Jumaat, 3 April 2009

Ilham dari dalam tandas:)

Jadual petang itu adalah tutorial seperti biasa. Saya memanjat anak tangga untuk ke ruang tutorial di tingkat 3 dengan penuh kepayahan dan kelelahan. Payah menahan sakit dan lelah kerana deretan anak tangga yang berjaya meningkatkan metabolisma tubuh. Setibanya saya di hadapan pintu utama ruang tutorial tahun 4, saya disapa seorang teman,

"Aimi, lama aku tunggu kau. Itulah aku ajak pergi exercise, kau banyak alasan nak mengelak. Sekarang dah kepenatan macam setahun tak pernah exercise" tegur teman tadi. Gurauan yang kadang-kala pahit untuk ditelan. Melihat sahabat tadi yang sebenarnya tidak mengetahui keadaan sebenar, saya melemparkan senyuman.

"Tak sampai seru lagi lah nak jogging. Apa kata awak practice je dulu, nanti kita lawan marathon. Kenapa?" pertanyaan saya membuatkan sahabat tadi turut ketawa.

"Aimi, aku nak tanya, kalau kita nak sampaikan nasihat pada orang, bukankah kita perlu jadi diri sendiri. Tidak perlu lah kita jadi alim segala. Yang penting apa yang kita sampaikan bukan apa dalam hati kita atau sikap kita. Jadi kalau memang habit kita kuat lepak dengan kawan, ketawa kuat-kuat, suka chit-chatting there's no reason why those people tak nak dengar our nasihat right?

Dalam fikiran saya berputar mencari jawapan yang tepat. Benar kita harus menjadi diri sendiri tapi sampai ketawa kuat-kuat segala itu yang kurang tepat duduk letaknya akhlaq seorang mukmin. Dalam penyampaian saya, saya lebih gemar menyampaikan dalam bentuk analogi kerana pendekatan analogi lebih saya lihat sesuai buat teman-teman saya sekarang.

"InsyaAllah, kalau saya dah dapat jawapan, saya bagi tahu awak" balas saya setelah melihat jam yang tepat menunjukkan pukul 1.00petang menandakan tutorial seharusnya sudah bermula.

Setelah hampir sejam waktu tutorial berlalu masih juga tiada analogi yang sempat menyinggah di minda. Sedangkan saya sudah tidak keruan untuk ke tandas. Lantas saya meminta izin dari Doktor tutorial. Saya menyusun langkah sambil di minda memikirkan persoalan sahabat tadi. Ternyata K.O.S.O.N.G. Hanya terfikir tentang penyakit ginjal, edema (bengkak air pada badan), hematuria (darah dalam air kencing), proteinuria (protein dalam air kencing). Semuanya merupakan gejala tidak normal pesakit hasil perbincangan tutorial sebentar tadi. InsyaAllah, seandainya panjang umur dan dimurahkan rezeki saya ingin melanjutkan pengajian perubatan dan menjadi Pakar Penyakit Dalam serta subspecialist Nephrologist.

Seusai membuang air, Subhanallah dengan izinNya dikurniakan ilham buat saya menterjemahkan persoalan tadi (Walaupun saya tahu, tandas bukanlah tempat yang sesuai mencari ilham)

Seusai tutorial, saya berlari-lari anak menuju ke ruang tutorial sahabat tadi.

"Alhamdulillah saya dah dapat jawapannya, insyaAllah" wajah ceria saya hadiahkan kepadanya

"Apa dia?" tanya sahabat tadi.

"Ok, sebelum itu, kalau pesakit datang dengan masalah ginjal, kita sebagai doktor mengambil langkah awal dengan memeriksa air kencing pesakit baik secara kuntiti mahupun kualiti untuk mengetahui fungsi dan kondisi ginjal. Kita tidak melakukan sebarang pembedahan terhadap ginjal untuk melihat kondisi ginjal pada langkah terawal sebaliknya melihat OUTPUTnya dahulu untuk merefleks fungsi ginjal. Betul tidak?" persoalan sekadar memancing minat sahabat tadi.

"A'ah. Itu aku tahulah. Tapi apa kaitannya dengan soalan aku tadi?" terkena pancing sahabat tadi.

"Jadi sama juga konsep menyampaikan nasihat mahupun dakwah. Orang hanya menilai OUTPUT kita. Di mana OUTPUT kitalah yang akan mencerminkan INPUT (ilmu dan hati). Orang tidak mampu menilai hati dan niat kita bagaimana sebaliknya mereka menafsirkan sesuatu sesuai apa yang mereka lihat. Baik ucapan, perbuatan, pakaian, dan lain-lain. Ucapan merupakan satu elemen penting penyampaian mesej tetapi aspek lain turut kita ambil berat. Jadi mereka iaitu orang luar menilai kita sesuai dengan apa yang kita pamerkan kepada mereka" saya menyampaikan hujah merungkai persoalan tadi sesuai dengan analogi fungsi ginjal.

"Maknanya lepas ini aku tak boleh ketawa kuat-kuat lah ye?" tanya sahabat lagi.

"Bersederhanalah. Rasulullah pun mengamalkan prinsip kesederhanaan. Hendak bergembira tiada salahnya tapi sampai ketawa melambak itu yang jadi masalah. Lagipun kita digesa sentiasa mengingati mati. Masih adakah ruang untuk kita ketawa kalau kita sering mengingati mati. Wallahualam" saya juga bersederhana menyampaikan kerana riak wajah teman tadi yang sudah bertukar sedih.

"Ayuh, kita ikhlas dalam meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat. Ikhlas dengan memurnikan Allah sebagai tujuan" jawapan saya menutup perbualan kami pada petang itu.

Pesan 1 : Saya pun suka ketawa. Threshold saya rendah kalau orang buat lawak. Lagi kelakar kalau orang tersebut tidak ketawa bila buat lawak. Cuma bersederhana itu penting (cover ayu).

7 ulasan:

  1. salam, kak aimi.
    lagi kelakar kalau orang yg wt lawak tu x ketawa? ye ke?
    ok lah, lepas ni siap la akk. threshold yg dh rendah tu makin rendah le nnt.hehe...

    BalasPadam
  2. OUTPUT = AKHLAK

    Imam al-Ghazali RA (Ihya `Ulumuddin):

    suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.
    Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

    akhlak yg zahir melambangkan jiwa yg sirr~ :)

    BalasPadam
  3. Jah, awak tu mmg agen perosak threshold gelaktawa manusia, bersepah gelak dgr cite awak tawuk. haha~

    BalasPadam
  4. To Suhaijah:

    Salam. Awak janganlah, dah lah awak kalau buat lawak memang muka kategori tiada respon;P

    BalasPadam
  5. To A.S.A:

    Salam. Syukron untuk nilai tambahannya. Dakwah Bil Hal(^_^)

    p/s: Jah memang~boleh ketawa sampai menangis kalau tengok muka dia tak bersalah buat lawak:P

    BalasPadam
  6. Salam,aimi

    saya suka cara aimi yg suka bagi analogi utk menjawab 'soalan2'..
    ironinya, ilham yang baik ini dtg dari dlm tandas..huhu.

    perkongsian yg menarik. i like it..hehe.
    teruskan menulis ye ukhti!

    BalasPadam
  7. To Nurira :

    Salam Firdaus. Alhamdulillah. Setiap insan mungkin lain pendekatannya pada agama. Kita sebagai muslim bertanggungjawab merungkai permasalahan tentang agama kita sendiri, Islam. Melihat sahabat-sahabat yang kadang-kala allergik kalau kita terus menyentuh bab dalil dan hadith maka kita beri pendekatan dari sisi lain. Dalam masa yang sama kita tetap selitkan dalil dan hadith yang berkaitan agar hujah kita bukan omong kosong semata. Wallahualam

    p/s : itulah ilham dari dalam toilet. mengambil ibrah dari nikmat yang Allah SWT dah beri. thank you. Mohon doa dan perkongsian ilmunya. insyaAllah, ameen(^_^)Y

    BalasPadam