Rabu, 19 Mei 2010

Saya tidak kuat


When you believe from Deviant Art

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah.

Kali ini insyaAllah, saya ingin bercerita tentang pengalaman oncall di Internal Medicine Department. Alhamdulillah, hari Isnin yang lalu (17/5/2010) saya ditugaskan menjaga Infectious Ward.

Saya ditugaskan sendirian dan pesakit dibawah tanggungjawab saya adalah 25 orang semuanya.

Ramai? Ya, sangat. Saya jaga adik saya 4 orang sahaja macam ramainya menjaga adik-adik jiran juga inikan pula 25 orang. Tidak mengapalah, lalui saja bisik hati saya.

Disebabkan kelompok besar saya hanya ada 40 orang sahaja, maka setiap orang akan dikerahkan tenaga dan otaknya semaksimal dan seoptimum mungkin.

Selalunya ada 70 orang sekelompok besar (2 angkatan/batch). Namun sekarang, seniors sudah Magang (ditugaskan ke desa-desa dan hospital daerah) manakala juniors belum masuk Clinical Year lagi.


Jam 4 petang, saya sudah mulai follow up pesakit. Lengkap dengan face mask, handgloves, saya mengambil fail follow up pesakit lalu mulai pemeriksaan. Dari pemeriksaan Vital signs (blood pressure, respiratory rate, heart rate and body temperature) sehingga lah ke pemeriksaan lokal tempat keluhan pesakit.

Selesai 1 bilik (1 bilik = 8 orang dan total 3 bilik = 24 orang) saya melihat jam. Jam 6 petang. Ya Allah, sudah Maghrib. Saya masih belum selesai 2 bilik lagi. Namun, saya meminta izin dari doktor senior untuk solat Maghrib.

Usai solat Maghrib, saya kembali ke wad memandangkan baki pesakit yang harus di follow up masih banyak lagi. Saya cuma sempat makan roti sekeping dan secawan kopi, alhamdulillah. Cukup sebagai pengalas perut.

Saya menyambung lagi follow pesakit sehingga selesai dan saya melihat jam 9.30 malam.
Ya Allah, penatnya Allah SWT sahaja yang tahu. Namun begitu, saya puas. Puas kerana saya tidak mahu menjadi doktor robot. Datang kepada pesakit, membawa alat-alat medik lalu melakukan pemeriksaan rutin. Saya mevariasikan dengan berborak dan mendengar keluhan-keluhan pesakit. Mereka adalah manusia, mereka bukan objek perubatan. Mereka punya hati dan perasaan, pasti mereka perlukan perhatian. Cuma setiap dari dokter harus bijak mengendalikan keadaan emosi pesakit.

Ada seorang pesakit saya, lelaki. Umur 35 tahun.

"Assalamualaikum Pak X, apa khabar? Bagaimana hari ini? Ada keluhan?"
Saya tersenyum memandang pesakit saya. Saya melihat dia kelelahan dan sesak nafas. Namun begitu, saya tidak mahu mengekspresikan rasa simpati kerana saya yakin, dia pasti kuat atau tidak berusaha untuk kuat.

"Dokter, saya sudah penat!!" tiba-tiba pesakit saya bersuara.


"Penat? Penat yang macam mana itu?" tanya saya lagi.

Sebenarnya saya agak terkejut kerana saya sedang melakukan pemeriksaan fisik. Cuba bayangkan suara yang kuat timbul jika tengah pakai stetoskop. Kalau tidak tahu, cuba sekarang. Pasti anda terperanjat :)

"Saya merasa bumi pun tidak mahu menerima saya"


"Boleh bapak terangkan lagi, saya tidak faham maksudnya apa"


"Saya semakin hari semakin sesak. Saya tidak boleh bernafas tanpa memakai tube oksigen (non re-breathing facial mask) ini. Saya penat dokter! Saya penat! Saya mahu hidup seperti orang lain. Dunia ini tidak adil" bentak pakcik ini lahir dari hatinya.

Saya melihat ada airmata yang bergenang di mata pakcik ini. Saya faham, pakcik ini pasti merasa penat dengan ujian, mungkin juga dia sudah lupa apa itu sihat kerana sudah lama pakcik ini menderita penyakit paru dan harus terus menggunakan bantuan oksigen.

"Pak, bapak percaya Tuhan?"


"Percaya"


"Bapak rasa penyakit ini dari siapa?"

"Dari Tuhan"

"Bapak rasa kenapa Tuhan berikan bapak ujian ini?"

"......"
Tiada jawapan dari pakcik tadi.


"Pak, setiap yang Tuhan turunkan kepada hambaNya itu adalah hak dia. Jika bapak meminjamkan barang kepada seseorang dan satu hari, bapak iseng-iseng (saja-saja) mahu mengambil balik barang yang dipinjamkan, apakah salah tindakan bapak?"

Tidak

Begitulah juga Tuhan, pak. Tuhan itu memiliki diri kita. Tuhan itu memiliki alam semesta. Dia adalah pemilik di dunia, di akhirat. Dia lah Pemerintah Agung. Jika Dia meminta lagi apa yang diberi pinjam, apakah layak seorang hamba mempersoalkannya?

Tapi, bapak sudah penat dokter

Tuhan pasti sayang bapak. Dia tidak menguji saya kerana Dia tahu saya tidak kuat untuk hadapi ujian seperti bapak. Pak, orang yang terlantar di atas kasur (katil) dan bersabar dengan ujian kesihatan itu bukanlah orang yang lemah, pak. Sebaliknya, orang yang berbaring, bersabar dan redha dengan ujian itulah lebih kuat dari insan yang berdiri teguh di sebelah bapak (sambil saya menunding jari ke diri saya sendiri). Semoga Allah redha dengan bapak.

Pakcik tadi diam dan terus-menerus menangis. Semakin lama semakin kuat tangisannya.

Pak, saya minta maaf jika ada kata saya yang mengguris hati bapak, cuma kadang-kala kita terlupa siapa diri kita dan mempersoalkan kekuasaan siapa Dia yang berkuasa ke atas kita.


Tidak mengapa dokter. Terima kasih banyak, dokter. Semoga Allah merahmati dokter.

Ameen. Ameen. Ameen. Semoga bapak juga dikurniakan nikmat kesihatan kembali, ya. Pak, saya minta diri dulu. Saya harus lihat pasien (pesakit) yang lain.


Baik Dok. Terima kasih banyak dokter.

Saya meninggalkan pesakit dengan rasa sebak.


Ya Allah, Kau kurniakan aku nikmat melihat sendiri nikmat dan ujian di depan mataku.

Ya Allah, Kau kurniakan aku nikmat mendengar sendiri nikmat dan ujian di telingaku

Ya Allah, Kau kurniakan aku nikmat berbicara sendiri nikmat dan ujian dengan mulutku.

Allah, Allah, Allah, Kau tetapkanlah aku di jalan yang Engkau redhai. Allah. Allah. Allah.

Kepenatan yang dirasakan menyebabkan saya nekad untuk tidur. Saya menyiapkan report follow up malam secepatnya. Waktu itu, saya benar-benar mahukan mancis untuk meregangkan kedua kelopak mata saya.

Saya meninggalkan pesan kepada seorang jururawat,


"Ibu, jika ada pesakit baru atau ada kes-kes emergency dari pesakit, tolong kejutkan saya"


Waktu itu jam 11 malam. Tahu saya tidur di mana? Saya tidur di lantai sebelah meja dokter. Saya pening kepala jika tidur duduk.

Jadi, saya nekad untuk tidur dilantai kerana saya harus ada dekat dengan pesakit supaya saya mampu bertindak cepat jika ada apa-apa berlaku.


Jam 12 tengah malam, saya dikejutkan perawat, pesakit baru dihantar masuk.

Ya Allah, rasa macam mahu patah tulang belakang. Saya mencuci muka, berkumur-kumur lalu bersiap ke pesakit baru. Setelah melakukan pemeriksaan dan tindakan yang berpatutan, saya lalu menunaikan solat Isya.

Jam 1 pagi, saya sekali lagi follow up pesakit-pesakit saya (untuk report follow up pagi). Selesai jam 4.00 pagi. Saya bersiap untuk solat Subuh dan menulis report follow up. Mata mengantuk, perut berkeroncong, badan pula sakit-sakit kerana tidur di lantai.

Namun begitu, saya bahagia. Saya senang dengan apa yang saya lakukan. Saya lakukan ini semua kerana saya yakin, saya mampu mengumpul pahala jika saya ikhlaskan diri. InsyaAllah.

Semoga Allah membalas semuanya dengan keredhaanNya. Ameen.

Pesan 1: Mulai hari ini, mari sama-sama kita menjadi insan yang tabah dan saling membantu sesama kita untuk mengejar redhaNya. Ameen:)

6 ulasan:

  1. salam aimi.

    kita kuat!!awak kuat!
    saya penah rasa masa dekat anak. dari 7am-7pm-7am esok terus bekerja. rasa nak pengsan.tapi tak pengsan pun^_^
    memang penat kalo ikut logik macam tak boleh teruskan. tapi ikhlaskan hati niat nak tolong orang dan insyaAllah boleh!
    insyaAllah!

    BalasPadam
  2. =) Moga Allah terus bagi kekuatan pada akak..
    Mampu ke tidak saya berkta sperti akak dalam situasi tu...
    It seem that Allah really care about u..

    Erm, kita ni pun pinjaman Allah...
    Tak lama lagi turn kita kembali pada-Nya...
    Takkan nak pulang tangan kosong kan...
    kena la kuat kutip bekalkan..
    Teruskan berkongsi..

    wallahu'alam

    Mahu jadi hamba yang Allah redha..

    BalasPadam
  3. salam.. kesian kat pakcik tu. kalo adik kat situasi tu msti adik dh nages awl2 agy sbb nk mama. haih. Allah taw adk xmampu tggung sakit cam pakcik tu kan. Alhamdulillah still sihat. dah penat jadi silent reader. ayoh kak..!! kakak bole. wat btol2. t kat umah kte men btol2. hahaha.

    BalasPadam
  4. Iman Aisyah,

    Hehe. InsyaAllah, kita boleh:)

    BalasPadam
  5. Sinar Islami,

    Semoga Allah meredhai mu=)

    BalasPadam
  6. Salam amelia,

    Apa la adik. Orang nangis dekat adik, adik pun sama-sama nangis. Silap-silap orang yang mengadu tu kena pujuk adik pula

    BalasPadam