Khamis, 19 Mac 2009

Penyanyi jalanan (pengamen) yang menginsafkan

Sewaktu pulang menaiki bas Damri ke Jatinangor dari Bandung, saya melemparkan pandangan ke luar. Menghabiskan sisa lelah yang masih dikandung badan. Hari ini masuk hari yang ke 4 saya hanya tidur 2 – 3 jam. Tuntutan tanggungjawab sebagai pelajar tahun 4 Perubatan menyebabkan saya harus berkorban masa, tenaga, wang harta. Kesenangan dan perihal diri harus ditolak tepi. Fikiran dan kudrat terarah kepada belajar baik untuk peperiksaan SOCA, OSCE, Tropical Medicine System mahupun dalam penyiapan skripsi. Segala fokus harus diberikan andai yang terbaik mahu dicapai. Itulah saya. InsyaAllah



Sepanjang perjalanan pulang, ramai peniaga-peniaga cuba menarik perhatian pelanggan iaitu kami penumpang bas. Bersilih ganti menjual. Nada suara dialunkan turun dan naik. Saya tidak tertarik untuk melihat apatah lagi membeli. Kala sedang kebingungan ini mungkin yang saya perlukan adalah ketenangan. Jual beli yang berlalu saya biarkan berlalu melewati waktu dan perjalanan saya ke Jatinangor.


Sedang asyik mengelamun, gegendang telinga saya di sapa merdu alunan muzik dari para peminta sedekah jalanan. Alunannya yang tidak memekakkan telinga dan tidak juga mengalun lemah longlai. Subhanallah. Saya di buai melayari mimpi ditambah tubuh yang kepenatan dan minda yang kelelahan.


Saya tertidur sepanjang perjalanan dan hanya tersedar apabila ada yang mengusik bahu saya mengejutkan diri. Tidak saya sedar siapakah gerangan yang mencuit saya. Alhamdulillah. Wajah yang masih berbekas bersama langkah yang masih longlai saya turuni tangga bas. Saya harus ke Fakulti Jurusan Kimia menghantar buku rujukan yang dipinjam untuk fotokopi bagi tujuan menyiapkan skripsi.


Sewaktu dalam perjalanan ke Fakulti tersebut, saya beristighfar panjang lantas mengambil ibrah dari apa yang berlaku di dalam bas sebentar tadi.


Situasi 1 : Para penjual menjual barangan mereka. Saya tidak tertarik


Situasi 2 : Para peminta sedekah mendendangkan lagu. Saya tertarik


Subhanallah. Cuba bayangkan andai ini adalah situasi antara kita dan Allah SWT. Menjalankan jual beli denganNya. Sebagai contoh, ibadah yang kita lakukan haruslah ibadah yang benar, baik dan sempurna maka barulah kita mampu menghadiahkan atau menjualkannya kepada Allah. InsyaAllah, Allah pasti tertarik dengan urusan jual beli tadi kerana ibadah kita tadi benar-benar memenuhi citarasaNya.


Kualiti juga ada disebut di dalam Kalam Allah Al-Anfal : 66 (maksudnya);


"Sekarang Allah telah meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahwa ada kelemahan padamu. Maka jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh); dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar"


Ayat ini telah menyentuh kepada penekanan pada kualiti kesabaran berbanding dengan jumlah mukmin yang datang berjuang.


Manakala jual beli dengan Allah telah disebutkan dalam At Taubah : 111 (bermaksud);


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berpegang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"


Na’udzhubillah. Bayangkan pula urusan niaga yang tidak memenuhi kehendak Allah SWT atau citarasaNya, “berniaga asal laku”, beribadah asal buat. Tiada kualiti apatah lagi kuantiti. Allah SWT akan palingkan pandanganNya kah dari kita?Memandang ke arah hambaNya yang lain yang mampu menjual ibadah yang lebih sempurna dan berkualiti. Astaghfirullah.


Adalah penting bagi kita melakukan sesuatu perkara sesuai dengan tugas kita sebagai HAMBA dan menjalankan tanggungjawab dengan BERIBADAH. Ibadah yang dilakukan pula haruslah berkualiti dan punya kuantiti agar IBADAH DAGANGAN kita kelak menarik pandanganNya.


Wallahualam


InsyaAllah mulai saat ini saya mahu menjualkan hanya yang terbaik untukNya. Anda pula bagaimana?


Jom bersama memberikan yang terbaik supaya Syurga adalah keuntungannya. Subhanallah (^_^)Y

8 ulasan:

  1. salam..
    aimi jom jadi partner dalam 'berniaga'?

    hehe..
    wah2 semanagat2..aduss tido 2,3jam je?kita waktu makan boleh skip tapi tdo ni mmg kena kurangkan jugak!

    we do the best in everything!jumpa esok!!

    =)miss u=)bagi alia jeles.ehehe

    BalasPadam
  2. erm..berniaga..

    Allah dah cukup pemurah dah..dia beri kita segalanya sebagai nikmat dan kemudian menawarkan pulak lagi kat kita utk buat "bussiness" yang pasti akan menguntungkan kita (jika diterima iA)..

    nak berniaga kna ada modal..modal kita apa?

    "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka.."

    modalnye adalah diri dan harta kita sndiri yang datngnya jia dari Allah..

    dan keuntungannya adalah syurga..

    "..dengan memberikan syurga untuk mereka."

    so, marilah sama2 mengejar peluang perniagaan ni dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas mungkin iA agar keuntungan tu kita kecapi..

    p/s: nak miss you jgak..ahahh

    BalasPadam
  3. To Iman Aisyah :

    Salam, insyaAllah kita jadi partner AKTIF dalam menjayakan business kita di dunia. Ameen~

    Semoga kita dipanjangkan umur dengan mendapatkan berkah dan keredhaan dariNya

    p/s : miss u 2,3,4,5,6,20..ni ikhlas:)

    BalasPadam
  4. To Duha :

    Syukran ukhti. Jangan sampai PEMBELI sudah menyediakan GANJARAN tetapi si PENJUAL MINTA HUTANG. Apa ke peliknya urusan niaga begitu?Tapi itulah realiti andai kita tidak menyediakan barang dagangan kita dari awal. Modal sudah punya, tinggal mengaut untung sahaja.Subhanallah

    p/s : U can miss me. I'll accept it..Hihi..Miss u 2,4,6,8~(miss pun pakai sifir 2)

    BalasPadam
  5. hehe..bgus2..pkai sifir 2..bole jd pakar dokte+matematik skali..

    insyaAllah duha akn snts berusaha untuk mnjadi peniaga terbaik! :)

    p/s: bdw, siape tah yg tempah Al-Quran kat toko arafah patu da bayar deposit rp50k tapi tak amik2 lagi buku die..name die nurul kalau tak silap..ahahha..(seb baik rs cam pnah tgk num tel yg tertera kat situ kan..try laa dial..rupe2nye kak aimi~)..haha..tanak amik ke?? kalau nk duha amikkan bole jgak..nnt nk singgah kdai tu lg.. :)

    BalasPadam
  6. To Duha :

    hoho..mau2..apa tak maunya~
    tapi itulah dah sibuk, insyaAllah weekends ni g:)
    btw, thanks k(^_^)

    BalasPadam
  7. dari bandung kami mahu rp10 juta! yeah!
    ingatkah lagii??
    hehehe ;)

    BalasPadam
  8. To nurira:

    hehehe..apa tak ingat~
    ni yang kena mengamen:P

    BalasPadam