Setelah usai solat Isya', saya meluruskan kaki sambil meregangkan otot badan. Terasa penat hari ini dilalui. Selang beberapa minit saya melayangkan fikiran, terdengar lagu dendangan Edcoustic Muhasabah Cinta dari telefon bimbit lantas terdengar, "Mama". Telefon bimbit membacakan nama pemanggil.
"Assalamualaikum mama, kenapa?" tanya saya.
"Wa'alaikumussalam kak, tolong call acik. Mama sibuk sediakan makanan untuk babah buka puasa, mama dengar suara acik tadi tengah nangis. Cuba tanya dia kenapa?" jelas mama. Kedengaran suara mama yang tergesa-gesa.
Saya melihat kredit yang masih berbaki. Alhamdulillah tinggal Rp15,000 (RM5.00). Perkiraan saya cukuplah kiranya untuk berbicara selama 20 minit. Lantas saya mendail nombor telefon bimbit adik saya yang ketiga, Amira atau nama panggilan keluarganya, Acik. Dia menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau dahulunya dikenali sebagai ATMA dan mengmbil jurusan kejuruteraan mekanikal (mechanical engineering). Pasti tekanan baik aspek mental mahupun fizikal menjadi wadah santapan mereka setiap hari.
"Assalamualaikum acik, tengah buat apa tu?" saya memulakan bicara.
"Wa'alaikumussalam. Takde buat pape. Tunggu jap lagi ada aktiviti" jelas kedengaran suara Amira yang agak sayu. Tidak seceria seperti selalu. Lama juga untuk saya memancing hati Amira supaya dia bersedia meluahkan perkara yang serabut di mindanya. Mungkin sekadar mendengarkan celoteh masalahnya mampu menjadi penawar keresahan hatinya.
Setelah usai Amira meluahkan segalanya, tahu lah saya bahawa ada seseorang telah menyakitkan hatinya. Mendengar sahaja luahan Acik tadi, membuak rasa marah dalam diri, cuma saya mengikat kemas dengan nilai Sabar dan Rasional dalam menyampaikan nasihat.
Saya menasihatkan kembali Amira,
"Acik, dalam satu hari, kita ada 24 jam kan?" tanya saya pada Amira sekadar menguji
"A'ah" jawabnya lemah.
"Baik, dalam 24 jam yang Allah bagi pada Acik dan orang lain, bagi pandangan kakak, orang yang menyakitkan hati acik cuma mengambil 1 jam atau lebih sikit dari total 24 jam yang acik ada. Menjadi suatu beban pada diri apabila kita menghabiskan baki 23 jam lagi untuk memikirkan perkara yang menyakitkan hati mengenai dia sedangkan dia telah jauh pergi entah sedang lena tidurnya atau enak makannya. Percuma sahaja masa acik dibazirkan memikirkan hal yang menyakitkan hati. Bukan pahala yang menjadi tabungan amal sebaliknya dendam, sumpah seranah, benci dan sakit hati akhirnya menjurus kepada dosa yang membukit tinggi. Dia berjumpa dengan acik, menyakitkan hati acik pada jam pertama. Kenapa pula acik memikirkan terus hal dia pada jam berikutnya walaupun dia tiada di depan mata. Sia-sia. As I said to you before, you own your body, you own your soul and you own your mind. Biar dia berbicara pedas dan menyakitkan hati pada masa yang cuma sedikit tetapi kita punya cara untuk menghiburkan kembali hati yang lara" nasihat saya pada Amira
Terdengar hela lega dari kejauhan sayup suara Acik. Itu sudah cukup membuatkan saya turut sama memanjatkan syukur pada Illahi mengurniakan ilham dan kesabaran serta rasional dalam penyampaian.
"Kak, Acik kena turun (berbaris) sekarang. Thanks, kak" terdengar suaranya kembali ceria.
"Ok, jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan, jaga hati dan jaga iman. Assalamualaikum" saya membalas dan kedengaran suara Amira menjawab salam lantas panggilan pun dihentikan.
Pesan 1 : Ar-Rad:28 (maksudnya) : (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
Pesan 2 : Kalau seseorang menyakitkan hati kita, bersabar dulu dan jangan cepat melatah. Kadang-kala sikap orang itu adalah refleks (cermin) kepada tindakan kita yang terdahulu kepadanya.
Pesan 3 : Carilah aktiviti yang menjadi tempat kita menenangkan minda kerana saat kita disakiti tiada istilah "hilang arah" kerana kita punya agenda seperti membaca Al-Quran, beriadhah untuk melempiaskan rasa kurang enak kita pada seseorang. Wallahualam
thanx my beloved kakak!!
BalasPadamlove n mizz u kak..
thanx 4 evrything n FYI..acik br foundation in engineering la kak..degree start next sem..
n may b x ambik mechi..
To anonymous a.k.a acik:
BalasPadamYou're welcome(nak coklat+aiskrim?)
Love & miss you too coz of Allah
That is what we are born to be, we grow up and we share the pain and tears, we open up our heart and share our love and happiness
p/s : it's ok. As long as you happy with what you're doing (and of course it should be the right thing), so go for it(^_^)Y
nak coklat ngn eskrim jgak!! (hehe..maaf menganggu) :p
BalasPadamerm..betul tu..bazir mase je pk pasal org yg kite benci..tah2 die rilek je..tp kite yg susah2 pk pasal die..erm..thanks 4 the post :) insyaAllah membantu dlm memperbaiki diri yg lemah ini..
To Duha:
BalasPadamtak boleh!(ehehe;P)
itu yang jadi masalah. Si dia sakitkan hati kita mungkin sekejap sj tapi kita yg pergi fikir pasal si dia sampai bawak ke dalam mimpi. Sudahnya rosak hari-hari kita memikirkan hal yang menyakitkan hati. Sama-sama semoga bermanfaat(^_^)Y
Salam..
BalasPadamkalo sedih tdo(dengan harapan after bgn dah tak rasa apa2)hilang dgn tdo.
hehe=)~amik cara aimi jugak!
works!
dah lama tak jenguk blog kita..jemput2la komen2.
salam..kak..sye pn de mslh skt nk control sakt ati nie..mslhnye..kalo sye skt ati,sti terpapar di wajah muka yg cute + manis menjdi seorg yg sgt moody dan scary..uwaaa...cm ne nie??byk2 dah istighfar..tapi kan,bole dop kalo sye trus jauhkan diri dri die pda mse tgh mrah tu??huhu....
BalasPadamTo Iman Aisyah:
BalasPadamBetul2
Sebelum tidur berdoa kepada Allah supaya tidur kita tidak lah melewatkan waktu dan mimpi sahaja sebaliknya kita doa agar Allah kurniakan ilham dan kelapangan dada kita.
siapa kata tidak menjenguk?selalu(^_^)Y
insyaAllah
To anonim a.k.a ni siapa ya?
BalasPadamSalam..menjauhkan diri atau meninggalkan situasi tersebut merupakan salah satu solusi. InsyaAllah boleh sahaja. Boleh juga dengan berwudhu' kerana saat kita marah, emosi mengawal akal lebih dominan melangkaui pemikiran rasional..wallahualam(^_^)Y
kak..nk ice crean n choc?
BalasPadamno probs~
tyme kakak blk cuti nnt kte g bli ek..
bile kkk blk?
mmg x bleh thn klu ad org skitkn hati kite..
BalasPadamtp ap yg sy buat..
bzkn diri..jgn pikir psl org tu sbb..mcm kak aimi ckp..akn mnjerumus kpd dosa bile dok menyumpah serapah die..
p/s: sedappnyer eskrim n coklat..org tu dh nk coas..x sudi nk bg kt adik ni gak ker? hehehe
To acik :
BalasPadamyup~(^_^)
ngehehe..yeAy~(alhamdulillah)
end of june insyaAllah, kenapa nak belanja kakak?(-_-)<-- malu2
To Bella :
BalasPadamItulah orang yang kuat. Kuat bukan apabila kita dapat menumpaskan lawan tapi kuat apabila dapat menahan amarah. Betul2(upin ipin mode)
p/s : bella tak boley. hehe. eh bella terbalik lah, patut akk lah dapat eskrem ngan coklat sebab nak simpan byk2 tenaga untuk koas nanti. ameen kita doakan bersama supaya dipermudahkan segala urusan:D