Qamar :
    Alhamdulillah semoga dengan nikmat sihat ini menjadikan diri kita lebih khusyuk dalam ibadah dan sentiasa bersyukur kepadaNya

    p/s : lapang-lapangkanlah waktu kamu ye

    BalasPadam