Jumaat, 20 Mac 2009

Mama, I Love You So Much


Tanggal 25 Mac, 46 tahun dahulu, lahirlah insan yang sangatku sayangi dan hormati.
Insan yang ku dambakan kasih dan sayangnya.

Insan yang menyayangiku tanpa mengharapkan tangan ini membelainya kembali
Insan yang memberikanku makan tanpa mengharapkan tangan ini menyuapnya kembali.
Insan yang diciptakan dan ditaqdirkan Allah dimana rahimnya ku tumpangi.

Mama, insan mulia yang saya maksudkan. Mama yang menitisnya peluh membesarkan d
iri ini tanpa pernah mengeluh. Mama yang tubuhnya kelelahan tanpa pernah rungutan menjadi buah kata. Mama yang mindanya kadang kekusutan memikirkan perihal kami namun tiada omelan yang mengguris hati terlafazkan. Subhanallah. Mama seorang insan yang tabah.

Hari ini saya memandang semalam. Mengenangkan segala dosa, segala kata dan segala perbuatan yang pernah mengguris hati mencalari segenap ruang hati mama. Hati ini paling mudah tersentuh andai soal IBU yang diutarakan. Tidak sanggup untuk saya mengguris hati insan yang sentiasa menjaga hati ini. Penyesalan yang menggunung tinggi meluahkan airmata.

Suatu panggilan pernah dibuat. Mengalir airmata saat melafazkan ampunan maaf kepada mama. Itu bukan yang pertama dan insyaAllah bukan sahaja yang terakhir kerana selagi hayat mama dikandung badan, saya akan sentiasa memohon maaf darinya, insan yang tersayang;

"Assalamualaikum ma...Kakak minta maaf atas segala perbuatan, kata-kata kakak atau apa sahaja yang pernah mengguris hati mama. Mama halalkan susu yang membina tiap tubuh kakak. Mama halalkan makan dan minum kakak. Maafkan kakak, mama" ucap saya memohon ampun.

"Wa'alaikumussalam kakak. Mama lama dah maafkan kakak. Kakak tidak buat salah apa. InsyaAllah mama halalkan. Itu sudah tanggungjawab mama. Lagipun kakak tidak buat perangai, mama redhakan kakak" suara lembut mama menenangkan jiwa yang sedih hiba.

Pernah juga saya menghantar pesanan ringkas (sms), membelah kesunyian malam;

Mama,

You such a great mom in this world
You bring "miracle of life" in your womb
You hear me before I could talk
You hold me before I could walk

Dibalas mama;

Is it comes from your bottom of your heart?

Saya membalasnya;

Yes, purely from bottom of my heart and you're Queen of my Heart


Andai ditaqdirkan mama pergi dulu, saya tidak mahu walau ada sekelumit kekesalan tumbuh saat mama sudah tiada di dunia. Saya mahu menghargai mama sebaiknya. Dulu saat mama memulakan "ceramah" pasti saya sahut dengan rungutan riuh di dalam hati. Namun sekarang tidak lagi, saat mama membuka bicara "ceramah"nya, saya akan pandang terus ke mata mama, menghayati tiap katanya dan pantas mencium pipinya. Rungutan kecil dari mama pasti terkeluar kerana merasakan saya hanya hendak bermain dan tidak menumpukan perhatian dengan "ceramah"nya itu. Tapi inilah mama. Kalau segala keburukan diri ini mama boleh menerimanya, kenapa tidak kekurangan mama saya terima dengan hati yang terbuka?Kenapa tidak segala perbuatan mama yang terasa kurang selesa di hati, saya terbuka menerima dan berlapang dada?

Saat saya pernah diserang penyakit sehingga lumpuh tangan dan kaki, saya melihat dalam kepayahan mama memapah diri ini hanya untuk membuang air. Hakikatnya saya menangis melihat kepayahan insan yang banyak berkorban ini. Tangannya lembut menyuapkan saya makanan. Kata-katanya luhur membina semangat yang lemah. Tatkala itu, hati saya menjerit menangis. Melihat saya dengan penuh kasih sayang meleraikan segala kekusutan. Airmata menahan kesakitan yang mengalir di pipi dikesat lembut mama.

"Kenapa kakak?Sakit?"

Mama sangat peka dengan perubahan riak wajah ku. Kepayahan dan kesakitan yang ditanggung badan segera mama kenalinya sedangkan waktu itu saya terjaga di pertengahan malam, tersedar dek kesakitan yang bagai menumbuk-numbuk seluruh belakang sehingga ke hujung kaki. Bagaimana mungkin seorang anak sanggup menyusahkan ibunya?

"Ya Allah, mulia sungguh insan yang bergelar mama, tidak pernah membiarkan diri saya kepayahan sendirian. Kau tempatkanlah mama dan babah sebagai ahli syurga. Kau ampunkanlah dosa mereka, ya Rabb"

Seusai solat, sudah menjadi kebiasaan insyaAllah akan saya doakan mereka, mama dan babah. Minda menerawang membayangkan wajah-wajah mereka, saat suka dan duka. Pasti airmata menjadi teman setiaku.

Saya pernah menangis kerana mendapat tahu saya difitnah. Ujian itu bagai timbunan batu menimpa diri tetapi mama, dengan lembut tapi penuh ketegasan,

"Aimi, the only thing you should bear in your mind is you have The Mighty Allah and you have us, your family. You may have less people to talk to, but remember with these 2 (Allah, Family) insyaAllah, you may take a further path leaving all the pain behind and stand as an Outstanding and Extraordinary Muslim. They can say whatever they like and wish to, but remember, you own your mind, you own your body, you own your soul, they never can let you down"

Subhanallah, sungguh saya terkesima dengan kata-kata mama. Padat tetapi benar-benar menyembuhkan luka di hati. Insan sekeliling sibuk berkata yang bukan-bukan tentang saya. Hanya Allah tahu betapa hati saya hancur melihat dan mendengar kata-kata yang tidak benar sama sekali.

Suatu ketika, sewaktu bercuti di Malaysia pada bulan Ogos yang lalu, saya telah dijemput oleh guru di salah sebuah sekolah MRSM di Melaka untuk menyampaikan ta'lim. Saya bertanyakan pada mama;

"Ma, apa pandangan mama? Nak bagi ke tidak?Kalau nak bagi nak bagi tajuk apa ye?" tanya saya yang agak menggelabah ketika itu kerana saya masih belum meletakkan panggilan telefon pemanggil yang menjemput saya menyampaikan ta'lim

"Ikut kakak. Tak salah. Asal menyampaikan. Lagipun tu budak-budak, penyampaian tak perlu lah tinggi sangat & santai-santai sahaja" balas mama penuh ketenangan. Mama sibuk menjahit baju-baju tempahan pelanggan sedikit pun tidak mengalihkan pandangan ke saya. Mungkin sibuk.

Itulah ta'lim pertama saya yang disaksikan oleh mama sendiri. Terharu dibuatnya. Tetapi saya memandang wajah mama yang duduk dipojok hujung masjid sekolah hanya menundukkan mukanya. Sebelum berjalan ke hadapan para pelajar, saya menyalami mama dan memohon doanya agar ta'lim yang akan saya sampaikan berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah selesai sudah ta'lim yang diberi. Penekanan pada niat dan tanggungjawab pelajar yang lebih saya tegaskan. Ada linangan airmata yang saya lihat antara pelajar-pelajar tadi. Saya tahu tekanan SPM, PMR kadang-kadang menjadikan kita manusia lupa ujian sebenar adalah AKHIRAT. Mata adik-adik kelihatan sayu. InsyaAllah seandainya diberi peluang akan saya singgah lagi menyampaikan sesuatu yang bermanfaat pada mereka.

Saya bertanya pada mama,

"Ma,
cane kakak tadi?Jelas tak penyampaian?"tanya saya yang masih saya melihat ada sekelumit rasa pada wajah mama yang tidak dapat saya tafsirkan.

"Alhamdulillah, ok cuma kurang jelas sampai ke belakang. Sebenarnya, waktu awal-awal kakak ada dekat depan, sampaikan ta'lim tadi mama rasa nak nangis." sayup penjelasan mama

"Kenapa ma?Kakak ada tersalah cakap ke?"
tanya saya lagi yang terus diburu rasa bersalah.

"Bukan, kakak tak de buat salah apa-apa pun. Cuma mama terharu, dulu mama selalu bagi nasihat dekat kakak dan hari ini mama melihat anak mama sendiri menyampaikan nasihat pada insan lain. Subhanallah mama terharu sangat. Mama doakan kakak supaya istiqamah dan sentiasa diikhlaskan niat" terlihat wajah mama yang tenang melafazkan kata, bertakung airmata saya. Lantas saya menyalami mama dan mengucup kedua pipinya.

Al-Quran Luqman :14 (maksudnya)
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu"

Al - Quran Ibrahim : 41 (maksudnya)

"Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (Hari Kiamat)"

Al - Quran Al-Ahqaf : 15 (maksudnya)

" Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orangtuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orangtuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim"

~Coretan kali ini khusus dan sangat teristimewa ditujukan kepada mama yang sedang "honeymoonszz". I think this honeymoon trip is my father's special present to her~
Mama, Happy Birthday..sweet sour bitter (:P) 14 ---> hihi
Semoga Allah menjadikan mama sebagai penghuni syurga
Memudahkan urusan baik sewaktu di dunia, sakaratul maut, alam barzakh, hari kebangkitan dan perhitungan (mizan), merentas siratulmustaqim seterusnya memasukkan mama ke dalam syurga
.
Mama, kakak doakan mama supaya dipanjangkan umur yang berkah. I love you so much.

17 ulasan:

  1. Moga terus menjadi anak solehah ye kakak ;-)

    Dan selamat ulangtahun untuk emak kakak.Sweet 46....

    BalasPadam
  2. To Ahmad Zulfahmi :

    Ameen. InsyaAllah nanti akan disampaikan..(^_^)Y

    p/s : Wahai Encik Gapo, kamu dan Dr Amad boleh duduk sebelah-sebelah, dan akan saya FIRE!! kamu berdua~

    (though i'm older than you for 6 days, should it be count to call me "Kakak"?):P

    BalasPadam
  3. salam..
    sedih teringat mama kat kelantan..
    wishing that i go first before all...
    Amin...
    tak sanggup kehilangan orang yang tersayang..menangisi kehilangan orang paling penting..

    BalasPadam
  4. To Hanis Syamimi

    Salam ukhti
    sama la kita, lagi tengah banyak kerja and stress lagi teringat kasih sayang dan belaian mak. InsyaAllah, kita kena menjadi matang menghadapi setiap sesuatu. Tidak emak kita, mungkin kita pergi dahulu
    Ameen semoga kita menjadi anak2 yang solehah dan sentiasa mendoakan kedua org tua kita

    p/s : kalau sebelum mendirikan rumah tangga, akk akan kata akk nak pergi dulu sebelum mak n ayah. Kalau dah berumah tangga, akk akan berkata akak nak pergi dulu sebelum suami, mak n ayah akk, n mak & ayah mertua. Begitulah seterusnya. Tapi itu hanya niat kita sahaja. Tertulis sudah taqdirNya

    BalasPadam
  5. Huh...ada kedengaran nama ku...siapakan itu? cesss...jebat.Keluar engkau jika anak jantan...hahaha.

    Paling bestkan article ini bila... gapo panggil kakak( emoticon gelak guling2+ sym nmpk gigi+ mata pusing2 jentik hidung)

    6 hari tetap tua jgk..tiada yg bisa mengubah takdir itu..hahahha

    BalasPadam
  6. hah lupa nak komen...gmbr tu,yang belah kiri tu ke akak?sbbnya dlm tu kelihatan kecik dr insan belah kanan...hahahahaha

    BalasPadam
  7. To Dr Amad :

    Assalamualaikum
    (emoticon merah + keluar asap dkt telinga)

    walaupun akk tua 6 hari tapi akk tetap nampak lebih muda dari Gapo..hahaha(emoticon gelak guling2)

    Kalau lah "akak" yang amd maksudkan tu tahu, mesti "akak" tu belanja makan~

    p/s : Tuan Gapo, maafkan Beta ye(^_^)Y

    BalasPadam
  8. haih kak aimi..asyik post entry yg sedih2 je ni..aritu pasal ayah..huhu

    orang yg membaca pun jadi sedih..apepun,semoga berada dalam redha Allah n ibu bapa..insya Allah..ameen :)

    BalasPadam
  9. To humaira' :

    Alhamdulillah kalau merasakan kesedihan tu~
    ok nak buka sikit rahsia, akak lagi suka dengar nasyid tentang kematian, tentang sakit, tentang ujian daripada dengar tentang kasih-kekasih..ini cuma pendapat peribadi, dengan kesedihan dan kesusahan selalunya hambaNya akan kembali kepada Allah SWT

    Sebaliknya andai diberi ujian kesenangan sering manusia itu lalai. Walhal kedua-duanya adalah bentuk ujian kesenangan dan kesusahan.

    Jadi kalau ada sesuatu yang gembira di hati akk, akk akan cepat-cepat lupakan atau buat biasa (malas nak layan) manakala kalau itu suatu kepayahan akak seboleh-bolehnya mencari ibrah dan menghayati setiap perkara yang berlaku

    p/s : it doesn't mean i'm psycho type person k. It's just a different way of you bring some problems and overcome it(^_^)Y
    wallahualam. Kalau tiada mama dan babah yang disayangi ini, siapalah diri saya?I Love to talk about them coz i'm proud to be born as a gift to them:)

    BalasPadam
  10. proud to be ur friend...(",)

    BalasPadam
  11. To anonymous a.k.a Qamar;

    thank you and alhamdulillah. Segala pujian hanya untukNya. I'm grateful to have you as my friend:)

    p/s : Qamar, u such a notty2 girl..hihi

    BalasPadam
  12. kakak!!
    i love mama 2!!!!!!
    n we all love mama!!

    BalasPadam
  13. To anonymous a.k.a acik :

    yes, we do, endot~ngehehe

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum saudari! Terima kasih diatas penghargaan terhadap bidadari saya! Tak ada nak komen saje je nak share.....baru balik dari honeymoon tau.....dengar syarahan dari Tok Guru Nik Aziz....penat melayan...kena jadi translater lepas tu asyik dok komen aje....enggan bayar upah translater ...kena belanja dan keluar duit kite pulak fasal jadi translater sambilan ni......pembetulan umur bidadari saya 47 tahun bukannya 46 tahun....wah girang sungguh mama dapat save satu tahun.....anyway may ALLAH bless you....at all time, anytime and everytime we will be together as loving family '''''insyaallah...ameen...bye comments by babah

    BalasPadam
  15. Anonymous a.k.a babah~ :

    Wa'alaikumussalam..Haha..Sudah dipuji bidadarimu, apalagi babah, nombor akaun kakak kat sini babah hafal kan?hihihi
    sebenarnya dari form 3 lagi umur mama memang 46 thn je..ngehehe~

    Babah, mama tu ada perumpaan sendiri like mama like adik..takmo keluar duit sendiri kalau dah ada banker~hehe

    Mama, peace(^_^)Y

    Ameen..always take care of yourself and mama..datanglah lagi singgah blog kakak:)

    BalasPadam
  16. Salam, aimi.

    emosiku terharu..~
    teringatkan ibuku..
    nun di kota bharu..

    thank u for wonderful n sweet sharing ;)

    BalasPadam
  17. To nurira:

    Salam cik firdaus.

    Kita jadi anak solehah dengan sentiasa mengingati mereka melalui doa dan berbakti kepadanya selagi ibu dan bapa masih bernyawa:)

    BalasPadam