Sabtu, 24 Oktober 2009

Kita baik membantu atau bodoh ditipu?

Assalamualaikum wbt,

Pernah tidak ada yang tiba-tiba datang kepada anda meminta bantuan?

Apa tindakan anda? Realitinya bagaimana anda bertindak?

Cerita 1:

Pernah dulu, saya pulang dari kuliah bersama adik usrah saya. Kebetulan, ada seorang makcik menangis mengadu dia belum makan. Dia cuba menghubungi anaknya yang dikatakan bersekolah asrama di sekitar kawasan tempat saya kuliah namun gagal. Ibu tadi tinggal lebih kurang 3-4 jam perjalanan dari sini. Kerana rasa KASIHAN dan BERSAUDARA maka saya ajak ibu tadi untuk singgah ke kedai makan. Saya belanja ibu tadi makan.

Kemudian saya pergi ke Pak Satpam (baca :Pak Guard) yang berdekatan, saya bertanya kepada pakcik tadi solusi. Pakcik tadi memberitahu, dia yakin bahawa makcik tadi berpura-pura dan ingin menipu saya. Setelah di soal siasat pakcik tadi, makcik tadi terlihatlah ke"kantoi"an menipu.

Namun begitu, saya tidak membiarkan ibu tadi pulang dengan tangan kosong. Sehingga saya memberitahu ibu tadi,

"Ibu, ini ada wang sedikit untuk ibu. Ibu, kalau ibu menipu saya sekalipun, saya tetap akan berikan ibu wang dan bantuan cuma alangkah baiknya ibu berkata jujur dan itu amatlah bertuah bagi saya dapat membantu ibu. Saya amat sedih dengan sikap ibu yang cuba menipu itu. Atas dasar saudara seIslam, saya hulurkan bantuan. Hatta ibu bukan muslim, tetap sahaja bantuan akan saya hulurkan insyaAllah"

Ibu tadi kebingungan. Tiada kata terlafaz.

Cerita 2 :

Saya sedang membeli alat-alat tulis untuk tujuan kuliah praktikal di hospital. Tiba-tiba datang seorang lelaki meminta bantuan saya untuk menghubungi mana-mana sahabat lelaki yang saya kenali dan masih aktif dalam persatuan agama Islam. Dia mengaku dia telah murtad 4 bulan lalu. Kini, dia ingin kembali ke agama Islam dan menginginkan bimbingan. Saya sejujurnya senang hati sahaja apabila dapat membantu.

Setelah bantuan dihulurkan semampunya saya, lelaki tadi bertindak agresif. Mengikut ke mana saja saya pergi. Seandainya saya cuba berkomunikasi pada mana-mana orang (tujuan untuk meminta tolong), dia akan datang dan memarahi saya.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya menghubungi sahabat-sahabat yang terdekat untuk mendapatkan bantuan kerana saat diekori itu, saya sejujurnya panik, takut dan hilang arah punca untuk bertindak.

Cerita 3 :

Seorang ibu dengan pakaian yang bergaya, ditambah eksesori perhiasan datang menangis depan saya. Meminta wang dan meminta jasa baik saya untuk mengubah preskripsi ubat.

Perkhidmatan saya sebagai doktor muda adalah terhad. Tidak boleh sembarangan. Kalau tersilap langkah, maka tindakan mahkamah itu sudah pasti.

Ibu tadi, menghalang saya untuk bergerak (bertugas). Dipaksa-paksa saya untuk membantu.

Cerita 4 :

Seorang pakcik berpakaian kemas dan elok, datang kepada saya dan mengaku tidak makan, tidak punya tempat tinggal.

Saya yang kebetulan tidak punya wang hanya sebatas Rp 2000 cukup untuk tambang ke ATM terdekat. Dia perlukan wang untuk terus hidup. Didesak terus saya. Dari jarak yang beberapa langkah dari saya, tiba-tiba pakcik tadi datang mendekati saya sehingga saya terpaksa berlari kerana tindakan pakcik tadi yang mula meragukan.

---------------------------------------------------------------------------------------

Bukan tujuan saya dedahkan cerita untuk menunjukkan diri "sok baik" atau membuka cerita menagih simpati.


Di dalam Al-Quran sekalipun, Allah ada menyuruh kita saling membantu antara sesama kita dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa.

Tapi cuba kita fikirkan, apakah tindakan kita saat berada di tempat saya?

Bagaimana kita tahu sebenarnya, dia itu benar-benar susah atau sekadar menipu kita?

Apakah parameter untuk kita tentukan yang orang tadi di dalam kesusahan ataupun sedang ditipu?

Sejauh mana bantuan harus dihulurkan?

Adakah kita sudah cukup bijak atau sebenarnya hati kita keras dalam menghulurkan bantuan?

Sangat susah, sehingga sekarang saya merasa kurang percaya diri (self confidence) dengan penilaian saya. Kadang-kala ragu-ragu untuk bertindak dan saya merasa diri semakin 'kering' untuk menghulurkan bantuan. Ditipu dan dianiaya itu bukanlah perkara mudah untuk ditelan diri.

Andai sahabat-sahabat punya pandangan, silakan berkongsi. InsyaAllah boleh menjadi panduan buat saya dan yang lain.

Wallahualam.

9 ulasan:

  1. Pernah je rasa..

    Rasulullah ajar "Unsur akhoka zholiman au mazluman"..

    Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi..

    Dalam kes ni,mungkin boleh dipakai..

    Orang yang dizalimi itu jelas perlu ditolong,yang zalim bagaimana pula??

    Rasulullah jawab "Cegahlah dia dari kezaliman"..

    Dalam kes di atas,kalaulah kita tahu si dia memang penipu,cegahlah dia dengan kadar kesanggupan kita..Kalau boleh nasihat,silakan.Report polis pun boleh...

    Senang cerita,apa2pun keadaannya,kita sedang membantu si dia,saudara kita tadi..

    Wallahualam...

    BalasPadam
  2. Dan xdinafikan susah nak beza kes betul2 susah atau penipu..

    Muka,bahasa,memang mengelirukan..

    Cuma teringat,kisah seorang lelaki yang tertipu dalam memberi sedekah..Sedekah pertama kepada orang kaya,kedua pada pelacur..

    Tetapi kedua2 sedekah itu ada manfaatnya,ada pahalanya..

    Kedua2 golongan tadi boleh berubah kerana sedekah..

    Walaupun begitu,tidaklah bermakna sesuka hati je kita menabur wang memberi sedekah kepada mereka yang memang penipu..

    Seorang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang yang sama 2 kali..


    Kali ini,xbanyak membantu..

    Sekadar mampu..

    Wallahulam..

    BalasPadam
  3. Ahmad Zulfahmi,

    insyaAllah faham dan jelas maksud mesej.

    Cuma untuk mengetahui seseorang itu menipu kita atau tidak bukan ada dalam sukatan pelajaran atau buku teks. Harus dipelajari dari pengalaman.

    Jatuh kali kedua, ketiga atau seberapa kali jatuh itu tergantung pada pengalaman yang mengajar diri.

    Kalau sudah cukup matang dengan selok-belok kehidupan, mungkin baru dapat membezakan jenis orang-orang dalam dunia

    Anyway, thanks untuk pandangannya

    BalasPadam
  4. Nasib baik selamat...=)..lain kali jangan panik2 ye...

    BalasPadam
  5. Dr Amad,

    Alhamdulillah..syukur..insyaAllah, pelajaran pertama adalah jgn panik~:D

    BalasPadam
  6. oh anasolehah,
    meh aku cer kesah benar aku pulak.

    ari tu ada satu bapak ni, dia dtg mintak tolong, takda duit konon nak balik sumedang. kebetulan aku ada lebih rezeki time tu, aku pun tahan 1 angkot, nak mintak bawak pakcik tu gi sumedang, aku bayar la awal2 tambang pakcik tu kan.
    terus pakcik tu cakap apa? "ga usahh, gaaa uusaaahh" cam marah2 aku. aku pun blurr la kan, kata nak balik sumedang, aku nak sponsor dia tiket, tapi dia tolak plaak? pas tu dia pun blaahh!

    hari tu ada gak sejibik cam kisah ko yg 1st tu.
    aku kadang kalau hati senang, poket kembang, rasa nak share dgn 1 dunia tau. cewah XP
    so ada lah makcik tu, bagi alasan kurang lebih serupaa.
    aku bagi lah beberapa yg aku mampu kaann...
    terus makcik tu nangissss, siap tanya "nama anak siapa? ntar ibu doain anak yaa..."
    aku plak jadi overwhelmed time tu. yer lah, doa sendiri kan, manalah setaraf dgn doa org lain utk diri kita kaaan? ^^

    BalasPadam
  7. Ruffey,

    saya rasa watak pertama tu orang yang sama la..dia ada mention dia jumpa koas juga..anak malaysia..huhu..Boleh gak lah lepas ini nak buat macam yang awak kata nak pergi Sumedang tu..

    Jangan sampai nak menipu atau alasan yang tidak munasabah sampai boleh memudaratkan orang lain

    p/s: hari ini hati senang tak?poket kembung tak?hihi..neway, thanks for sharing..really appreciate:D

    BalasPadam
  8. Ini sume salah jaket IMAN...
    ish3...tak patut

    BalasPadam