Sabtu, 7 Mac 2009

Selamat tinggal airmata TERTEKAN

Setiap kali saya menghitung hari untuk menghadapi ujian, pasti saya teringat akan memori yang saya simpan kemas sejak Mei 2008.

Masa itu saya di tahun 3, saya sangat tertekan dengan peperiksaan OSCE (Orientation Skills Clinical Exams). Saya tertekan kerana ada lebih dari 30 cases yang perlu dihafal dan ujian secara rawak memilih 15 cases yang perlu diuji dan di
praktikkan dihadapan doktor ditambah masa yang diperuntukkan cuma 9minit. Tinggal lagi 2 hari sebelum hari peperiksaan menjelang. Saya mengambil keputusan sms ayah saya yang sedang bertugas di Sudan.


"Assalamualaikum babah, i feel so depressed and I feel so tired. I feel i screw up all these things. My exam is coming soon. What am I gonna do?I feel damn guilty, bah. To you and mama"

Kurang dari 30 minit, babah menelefon ku. Dari Sudan!. Itu membuatkan diri lagi rasa bersalah.

Kedengaran suara babah, sayup lembut menyapa gegendang telingaku.


"Assalamualaikum kakak. How are you my girl?"

Saya tidak mampu menuturkan walau sepatah melainkan menangis. Puas sudah saya menahan perasaan tertekan dengan tanggungjawab yang banyak dan masih tertangguh, dengan ujian yang datang bertumpuk, dengan rasa rindu yang membara pada mama dan babah, dengan ujian sakit yang tidak berpenghujung. Bertumpuk membentuk gunung yang meletus saat mendengar suara babah.

"Nurul Aimi, i knew this situation hurts you so much. Now, let it out. I wanna hear all. Let me know all your pain that you kept inside. Share with me" pinta babah yang sangat memahami keadaan ku yang sangat tertekan waktu itu.

Saya memulakan bicara, meluahkan semua. Setelah hampir 30minit saya usai bercerita. Babah pula menyambung kata;


"Kakak, analogi dari apa yang kakak luahkan ini, dapat babah simpulkan seperti cerita ini. Kehidupan dapat diibaratkan seperti kita BERLUMBA LARI, pasti kita akan merasa PENAT kan? Adakah dengan alasan penat maka kakak akan BERHENTI BERLARI?Tidak mungkin. Ini bukan soal siapa yang lari dulu atau siapa yang menang tapi ini soal bagaimana kita berusaha sampai ke garisan penamat. Sampai hati kakak berhenti separuh jalan atas alasan penat dengan ujian kehidupan sedangkan mama, babah, adik-adik tidak berhenti-henti memberikan sokongan?Kakak, dalam menjalani kehidupan MATLAMAT kita kena jelas. Apa yang babah nampak, kakak tertekan sebab kakak nak dapat A dalam setiap ujian. Sedangkan nilai A bukan tanggungjawab kakak. Itu kerja Allah melalui tangan doktor yang menilai. Mesti kakak penat kalau kakak kena buat kerja yang bukan tanggungjawab kakak kan?Tanggungjawab kakak adalah berusaha sehabis baik. Matlamat kakak adalah berusaha ke arah yang terbaik. Terbaik bukan wajib A atau menang tapi terbaik mungkin sahaja B. Terbaik dari sisi Allah. Laksanakan tanggungjawab kakak dengan ikhlas. Matlamat kakak kena jelas barulah usaha bersungguh-sungguh kelak membuahkan hasil pahala. Ingatlah Allah sentiasa kerana Dia tidak pernah menganiaya hambaNya dengan ujian" penerangan yang padat tapi betul-betul menusuk hatiku

"Ya Allah, ampunilah hambaMu ini yang lalai dengan ujian dunia sehingga lupa matlamat dan tujuan hidupku sebenar" rintihku dalam hati

"Thank you so much babah. I'm sorry for being so childish. Babah jaga diri baik-baik dekat sana and i'm gonna miss you so much" saya akhirnya membalas kata-kata babah

"I'll miss you to my dear. Be strong and i'll know you can make it. I knew my daugther. You such a great gift from Him to me. Take care too. Jangan menangis lagi. Nanti babah balik, kita pergi holiday sama-sama. Refresh our family memories. For your information, now in Sudan is 3.00 am. Assalamualaikum kakak" nasihat dari babah sebelum menghentikan panggilan. Ternyata saya dan babah ketawa apabila saya dapat tahu di Sudan jam 3pagi. Saya dah mengacau tidur ayah saya rupanya. Dasar budak kecil betul!

Pesan babah 1 : Matlamat kena jelas, 51 : 56
Pesan babah 2 : Jangan mudah putus asa alasan PENAT
Pesan babah 3 : Ingat Allah sentiasa

InsyaAllah akan sentiasa saya ingat pesan babah (^_^). Tidak sabar rasanya menunggu babah pulang ke tanah air 10 Mac 2009. Setelah setahun meninggalkan tanahair untuk berkhidmat di Sudan (Darfur). Alhamdulillah

21 ulasan:

  1. ya Allah..mnje sungguh kakakku ini..
    kak, rndu bbh jugak..xpe2..xlame lg je kn babah dh balik..
    ape2 pun..
    tabah menghadapi dugaan..
    remember..kitorang sntiasa ada dekat dengan kakak bila2 masa je..

    BalasPadam
  2. To anonim a.k.a acik;
    itu bukan manja lah..
    itu dah lemah semangat and down sangat2
    pastu babah cerita kat mama
    apa lagi, kenalah ngan mama;P

    BalasPadam
  3. kak aimi memang power rangers pink laa...bagus2.mantap dan bagus.Don't teriak2,don't tertekan2...chill2.

    Hambikkk,baru wat satu article,panjang yang amat.Berbakat sebenarnya ni....tp duk simpan bawah bantal...

    p/s: kak aimi aka power rangers pink...misai tu smart...ahaks

    BalasPadam
  4. muka akak potostat lah dr muka babab. :D
    hehehe.

    BalasPadam
  5. To Dr Amad :
    Ada akk fire awak ni nanti!!
    Tu dulu, sekarang lebih matang menangani ujian kehidupan insyaAllah~
    Kerana Allah menurunkan ujian untuk hambaNya yang layak/mampu menghadapiNya sahaja;)

    p/s : akak bgtau ayah akk nnt..pdn muka!

    To bie :
    yeke?anak bapak..hikhik(^_^)Y

    BalasPadam
  6. Salam mi.syadid dalam kelembutan!

    salam ukhuwah!=)

    BalasPadam
  7. salam...uhuu, sedey saya baca...hehe..

    BalasPadam
  8. To iman aisyah :

    Benar~ketegasan dalam kelembutan

    TO mysterious_musafir :

    salam..semoga mengambil ibrah bersama dan MATLAMAT kita jelas terutamanya dalam hal DAKWAH ni..insyaAllah;)

    BalasPadam
  9. b strong kak aimi..
    sy pn tgh tkut ni..exam nk dekat~
    dlm lbh kurg sbln ag...hihi

    huargh!!!
    rindu ayah gakk!!!
    sob3

    BalasPadam
  10. To Bella :
    insyaAllah, itu dulu bella..sekarang akak akan cuba rasional dalam menghadapi setiap masalah yang datang.
    Ujian yang penuh kenikmatan untuk hambaNya adalah syurga andai mereka terus BERSABAR
    Go Bella chaiyok~
    Matlamat kena jelas~
    barulah usaha tidak sia-sia(^_^)Y

    BalasPadam
  11. yup..pnah dga cite ni time kite pg umah anak yatim kat jln sayang tuh..but still seronok bile bace lagi..mengandungi banyak isi n peringatan..:D

    kerja kita hanya usaha..keputusannya di tangan tuhan..manusia takkan bisa cuba ambil alih tugas tu..so, kene sntiasa yakin dengan Allah selepas kita usaha seboleh mungkin (tawakkal)

    jzkk atas peringatan ni..moga sntiasa tersemat dlm ingatan..hehhe

    BalasPadam
  12. kak aimi..org rindu papa org..=`( ..
    ape2 pn,i gilax pink!!hahaha..byk koleksi pink..pinky2x yea..
    erm..ap2 pn,mekasih ingtkan..ap2 pn,good luck kak aimi..mekasih ats segala nasiht..hehe

    miss susi

    BalasPadam
  13. To duha :
    insyaAllah selagi akk hiudp, selagi hati masih diberi hidayah untuk menyampaikan, selagi mulut masih boleh berbicara, selagi itu takkan penat diri menyampaikan seperti mana Sunnah Rasulullah SAW

    To miss susi :
    sama2 lah kita merindui ayah kita ye¬
    insyaAllah anak yang soleh/solehah sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua org tua mereka
    thank you so much..and good luck to you too;)

    p/s : i loik pink..hihi..nanti kalau ada rumah, akk nak hias rumah warna pink..biar juling mata org yang tak ske pink..hidup pink!!hihihi

    BalasPadam
  14. assalamualaikum kak aimi...
    awal2 tgk blog ni,malu la nak komen..ehe..tapi tgk orang ramai dah komen,jadi mimi berani la sikit nak tulis komen2 ni..kang nanti kena marah macam orang kena marah lepas balik dari kiara payung tu..mantap la kak aimi itey kilak yang comey lotey tapi lembik lotek lepas main tuuut...(rahsia2..hehe...)

    BalasPadam
  15. To Hanis Syamimi Che Ab. karim :

    Wa'alaikumussalam mimi mase purik!!
    mimi malu2?
    (hurm..tgh membayangkan mimi tgh tak malu makan byk~;P)
    kisah kiara payung tu rekaan semata2..insyaAllah kalau marah pun, marah sayang~hikhik
    mimi!!!!!!!(baik rahsiakan..kalau tak akk cubit mimi nanti~;P)

    BalasPadam
  16. i luv d way ur dad advice u...nice...

    BalasPadam
  17. To Qayyum :
    Syukron~
    Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah SWT
    Itulah kelebihan ayah dengan kesabarannya dalam membesar dan mendidik anak-anak
    Menjadikan Rasulullah sebagai contoh kehidupan dan meletakkan Allah sebagai tujuan hidup
    Terima kasih kerana datang melawat blog, sudi-sudilah memberi komen, pandangan untuk kebaikan di masa hadapan insyaAllah;)

    BalasPadam
  18. no prob..i dah jadi follower..u too.sudi2 la melawat blog i if teringin nk beli saree utk dibuat baju kurung...i kasi diskaun lebih,..heheh..susah nk cari ayah cam babah tu..ermm..

    BalasPadam
  19. To Qayyum :

    Terima kasih banyak. InsyaAllah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW, insan yang bergelar Adam akan tampil memberikan qudwah hasanah kepada setiap anak-anak yang ada di sekelilingnya. InsyaAllah;)

    BalasPadam
  20. thanks aimi for d advice..erm

    BalasPadam