Sabtu, 4 April 2009

Solat saya tidak sah?

"Kita singgah solat di R&R Seremban, lepas solat kalau ada yang nak makan, kita makan sekejap" jelas babah sewaktu melihat papan tanda menunjukkan kurang 1 kilometer kami akan sampai ke R&R Seremban dari arah Kuala Lumpur. Seisi keluarga baru usai menjemput saya pulang dari Bandung untuk bercuti semester.

Saya menunaikan solat dengan pakaian yang saya pakai. Berbaju labuh, seluar yang longgar dan tudung besar saya. Setelah selesai solat dan berdoa, saya didatangi seorang makcik,

"Nak, awak kena solat semula" kata makcik itu. Saya dengan wajah yang kaget melihat-lihat baju, seluar, tudung, stokin yang mungkin ada kesan najis.

"Kenapa makcik?" tanya saya lagi.

"Awak kena solat lagi, awak solat semula" suara makcik ini meninggi. Hati saya berbisik apakah memang salah saya atau makcik ini.

"Makcik, terima kasih sebab prihatin dengan solat saya. Tapi apabila makcik suruh saya solat kembali, itu bermaksud makcik mengatakan solat saya tidak sah. Apa yang menyebabkan makcik merasa solat saya tidak sah?" saya kembali bertanya. Api tidak seharusnya dilawan dengan api. Mungkin terbakar R&R Seremban itu nanti. Saya masih melemparkan senyuman walaupun muka makcik tadi semakin kelat dan kerut diwajah bertambah.

"Bukan apa, anak pakai seluar solat. Sepatutnya anak pakai telekung" wajah makcik tadi kelihatan lega mungkin terlerai jua kekusutan yang disimpan. Geli hati saya melihat riak wajah makcik ini.

"Terima kasih. Saya menutup aurat dengan sempurna makcik, jadi tiada salahnya saya solat dengan pakaian saya sekarang. Andai makcik suruh saya solat semula kerana saya memakai seluar, seluar saya tidak ketat sama sekali. Tidak juga jarang dan tidak pula meniru agama lain" bukan niat saya hendak menunjuk pandai. Tetapi kejahilan harus diperbetulkan agar minda ISLAM sendiri yang kadang-kala terkongkong sempit sempat dibuka sebelum ajal menjemput.

Saya memandang makcik tadi, ada riak kurang senang dipamerkan di wajahnya.

"Makcik, saya bukan hendak tunjuk pandai dengan apa yang baru saya nyatakan tadi. Itu saja ilmu yang saya ada. Jadi saya berkongsi. Saya yakin makcik punya lebih banyak ilmu berbanding saya. Bolehlah kita saling berkongsi" saya membuahkan senyuman. Makcik tadi kelihatan berubah riak wajah menjadi ceria. Kami keluar dari ruang solat bersama. Bertukar cerita keluarga. Alhamdulillah

Itu antara realiti di Malaysia yang terjadi sehingga hari ini. Mentaliti yang terkongkong kerana agama warisan. Indah sungguh nikmat andai kebenaran yang sempat dicapai sebelum kematian menjemput. Hendak solat harus bertelekung kalau tidak solat tidak sah. Apakah?

18 ulasan:

  1. salam..
    erm..btul2..maybe mentaliti masyarakat malaysia belum terbuka sepenuhnya..tapi skrg ni dah makin ramai yg boleh terima perubahan2 yg menampakkan islam itu tidak menyusahkan sebenarnya..

    mungkin kene review balik syarat sah solat atau rukun2 dalam solat..ade ke syarat memakai telekung? mmg takde..cume ia dah menjadi KEBIASAAN masyarakat kite..

    p/s:bayangkan kalau kite tgh shopping ke..patu tetibe waktu solat dah nak habis, kat surau tade telekung..kite pun lupe nak bawak telekung..abis..cne? nk tggu telekung jatuh dr langit? hehhe..itulah salah satu kepentingan menutup aurat sepenuhnya ketika keluar..praktikal dan mudah :) insyaAllah~

    BalasPadam
  2. Salam..
    Sah ke solat macam tu?Hehe..
    Adegan di atas merupakan salah satu contoh realiti masyarakat Muslim di Malaysia.Banyak yang ibadatnya itu dtebalkan dengan adat..

    Atas kita untuk menegur,dan membicarakannya dengan berhemah..

    Tapi kan,yang paling penting,ialah bagaimana caranya kita menyampaikan mesej itu.Mungkin sahaja mesejnya benar lagi betul,tapi mungkin sahaja ianya ditolak kerana penyampaian yang salah..

    Mujur takdala dalam kes kat atas,ada orang yang marah2,emo xtentu pasal,Alhamdulillah ;-)

    BalasPadam
  3. To Duha :

    Salam..Alhamdulillah memang ada juga yang sudah melakukan anjakan paradigma dan tidak kurang juga yang masih merasa tempurung kelapa lagi nyaman untuk didiami.

    Itulah apabila belajar agama Islam sekadar untuk dapat nilai A PMR, SPM, itu sajalah yang orang tu dapatkan. Tidak lebih. Tiada penghayatan, tiada niat di hati untuk mengkaji lebih. Kosong tanpa penghayatan.

    p/s : itu yang pernah ada sekelompok orangtua berebut telekung kat pasaraya. Geli hati tengok muka dah tua berkedut pun nak bergaduh. Walhal lengkap sudah pakaian yang mereka pakai untuk solat. mentaliti2;D

    BalasPadam
  4. To Ahmad Zulfahmi :

    Salam..Sah3x..confirm sah..hehe:P

    Ibadat yang ditebalkan dengan adat. Best ayat ini. Betul, penyampaian juga perlu diperhatikan.

    Alhamdulillah, sekarang cuba mengikat setiap kata dan perbuatan dengan sabar. Kalau makcik tu Duha, Tasha, Alia ke siapa-siapa yang pernah dapat pengisian tentang aurat yang tegur solat tidak sah halau tidak bertelekung, memang itu kena disilatkan/di karate kan..macam dalam komik itu kan?:P(jgn mrh ye encik komik)

    BalasPadam
  5. Nasib baik makcik tu tidak disepak *tut*... Kak ni bukan leh jangka,mai angin monsun cup...mau dilibas semua...hahaha

    BalasPadam
  6. To Dr Amad :

    amboi2..sesedap oren jari jemari mu menaip. Itu dulu lah adikku yang berangan nak kurus..ngehehe..seperti yang selalu dah bagutau, dah tua2 ni, pinggang pun dah senget, tak mo lah sepak-sepak:D

    p/s : sekarang zaman maju, main fire je:P

    BalasPadam
  7. Sapa suh tak bawak telekung nih? haiya...
    Lebih molek solat bertelekung daripada berseluar. Ada perbahasan ulama' yang melarang terus pemakaian seluar bagi wanita.

    BalasPadam
  8. To Hijau:

    Sudah diberitahu, masa tu baru balik dari Bandung, maka segala telekung, baju, alat makeup, parfume, buku dan sebagainya telah disimpan kemas di dalam beg.

    p/s : boleh lah kiranya cik/encik hijau membahaskan tentang isu ini ya. Kalau boleh kita berkongsi ilmu, apa salahnya kan?Sudi2 menambah komen ulasan tentang pembahasan itu ye

    BalasPadam
  9. Saya suke telekung purple dan hijau. Eh,saye boleh ke solat pakai telekung? Kalau jumpe makcik tu,ape kata die agaknye ye? Hmm...

    BalasPadam
  10. To Mohsein:

    Kenapa perlu memakai telekung andai dirimu lengkap berpakaian solat.
    Rambutmu aurat?
    Tanganmu aurat?
    Kakimu aurat?
    Kalau jawapannya ya, silakan.

    Telekung bukanlah suatu KEWAJIPAN pakaian dalam solat sehingga kalau seorang wanita itu tidak bertelekung maka solatnya tidak sah. Kalau sudah menutup aurat dengan sempurna, salahkah berpakaian tadi untuk solat?Fikirkan dan renungkan bersama. Saya tahu anda tahu jawapannya ya Along Momo:P

    BalasPadam
  11. Maka seorang lelaki mukalaf bisa bersolat dengan hanya berseluar pendek tanpa baju. Sempurna auratnya ditutup. Hohoho.
    Papepun,tidaklah sama yang wajib dan sunat,keperluan dan pelengkap. Hidangan utama dan pencuci mulut. Bezakan dengan ilmu.

    BalasPadam
  12. To Mohsein :

    Kalau ada ilmu untuk dikongsi, silakan. Boleh dikongsi bersama:D

    BalasPadam
  13. Jika bicara soal sah atau tidak,berseluar dengan memenuhi segala syarat menutup aurat,solat itu sah.

    Jika bicara yang mana lebih cantik dan elok dipakai,semestinya telekung.Solat pun khusyuk lagi dengan pakaian solat.

    Tiada salah dua-dua pakaian itu pun.Lagipun kak dalam keadaan tertentu sahaja,yang mendesak baru solat dalam keadaan cm itu.=)

    BalasPadam
  14. To Dr Amad & Mohsein :

    Benar, kesempurnaan menutup aurat dalam solat lebih diutamakan.
    Bicara soal si lelaki berseluar pendek solat dan si wanita berseluar panjang dan longgar solat adalah dari aspek adab dan sahnya solat.
    Solatnya sah, mungkin dari segi ketertiban dan adab serta kesempurnaan lebih sempurna pada mereka yang elok pakaiannya.
    Benar, bertelekung lebih sempurna dari berseluar, cuma ada mentaliti masyarakat mengatakan tidak sah solat kerana untuk solat WAJIB bertelekung.
    Apapun, terima kasih ya(^_^)Y

    BalasPadam
  15. Betul3...kesian org yg tak makan nasi semata2 kerana tiada buah tembikai..peace v(^_^)v

    BalasPadam
  16. To Mohsein:

    Lama juga saya kena interprete maksud ayat tu. Pandai sungguh bermain kata. Ahli kalam rupanya encik mohsein ini:D

    peace too(^_^)Y

    BalasPadam
  17. Salam, aimi.

    saya pun pernah mengalami situasi yang hampir sama seperti kes ini. cuma saya belum sempat solat..ia berlaku di makassar ni la.
    saya keluar shopping di mall.then, masuk waktu solat nak solat lah.
    then ada seorang ibu (muda lagi tapi) berpurdah labuh tanya saya 'nak solat macam ni ke?'. [saya masa tu pakai tdung 60, seluar longgar (of kros la huhu), n bju labuh..]
    saya angguk je. dia terus hulurkan kain telekung surau..
    saya bukan tak nak pakai. tapi faham2 lah awam punye mcmana kan.hehe.
    tapi sy malas nak berbahas pjg waktu tu.ada teman menunggu. jd sy ambil je la telekung tu dn solat.

    hm dn slps itu..sy lebih senang membawa telekung sendiri.. yang dibuat bukan drpd cotton. ringan, mudah dilipat kecik2, n senang di bawa..

    terima kasih berkongsi pengalaman! ;)

    hah sy pun 'terkesima' dgn gaya bahasa akh mohsein ni. memang ahli kalam.. :)

    keep up writing yah! (",)

    salam juang~

    BalasPadam
  18. To Nurira a.k.a miss firdaus:

    Salam ukhuwwah miss Nurira a.k.a miss firdaus. Jauh tetamu datang menziarah, Makassar tu:)

    Itulah melihat telekung-telekung di tempat awam menyebabkan loya nak pakai. Mungkin tidak semua tempat begitu tapi so far memang menguji ketahanan hidung untuk menahan bau dan ketahanan mata untuk tidak tertutup pengsan. Kesempurnaan itu penting tapi dalam keadaan yang tidak memungkinkan takkan lah nak meninggalkan solat atau melabel solat tidak sah hanya dengan tidak memakai telekung..wallahualam.

    p/s : syukron untuk ziarahnya. walaupun di alam maya

    BalasPadam