Sewaktu berjalan menyusuri malam, tiba-tiba terdengar Khalifah Umar Al-Khattab perbualan dua beranak. Si ibu dan anak perempuannya.
"Ibu, jangan campurkan air dan susu. Bukankah Umar melarangnya?" tegas anak perempuan tadi kepada ibunya.
"Tidak mengapa, lagipula tidak mungkin Umar melihatnya" balas ibunya mencari dalih
"Sekalipun Umar tiada di sini dan tidak melihatnya tetapi Tuhan Umar tetap melihat" jelas anak ini tadi
Keikhlasan dan keimanan anak perempuan ini telah menambat hati Umar. Penyejuk jiwanya. Kebetulan anak lelakinya sedang mencari calon isteri. Maka keesokan harinya, diberitahu Ashim anak Khalifah Umar menikahi gadis cergas tadi Ummu Ammarah, namanya. Hasil pernikahan mereka, lahirlah Ummu 'Ashim yang mana kemudian saat dewasa menikah dengan jejaka bernama Abdul Aziz bin Marwan. Tahukah siapa zuriat yang lahir dari rahim Ummu 'Ashim?
Beliau adalah Umar Bin Abdul Aziz
Siapa yang pernah membaca mengenai profil Umar Bin Abdul Aziz mungkin mengetahui kewibawaan beliau menjalankan amanah sebagai Amir sebuah Daulah Islam. Karakternya yang adil dalam penilaian, merendah diri tatkala rakyat terus memuji, kesederhanaan dalam menjalani kehidupan dan keteladanan seorang pemimpin benar-benar mengusik hati kecil saya.
Seandainya kita sama-sama meneliti salasilah keluarga Umar Bin Abdul Aziz, dapat kita lihat mengalirnya darah Umar Al-Khattab ke dalam diri Umar Bin Abdul Aziz. Boleh terus diulas panjang mengenai kepimpinan beliau cuma entri kali ini saya tertarik mengenai calon pilihan pasangan. Ini merupakan inspirasi dan motivasi kepada diri menjadi yang terbaik dari sekadar baik (I will choose and strive to be Great than Best muslimah, Ameen). Menjadikan Al-Quran sebagai panduan dengan menzahirkan dalam perlakuan akhlaq seharian. InsyaAllah
Realiti kini mungkin sahaja segelintir atau sesetengah dari masyarakat kita kurang menitikberatkan Agama sebagai salah satu karakter WAJIB dalam pemilihan calon. Sedangkan untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berfikiran luas, berjiwa jihad fisabilillah dan juga tegar menegakkan syariat Allah di muka bumi, ibu dan bapa perlu menjadi templat kepada corak kehidupan anak-anak.
Jangan kita bicara mengenai si ayah ustaz dan ibu ustazah tetapi anaknya diserang virus Hedonism. Ketepikan soal mereka yang bertudung litup labuh seperti khemah tetapi ibu sibuk bergaya membuka aurat segala manakala ayah pengunjung tetap kelab malam. Kita bicara soal KITA. Kita bicara soal DIRI SENDIRI. Jangan menuding jari marasa terlepas segala tuduhan sekalipun saya tidak pernah berniat ke arah itu.
Saya mengakui seharusnya tidak layak saya berbicara soal mendidik anak. Menikah sahaja belum. Buka perspektif yang lebih luas di mana aspek mencari pasangan dan kepentingan ISLAM, IMAN dan ILMU serta AMAL dan AKHLAQ yang baik dalam diri pasangan menjadi aspek utama perbincangan.
Pernah saya mendengar perbualan seorang teman,
"Aku takut kalau aku tolak lamaran dia, tak de dah siapa-siapa nak kat aku" penjelasan yang saya rasa kurang mantap dan tidak masuk dek akal.
"Apa kriteria yang awak gariskan?" bertanya lagi kepada teman.
Diam seribu bahasa tanda dia tiada jawapan khusus untuk persoalan tadi.
Kisah Khalifah Umar Al-Khattab dan generasinya Umar Bin Abdul Aziz cuma satu contoh garis panduan untuk dijadikan bahan yang boleh kita fikirkan bersama. Karakter lain pasangan juga harus kita teliti tetapi aspek ISLAM, IMAN, dan AMALnya lah yang diutamakan.
Pesan 1 : Pilihlah pasangan kerana ISLAM, IMAN dan AKAL serta AMAL dan AKHLAK
Pesan 2 : Aspek harta, sihat tubuh badan, fizikal pasangan, pada pandangan yang kita senangi juga menjadi timbangan tetapi bukanlah suatu prioritas pada kita (khususnya saya)
Pesan 3 : "Seorang wanita dinikahi kerana 4 faktor: kerana hartanya, keturunannya (nasab), kecantikannya, dan agamanya. Carilah yang kuat agamanya, niscaya engkau akan bahagia"
(HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud)
Pesan 4 : An-Nur : 26 (terjemahannya);
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersihdari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"
Pesan 5 : To my lovely friend, Natasha, semoga cepat sembuh dan Alia jangan menambah angka berat badan. Kepada kawan-kawan saya Kak Ainur dan Kem selamat menuju alam pernikahan. Buat sahabat-sahabat yang sedang meniti "ranjau dan onak duri" bermujahadah menjaga Iman dan Hati semoga terus kuat memeliharanya.
"Aiman Tak Kisah" =p
BalasPadamTo Dr Amad :
BalasPadamAiman tak kesah tapi Amad kesah :P
salam~
BalasPadamabg amad kalau bab kawin mmg cepat komen (jgn nafikan) haha..
erm..rasenye cam penah dga situasi nih..tapi takpe..sbg pengajaran utk diri sndr jgak..
kepade akak2 yg dah nak membina keluarga baru..tahniah dan moga diberi keberkatan dan keredhaan Allah SWT..
pada yg masih menunggu giliran dan masa..(esp kak aimi)..ingatlah,janji Allah itu pasti..bak ayat kak aimi di atas,perempuan yg baik utk laki yg baik..maka jadilah kita seorang wanita yg baik..Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang~
p/s:kak aimi ade pape ke? habaq naa~ hehhe
To Duha :
BalasPadamSalam. Itu juga yang akak nak sampaikan. Hehe:P
Situasi ini berlaku di mana-mana. Mind setting hendak diperbetulkan. Soal cari pasangan bukan perlu hanya difikirkan kalau calon-calon dah melambak depan mata tapi sebelumnya lagi. Tapi tiidak perlulah sampai hendak "menimba pengalaman hidup berpasangan sebelum pernikahan" kerana itu sudah "luar dari silibus" kita sebagai mukmin
p/s: Ameen, semoga kita menjadi muslimat yang terbaik agar dikurniakan pasangan yang terbaik. Pantang buka topik ini ada sj yang nak bergosip?Cubit nanti. Hehehe:P
Ralat: Soal cari pasangan --> soal pemilihan pasangan
BalasPadamHehe...amboi2 kak aimi.Kuat pam ye.Ingat rahsia kamoo ditangan ku...ku wat article baru tau,hari jumaat rabu selang-selang...hik3
BalasPadamDuha,nah amik botol susu ni...pi tido dlm buai tu.
BalasPadamTo Dr Amad :
BalasPadamAiP!!Kamu senyap.
Artikel apa ni eh?
Apakah?
p/s : tak habis-habis suruh duha minum susu + masuk buaian. Kalau akk tak kenal duha mesti ingat dia ini budak 2,3 tahun. Ada pula time korang (2006)masuk koas, dah tak reti minum sendiri + masuk buai sebab asyik bersuruh je sekarang ini.
x pasai2 nama ceq naik jugak na~ :P hehe~
BalasPadamTo a.s.a
BalasPadamHaha..I jealous U makan banyak di sana~hehe:P
Singgah-singgah lah selalu "mengomen" warkah tazkirah dari bumi Jatinangor
haha~ jgn risau, i makankan utk u~~~ :* i ni dah la xreti menulis, tibe2 nak mengomen org plk.. xpatut2~ ;p
BalasPadamTo cik Alia:
BalasPadamU pandai menulis + banyak ilmu~
ayo kita harmonikan bakat dan ilmu yang dimiliki
(^_^)Y
tah..asek nk suruh org minum susu+masuk buai..bose~ kan kak aimi kan..hahha..
BalasPadameh,kak alia pun ade.. :D
p/s:ade org yg lebih patut dicubit dulu..duha bdk baik, takperlu cubit..hehe
assalmualaikum aimi,nak bertanya.
BalasPadamkalau saya merasakan ilmu agama saya tidak begitu sempurna,dan saya juga merasakan saya bukanlah seorang perempuan yang dalam kategori baik dan suci.tapi saya tetap mahukan suami saya adalah seorang yg alim, yang dpt membimbing saya ke jalan yang benar.tapi "perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik".jadi saya akan selalu ada this thinking that saya tak layak utk mana2 lelaki baik.jadi,pada pandangan aimi bagaimana?
salam..
BalasPadamnak tanya..
bkn ada ke hadith atau ayat alQuran suruh kawen dgn permpuan yang kuat beranak(subur)?
(ini persoalan..bkn penyataan..)
salam ziarah..
BalasPadambtul tu.. yang patut dijadikan 'benchmark' oleh seseorang bukanlah kekacakan/kekayaan etc...sebaliknya agama yang wajib dilihat terlebih dahulu...
jzkk ats perkongsian..bru tahu umar abdul aziz rupenye keturunan umar al-khattab!
jahilnya diriku.-_-'
ttg komen anonim, tgerak utk bg pendapat...
jika merasakan diri kurang sempurna, tidak salah memulakan perubahan...sentiasa memperbaiki diri...tiada manusia yang sempurna, yang sempurna hanyalah Allah swt.
wallahua'lam..
To Duha :
BalasPadamKita berpisah jarak (fizikal) dengan Alia tapi insyaAllah selagi ukhuwwah kita diikat dengan aqidah maka selagi itu kita akan bersua.
To Anonim:
BalasPadamWa'alaikumussalam. Fitrah manusia memang menginginkan sesuatu yangterbaik buat dirinya. Tidak terlepas juga buat diri. Cuma saya bukanlah insan yang banyak ilmu apatah lagi amal. Amalan kita semua menjadi teka-teki yang disimpan Allah SWT.
Sebelum saya terus kepada persepsi awak tentang "saya tidak layak untuk mana-mana lelaki" adalah lebih baik saya menghuraikan sedikit tentang Menjadi Solehah sebelum Mencari Soleh. Menjadi yang Baik sebelum Mencari yang Sempurna.
Kita kena berusaha. Kalau merasa diri penuh dosa, kembali padaNya kerana Dia Maha Mendengar, Mengetahui dan Menyayangi. Jangan terus menghukum diri dengan mengatakan diri tidak sempurna dan baik tapi tiada langkah untuk berusaha memperbaiki diri. Kemudian barulah Allah akan membantu diri kita dengan memberikan yang TERBAIK buat diri. Janji Allah itu pasti:)
Wallahualam
To 3rd March:
BalasPadamSalam. Ada insyaAllah hadith nya;
1. Huraian hadith keturunan(nasab) difahami adalah melihat pada kesuburan bakal isteri, dengan melihat pada keluarga si isteri.
2. "Nikahilah oleh kamu wadud dan walud kerana sesungguhnya, aku akan berbangga dengan banyaknya jumlah kamu di hadapan para nabi pada Hari Qiamat" (HR AHMAD)
Wadud : wanita yang selalu dan terus mencintai suaminya dengan kecintaan yang tercurah banyak sekali
Walud : wanita yang dapat mempunyai anak banyak.
Wallahualam.:D
To Farhana:
BalasPadamSalam ukhti. InsyaAllah sebelum mencari kita menjadi. Sama-sama kita banyakkan membaca. Bolehlah lepas ini IMAN buat KEMPEN membaca. Ala-ala sekolah dulu, Program Nilam. Kita tengok siapa yang baca banyak dari catatan hariannya dan ada pertandingan di mana kita nak membuktikan kesahihan bacaan. Bolehkah?:)
p/s : terima kasih untuk tambahan inputnya.
Umar Abdul Aziz..
BalasPadamSeorang tokoh yang hebat,begitu juga anaknya...
Setuju sangat.lebihkan menjadi dari mencari..
Bak kata seorang guru ,"Titik terawal proses mempunyai zuriat soleh dan solehah adalah ketika mencari calon suami atau isteri"..
Mengangguk setuju ;-)
P/s terfikir pasal manusia2,sesenang itu melafazkan cinta dan sayang.Xsampai 2,3 bulan,lafaz cinta dan sayang betukar orang..Ish3
To Ahmad Zulfahmi:
BalasPadamPaksikan kasih dan sayang pada AQIDAH maka kita akan berjanji untuk menyayangi insan tersebut selagi dia bersyahadah.
Cuma kalau part mudahnya terlafaz kata-kata, tanya pada dia, apa yang kau mahu?
p/s : Terima kasih untuk nilai tambahannya. Lama tak dengar cerita, baru habis bertapa?:P
amboi...amboi...amboi
BalasPadamTo Dr Amad:
BalasPadamApakah?
terima kasih aimi.akan saya cuba praktikkan. semoga Allah memberi rahmat kepada aimi kerana telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih baik.:)
BalasPadamTo Anonim:
BalasPadamSama-sama. Kita berkongsi ilmu. Ameen, insyaAllah. Semoga Allah memberkati ukhuwwah antara kita. Bersama memperbaiki diri dalam mencari redha Illahi(^_^)
Musim cinta bersemi...hampir semua berbicara tentang cinta...
BalasPadamTo Hijau:
BalasPadamSaya kurang selesa dengan komen yang diberikan.
Siapa yang berbicara soal cinta?
Provoke je tu...abaikan sahaja.
BalasPadamKurang selesa ke? provoke? sorry3..mean no harm..huhu..alergik ek dengan perkataan cinta...different people look at different prespective..asalkan jgn lari jauh sudah la ye..santai aja dong ya kak aimi...cumenye persoalan nikah kawen,suami isteri tak lari dari cinta dan lately ramai berbicara seputar itu.meraikan terbit buku ke2 ust has kot. hahah. satu pesanan yang baik utk meluruskan cinta kepada yang lebih kekal abadi...
BalasPadamsifirnya mudah
Mahu anak baik dan soleh?
cari ibu yang solehah..
Mahu ibu dan isteri ynag solehah?
bawak2 le jadi soleh...
senyum...
Hehe...kan comey cmtu Ijau weh.Ku lihat Ijau deh...
BalasPadamTo Hijau:
BalasPadamTerima kasih untuk penjelasan dan terima kasih kerana faham inti pati entri kali ini.
To Dr Amad:
Provoke2. Hihi. Teringat hari itu diprovok oleh budak bernama Amad the Bowler senget. Jangan melambung tinggi kalau dicucuk. Takut jatuh nanti sakit sendiri.
Salam,
BalasPadamSaya rindukan Khalifah seperti mereka..ya..moga kembali lagi khilafah islamiyyah ala minhaj nubuwwah.
Jemputlah ke blog saya untuk berkomentar.
To Akhi Farid Rashidi:
BalasPadamSalam. Ameen, insyaAllah. Kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi. Kitalah penggerak impian generasi akan datang. Merintis jalan para mujahid
Terima kasih atas kunjungan. InsyaAllah(^_^)