Atau kerana itu suatu kewajipan mengikut jadual?
Mendermakan sejumlah wang buat si pengemis, IKHLAS kah anda?
Atau sekadar menghulur sebab pengemis itu sudah lama menagih di sebelah meminta simpati?
Menyiapkan tugasan harian, IKHLAS kah anda?
Atau kerana itu aktiviti harian?
Melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, menyidai pakaian, IKHLAS kah anda?
Atau sekadar mengikut arahan orang tua dan tidak lama lagi mahu menikah (takut mak mertua marah)
Melamar insan yang bernama wanita, IKHLAS kah anda?
Atau sekadar lirik hati menyukainya dan takut terlepas kepada lelaki lain (nanti menyesal)
Menerima lamaran insan bernama lelaki, IKHLAS kah anda?
Atau sekadar menerima sebab dah dilamar dan risau kalau tiada lelaki lain yang mahu (nanti takut solo sampai ke tua)
Meninggalkan perkara larangan atau kemaksiatan yang dahulu menjadi kebiasaan, IKHLAS kah anda?
Atau masih ada sekelumit rasa kekesalan kerana perlu sentiasa menjaga?
IKHLAS
Secara bahasa dapat didefinisikan sebagai murni dan terbebas dari kotoran yang berasal dari kalimah khalasa
Jadi dapat difahami di sini ikhlas bermaksud melakukan suatu perkara niat dan amalnya kerana Allah SWT.
Ramai orang mungkin selalu mendengar kalimah ini tetapi berapa ramai di antara kita yang bermujahadah memperjuangkan maksudnya?
Berapa ramai di antara kita yang menyulamkan MANUSIA, HARTA, PANGKAT dalam niatnya sehingga niat yang asalnya bersih tercemar dengan kotoran duniawi. Astaghfirullah
Ya, ia perlukan mujahadah. Ia perlukan latihan.
Pesan 1: Coretan pendek ini adalah untuk ingatan diri sendiri dan sesiapa yang membacanya.
Pesan 2: Az-Zumar : 3(terjemahannya); Ingatlah, hanya kepunyaan Allah lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah berkata : "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.
Pesan 3: Az-Zumar : 14(terjemahannya); Katakanlah: "Hanya Allah saja yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agamaku"
Pesan 4 : Al-Bayyinah : 5(terjemahannya); Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yanbg demikian itulah agama yang lurus.
Pesan 5: Melakukan AMAL yang BENAR (mengikuti sunnah Rasulullah SAW) dan diiringi IKHLAS (murni niat dan amalnya kerana Allah SWT) dan niat tidak menghalalkan cara sekalipun niat itu ke arah kebaikan. Wallahualam
Pesan 6: Sabarlah hati. Bermujahadah memperjuangkan ikhlas dalam setiap amal ibadah. Ameen(^_^)
salam...
BalasPadamIbnul Qoyyim memberi perumpamaan seperti ini, “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.” Dalam kesempatan lain beliau berkata, “Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendeta ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik.”
Wallahualam.
yuk same2 bermujahadah...luv u...(",)
To nurqamarina:
BalasPadamSalam. Terima kasih untuk nilai tambahan. Biar penat lelah kita, suka dan duka, tangis dan tawa, sakit dan sihat IKHLAS keranaNya agar tidak sia-sia belaka melayari bahtera dunia sementara.
love you too dear(^_^)Y
ikhlas ni satu sifat yg susah dicapai..tapi kalau ada pada seseorang,pasti tenang dan bahagia empunya sifat itu..
BalasPadamkerana sesuatu yg dilakukan dengan niat yang ikhlas,pasti diterima ALLAH taala..
persoalannya,ikhlaskah kita dalam setiap perbuatan kita..lillahi taala? kdg2 mulut sng bertutur,tapi hakikatnya tidak sebegitu..naudzubillah..
snts perbetulkan niat dan moga kita berjaya membersihkan hati kita agar betul2 ikhlas dlm setiap perkara..
To Duha:
BalasPadamSyukroan ukhti untuk ilmunya. Sebab itu kita kena bermujahadah menjaga keikhlasan. Mudah untuk kita tergelincir dari landasan niat yang ikhlas. Makanya kita diminta untuk sering bermuhasabah dan berzikir agar kita tahu dan ingat siapa kita untuk merasa riya'?
balik malaysia nnt belanja A.S.A - ikhlaskah anda? :P :P :P *fastaqim kama umirt*
BalasPadamTo a.s.a :
BalasPadaminsyaAllah. part belanja ni nak kena tgk juga duit. wua~ mau simpan wang ma:P :P :P