Ahad, 28 Februari 2010

Tanggungjawab Allah, tanggungjawab kita...

Hari pertama, lambat masuk kelas/kerja. Lambat 15 minit.

Ketua hanya menggelengkan kepala, hari pertama sudah terlambat.

Hari kedua, terlambat lagi. Lambat 30 minit.

Ketua sudah bersuara memberi amaran pertama.

Hari ketiga, terlambat lagi. Lambat 1 jam.

Ketua memberi amaran keras, "Jika esok kamu datang lambat lagi, kamu akan dipecat"

Hari keempat, masih terlambat.

Seperti yang dijangkakan, dimarahi oleh ketua dan langsung dipecat. Sia-sia belaka.

---------------------------------------------------------------------------

Situasi di atas, tidak saya maksudkan kepada sesiapa. Cuma mungkin sahaja berlaku dalam dunia nyata. Orang kuliah atau kerja yang datang lambat ke tempatnya. Mungkin tidak berturut-turut tapi tetap terlambat.

Saya juga pernah merasa situasi di atas. Ya Allah, perasaan gelabah itu tidak boleh digambarkan.

Cuma apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah isu TERLAMBAT.

Kalau kita lambat solat seperti situasi di atas bagaimana pula?

Solat Subuh, Subuh gajah, Subuh T-rex dan pelbagai lagi istilah. Lagi enak tidur dan melayan mimpin dari bangun solat Subuh yang merupakan kewajipan diri.

Mama selalu pesan, "Kakak sementara kita di dunia, sementara ada air yang dingin atau suam, tinggal kita pilih yang mana kita mahu untuk ambil wudu' maka kita bersungguh-sungguhlah. Jangan sampai di akhirat kelak, na'udzhubillah dijilat api yang panas, baru kita mahu merasa menyesal. Sedang di dunia, nikmat yang ada kita tidak manfaatkan sebaiknya"

Sementara di dunia, Allah bagi kita peluang BERLAKON di dalam PEMENTASANNYA, kenapa pula ada yang sambil lewa? Lupakah watak anda apa? Atau anda tidak sedar sebenarnya anda sedang BERLAKON?

Waktu Zuhur, tangguh dahulu. Lebih mementingkan makanan jasadiyah dari ruhiyah. Lebih merasa hausnya tekak dari hausnya iman. Allahuakbar. Masa memesan makanan, mahu yang mengikut selera diri, air yang mengikut selera diri. Semuanya mahu yang enak dan terbaik agar nanti perut kenyang, fikiran mampu tertumpu untuk kuliah selanjutnya.

Namun begiitu, waktu solat, ala kadar. Semuanya express. Mungkin "sudah bayar lebih" dekat Allah SWT untuk "tiket solat express" seperti mana tawaran "express boarding" Airasia.

Solat Asar, alasan kepenatan. Istirehat dahulu. Makan dahulu. Menonton TV dahulu. Berborak dahulu. Penat, Allah SWT mesti faham punya.

Sudah kesempitan waktu, baru berlari-lari menunaikan solat express.

Begitulah selanjutnya rutinitas berlaku. Allahuakbar. Astaghfirullahalzim.

Allah SWT sangat sayang akan hambaNya. Tidak Allah cabut nyawa hambaNya setiap kali hambaNya lambat menunaikan solat. Malah, nikmat dan rezeki yang diberikan turun mencurah.

Allah SWT menjalankan tugasNya sebagai Pemerintah Alam. Allah SWT menjalankan tugasNya sebagai Pengatur makhluk di muka bumi.

TAPI

Kenapa kita lalai menunaikan tugas kita?

Kenapa kita sambil lewa menjalankan amanah kita?

Bukankah itu biadab namanya?

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Ayo lah. Marilah. Jom.

Kita sama-sama CEPAT-CEPAT kenali siapa diri kita, dan laksanakan tugas kita.


Pesan 1: Buat peringatan diri sendiri dan semua saudara ku yang tercinta.

Pesan 2: InsyaAllah, esok adalah Judicium Surgery Department, mohon doa dari semua.

Selasa, 23 Februari 2010

Dia mendengar.

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekitar jam 8 malam, saya sedang belajar. Kebetulan, sekarang saya di bagian Bedah Orthopaedi. InsyaAllah, saya menyimpan impian untuk menjadi Pakar Bedah Ortho satu hari nanti. Ameen. Banyak yang perlu dipelajari, ditambah pula saya membaca ulang semua pelajaran selama di Bedah ini, memandangkan Ujian Akhir Bedah pada hari Khamis ini.

Doakan saya dan sahabat-sahabat lain ya.

Bukan soal saya belajar yang ingin saya kongsikan atau ketengahkan tapi di perjalanan atau insiden waktu belajar saya.

Sedang saya tekun membaca buku, saya mendapat sms dari seorang teman. Setelah membacanya, saya merasa agak terganggu juga ketenangan diri. Saya jadi serba tidak kena.

Marah. Sedih. Hilang punca. Geram.

Astaghfirullah.

Apa patut aku buat sekarang?

Apa yang dapat mengembalikan ketenanganku ya Allah?

Lantas, saya mengambil wudu'. Perlahan saya sapukan air wudu' keseluruh anggota wudu'. Saya mengambil waktu yang lama untuk wudu'. Benar-benar cuba mengurangi rasa-rasa amarah yang dihasut syaitan dengan air wudu'. Alhamdulillah, berkurang rasa amarahnya.

Kemudian, saya mengambil Al-Quran dan membacanya. Menjadi rutin, saya akan membaca terjemahannya sekali usai membaca ayat Al-Quran.


Allahuakbar, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui apa yang bergelora di jiwa hambaNya,

Saya terhenti membaca terjemahan pada ayat Al-Quran 41-43, Surah Al-Ahzab di mana kalam Allah ini benar-benar memujuk hati saya. Alhamdulillah,

"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikatNya, agar mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman"

Alhamdulillah, Allah menenangkan hati saya melalui kalamNya. Sungguh Allah SWT Maha Memahami.

Pesan 1: Alhamdulillah, Kau di hatiku, Allah. InsyaAllah selamanya.

Sabtu, 20 Februari 2010

LESBIAN!!

Assalamualaikum wrt wbt,

Malam begini yang sunyi, tiba-tiba saya teringatkan sahabat baik saya di Kolej Matrikulasi dulu.

Waktu di Kolej Matrikulasi dahulu, saya punya seorang kawan baik.

Kami sering belajar bersama.

Kami sering makan bersama.

Kami sering solat jemaah.

Kami sering mengunjungi orangtua masing-masing.

Kami sering berkongsi segala duka dan suka bersama.

Saya masih ingat, kalau di Matrikulasi dahulu, saya agak liat untuk bangun tidur. Dia lah yang menjadi sahabat setia mengejutkan saya.

Teka jam berapa dia akan mengejutkan saya?

Jam 4 pagi, agar kami sempat berqiamullail, lalu sahur bersama dan solat jemaah.

Tiap-tiap hari saya, pasti diisi dengan hal bermanfaat.

Setelah selesai kuliah sekitar jam 5 petang, pasti kami akan siap-siap untuk berbuka puasa bersama.

Malamnya pula, kami tidak tidur awal. Sama sekali tidak. Badan penat, mata mengantuk tapi disebabkan semangat kami ingin berjaya, sama-sama saling menguatkan dan memberikan semangat.

Kami sering ke perpustakaan kolej yang dibuka sehingga jam 10 malam manakala jam 12 tengah malam sekiranya minggu peperiksaan.

Malam kami sentiasa di perpustakaan jika tidak di perpustakaan, kami akan menghadiri kuliah ganti.

Mana ada dia, pasti ada saya.

Apa yang dia beli, dia akan belikan untuk saya dan begitulah juga sebaliknya.

Sehingga waktu hasil peperiksaan keluar, kami sama-sama mendapat keputusan yang cemerlang, cuma sahabat saya lebih cemerlang dari saya, sudah selayaknya sahabat saya. Dia mendapat CGPA 4.0 manakala saya cuma 3.7. Alhamdulillah, kami sama-sama bangga dengan keputusan kami.

Sayangnya saya pada dia sebagai seorang sahabat, sehingga saya pernah memberitahu dia,
"Apa yang kau perlukan, apa yang kau mahu, kau tinggal cakap sahaja dengan aku. InsyaALLAH aku usahakan. Tapi jangan sesekali kau abaikan aku dalam hidup kau kerana aku kenal erti persahabatan dari kau. Aku sayang kau kerana Allah SWT dan kau lah antara insan yang akan aku doakan kau bahagia hingga ke syurga. Jangan pernah lupa"

Waktu apply Universiti pun, kami pilih course yang sama dan universiti yang sama. Cuma alhamdulillah rezeki saya ke Bandung manakala dia meneruskan perjuangan di Malaysia. Allah SWT sahaja tahu betapa sedihnya saya untuk berpisah dengan sebahagian dari diri saya iaitu semangat dan kekuatan saya.

Itu cerita seputar tentang kami. Tapi tahu apa persepsi sahabat-sahabat lain tentang kami?

Mereka menggelar kami LESBIAN.

Astaghfirullah. Tidak terlintas difikiran kami untuk mencemari sucinya persahabatan yang tercipta kerana izinNya itu dengan sebuah perihal buruk.

Apakah kami kurang waras?

Apakah bermaksud kalau kita bersahabat baik dengan kawan sejenis itu bermakna kita adalah LESBIAN??

Siapa kata??

Apa buktinya??

Benar, saya menyayangi dia. Tapi menyayanginya kerana Allah SWT.

Sekiranya menyayangi sesama jenis itu suatu dosa,

berdosakah saya menyayangi ibu saya?

berdosakah saya menyayangi adik-adik saya?

Jadi apa yang dikatakan LESBIAN?
Pada pandangan peribadi saya, LESBIAN adalah pasangan sesama jenis yang mempunyai perasaan, perbuatan dan fikiran layaknya pada lawan jenis seperti menyayangi dan disayangi dengan nafsu syahwat dan melanggar batas pergaulan seperti tidur berpeluk-pelukan dan paling penting mereka berzina.

Jadi, alangkah kejinya kami, menadah tangan setiap hening malam sewaktu Qiamullail agar hubungan zina berpanjangan sedangkan hakikatnya kami berdoa agar Allah memasukkan kami ke syurgaNya kerana kami saling menyayangi keranaNya.


Alangkah hinanya kami, berjalan bersama ke perpustakaan, makan bersama, kuliah bersama hanya untuk berzina sedangkan realitinya kami melangkah penuh semangat untuk jihad di jalanNya.

Saya rasa tertampar dengan tuduhan itu, begitu juga sahabat saya. Namun, kami tidak sendirian. Disebalik tohmahan berat itu, ada insan-insan yang masih terbuka hati dan rasional mindanya membela kami.

Fitnah tersebar. Aneh, seperti dirancang.

Kami, biarkan. Masih tetap seperti sebelumnya kerana kami yakin, tiada yang salah dalam hubungan persahabatan kami.

Begitu cepat suatu spekulasi dijadikan kesimpulan. Begitu hina insan yang menyebar fitnah kerana terlalu dangkal fikirannya dalam membuat cerita palsu.

Di sini, ingin saya nasihatkan buat peringatan diri dan juga semua, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Alangkah hinanya diri kita, menuduh insan yang lagi sibuk berjuang di jalanNya sebagai berzina.

Manusia tetap manusia, akalnya singkat dan tidak terjangkau sebatasnya fikiran manusia, maka siasatlah.

Saya tidak mahu apa yang terjadi pada diri saya, terjadi pada sahabat saya yang lain. Mereka yang punya keikhlasan dan kebenaran dalam bersahabat.

Wallahualam

Pesan 1: To my dearest beloved friend, Noorazwa may Allah bless you.

Sabtu, 13 Februari 2010

What will you do when he/she hates you?

Assalamualaikum, here a story of mine.

Enjoy reading.

Someone (refer to my friend that I know her very well) asked me a question,

Friend
Me

Aimi, what will you do if there's someone hates you so much?

I'll find out the CAUSE or ETIOLOGY of the reason he/she act so.

Does it work?

Yeah, insyaAllah. If the CAUSE is due to ACQUIRED TYPE HATE, then there must be a RISK FACTOR. A factor that induce she/he hates me. It can be DIRECT RISK FACTOR which is because of my words or attitudes or it can be INDIRECT RISK FACTOR which is FITNAH.

What a fun explanation??What will you do then?

The TREATMENT is simple. DEFINITIVE TREATMENT for DIRECT RISK FACTOR is behave yourself and be a better Muslim and never forget to say sorry because it will relieve the PAIN. Meanwhile, for the INDIRECT RISK FACTOR, explain to him/her the TRUTH and be PATIENT

Hahaha..how about when she/he hates you for nothing and for no reason?He/she just hates you at the first moment she/her saw you.

For that particular condition we call it as CONGENITAL HEART PROBLEM. He/she is GENETICALLY hates you and you have no choice to accept him/her as what she/he is. Poor he/her. We pray for she/he to LIVE and have a PEACEFULLY LIFE.

Great explanation, simple guidance but in reality it is not that simple as giving those explanation.

Who say it will be easy?It is hard, but insyaAllah, it is possible. Believe in Him.


Pesan 1 : Alhamdulillah, berguna juga istilah-istilah ilmu perubatan untuk diaplikasikan ke dunia dakwah kini.


Ahad, 7 Februari 2010

Pengalaman Assistant Operation

Alhamdulillah, hari ini tanggal 7/2/2010, saya oncall(Jaga) lagi dari jam 7 pagi sehingga jam 7 malam.

Namun, kali ini saya tidak di Emergency Room sebaliknya ditugaskan ke Operation Room.

Jika bertugas di Operation Room, maknanya, saya harus bijak mencuri peluang. Baik kesempatan belajar bedah mahupun kesempatan belajar teori.

Saya lihat jadual bedah,

Pesakit pertama, seorang anak berusia 11 tahun mengalami cedera kepala (Epidural Hematoma) dan jenis tindakan adalah Craniotomy Evacuation.


Gambar hiasan : Evacuation Craniotomy

Pesakit kedua, seorang anak berusia 17 tahun mengalami cedera kepala (Intracerebral Hemorrhage dan Subdural Hematoma) dan jenis tindakan adalah Craniotomy Evacuation.

Saya memilih untuk melihat tindakan bedah pertama kerana pesakit tersebut sudah sedia di bius total (pengsan) manakala pesakit kedua masih di Emergency Room.

Saya membaca hasil Ct-Scan dan Foto X-ray kepala pesakit tadi, saya lihat ada tanda perdarahan di kepalanya bagian temporal.

Gambar hiasan : Epidural Hematoma [Tanda ada perdarahan di sebelah kiri foto yang digambarkan seperti adanya lengkungan]

Dalam hati saya,

"Aduh, kalau operasi besar macam ini, harapanlah aku nak jadi Assistant operasi. Tapi tidak mengapa, lihat dan belajar. Pasti ada hikmah"


Namun begitu, sangkaan saya meleset,

"Adik, mahu jadi Assisstant Operator?" tanya dokter bedah Neurosurgery yang bertugas.

"Mau, mau, mau" balas saya yang sangat teruja.

Dokter yang ada melihat dengan geli hati. Mungkin saya kelihatan seperti anak-anak kecil yang ditawarkan gula-gula.

Bagi saya, ini adalah peluang.

Ada kawan yang pernah menegur saya,

"Aimi, kamu kalau ikut operasi, kamu belajar dulu atau tidak?" tanya sahabat

"Tidak" jawab saya ringkas

"Jadi, kamu membuta tuli ikut operasi tanpa tahu teknik dan prosedurnya?" tanya kawan yang sedikit terperanjat.

"Ya" jawab saya, tetap ringkas.

"Hish, salah cara kamu" kawan tadi mula menghakimi tindakan saya.

"Terpulang kamu untuk judge. Cuma saya seorang yang kalau belajar, harus ada sebabnya. Belajar dari curiosity. Kalau saya ikut operasi bedah dan kemudian saya tidak tahu, saya akan belajar saat saya pulang ke bilik. Itu lebih berkesan kerana saya telah dapat membayangkan setiap step operasi. Setiap orang punya cara sendiri belajarnya" jawab saya menerangkan rasionalnya tindakan saya.

Berbalik ke situasi tadi, itu adalah alasan kenapa saya tidak pernah menolak tawaran dari dokter sekiranya mereka meminta untuk membantu operasi. Baik major operasi mahupun minor operasi. Belajar dan terus belajar. Kalau sudah pintar, tidak perlu belajar tapi mengajar.


Saya kemudian mencuci tangan (mengikut standard operation procedure) dan memakai baju operation sterile.
Perasaan saya?

Alhamdulillah, saya dapat melihat dan melakukan tindakan operasi secara langsung.

Yeehaaa!

Operasi berjalan selama 2 jam. Selesai operasi membuang semua darah beku yang berada di dalam kepalanya, dokter bedah tadi bertanya lagi,

"Adik, kamu tahu jahit kulit kepala (kutis)?"

"Tahu dok" jawab saya.

"Berapa kali pernah kamu jahit?" tanya dokter tadi lagi.

"Kalau kulit kepala cuma sekali, tapi kalau kulit di extremitas(tangan dan kaki) dan muka serta abdomen sudah lebih dari 5 kali" jawab saya.

"Ok, saya serahkan kepada kamu untuk mejahit kulitnya ya" dokter tadi memberi peluang.

"Alhamdulillah. Yeaaa!!!Thank you dok" saya balas keriangan.

"Haha. Adik, adik, kamu kayak (seperti) anak kecil aja (saja)" dokter ketawa melihat respon saya.

Saya pun menjahit kulit kepala pesakit tadi. 15 jahitan. Awalnya menggeletar juga kerana diperhatikan beberapa dokter bedah namun masuk jahitan ketiga, santai. Sudah mendapat rentaknya menjahit.

Perasaan saya?

Dua kali ganda yeehaa!

Alhamdulillah, selesai 15 jahitan, saya pun meninggalkan pesakit tadi untuk diserahkan kepada team anestesi (bius) untuk menyedarkan kembali pesakit tadi.

Saya bergerak ke ruang operasi di sebelahnya, operasi kedua.

Alhamdulillah. Saya suka! I want MORE!!

Baiklah, sekian laporan bedah dari saya.

Pesan 1 : Memandang UJIAN sebagai MEDAN TARBIYAH dan bukan MASALAH.


Pesan 2 : Hati kini lebih tenang, Allah, jangan Kau tarik nikmat yang telah Kau pinjamkan ini. Ameen.

Sabtu, 6 Februari 2010

Oh! Bahagianya aku bercinta denganmu

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera semua, semoga setiap dari kita dimudahkan segala urusan.


Selamat membaca,

Analogi mereka yang sedang hangat bercinta.


Saya sayang dia dan kami sedang hangat bercinta. Kami sering keluar untuk berjumpa dan apabila kami berjalan berdua, pasti saya akan menghiris menggunakan pisau ke tangan dia setiap kali kami berpegangan tangan dan apabila dia menggunakan kata-kata romantis, saya sering tampar mukanya. Saya sayang dia.

Apabila si dia merangkul pinggang saya, saya hiris halus kulit dia menggunakan pisau tajam, perlahan membelah kulitnya menjadi dua. Wah, bahagia sungguh kami. Indah sungguh hari-hari yang dilalui.

---------------------------------------------------------------------------------

Aneh?

Mestilah.

Cuba bayangkan pisau yang tajam memotong kulit secara perlahan. Memisahkan kulit, daging dan deretan lemak menjadi dua. Darah menghambur.
(Hish, psiko habis bunyi. Jangan risau, perkara ini biasa seandainya anda pelajar perubatan atau tukang masak)

Tapi kenapa ya, perkara yang haram itu terasa nikmat dilakukan? Lebih-lebih lagi sekarang. Kalau dulu malu-malu, sekarang mana pergi pakaian malunya?Mungkin tertinggal di ampaian 10 tahun yang dahulu, lupa mahu diambil.

Pada pandangan peribadi, saya ingin berkongsi sekadar sebatas ilmu yang saya ada, seandainya hati kita terdetik melakukan sesuatu yang salah, cuba bayangkan kita mencederakan diri kita.

Sakit atau tidak?

Jika sakit, jangan kita lakukan dan jika tidak tahu atau tidak sakit, sila cuba.

Mana tidaknya, kalau kita cederakan diri sendiri, pastilah kita sudah fikirkan dan pertimbangkan rasa sakit yang paling ringan mahu diberikan, kita potong perlahan-lahan, hanya hujung pisau sahaja yang kita gunakan, tapi kalau di akhirat, agak-agak Allah ada tanya tidak,

"Wahai si pulan, kamu sakit?Sabar ya, sikit lagi hukuman api neraka ini selesai kamu jalani. Aku akan masukkan kamu ke neraka perlahan-lahan"

Setiap kali kita melakukan maksiat, itu sebenarnya kita telah mencederakan sesuatu dalam diri kita. Tanpa kita sedar. Kita telah mencederakan HATI dan IMAN kita. Astaghfirullah.

Bayangkan hari-hari,

Kita berburuk sangka dengan manusia lain, kita mencederakan IMAN kita.

Kita bebas bergaul dengan bukan muhrim, kita mencederakan IMAN kita.

Kita mengeluarkan kata yang sia-sia dan menyakitkan hati orang lain, kita mencederkan IMAN kita.

Kita melakukan hal sia-sia, kita mencederakan IMAN kita.

Ya Allah, seandainya tiap-tiap hari kita mencederakan IMAN kita, jadi bilakah masanya kita mahu merawatnya?

Sekali-kali tidak!, bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka”(Al-Muthaffifin:14)

Sesungguhnya janji Allah, jika kita baca, tahu dan faham tidak pernah dusta. Seperti itu jugalah firman Allah,

Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan Nya, mereka berputus asa dari rahmatKu, dan mereka itu akan mendapat azab yang pediih (Al-Ankabut: 23)

Setiap kali kita melakukan maksiat dan dosa, setiap itulah kita mencederakan IMAN kita dengan mencacatkan fungsinya sebagai petunjuk diri.


Kalau dalam perubatan, ada istilah Hemorrhagic Shock. Kondisi di mana berlaku perdarahan sehingga tubuh kehilangan darah dan ianya mampu berakhir dengan kematian jika tidak segera ditangani.

Agak-agak apa kondisi IMAN kita sekarang andainya sudah tiap-tiap hari kita mencederakannya tanpa memberikan sebarang 'rawatan intensif'?

Mungkinkah IMAN kita dalam kondisi Hemorrhagic Shock?


atau

Mungkinkah sudah IMAN sudah MATI?


Pesan 1 : Astaghfirullah

Pesan 2 : Apabila membaca buku, bacalah dengan kritis. Apabila melihat manusia, lihatlah dengan pandangan yang polos dan tidak perlu kritis menilai sebelum mengenalinya.

Pesan 3 : Semoga Allah memberkati hamba-hambaNya yang tidak lupa mengingatiNya setiap saat hidupnya

Rabu, 3 Februari 2010

Tabahlah wahai sayangku

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, berpeluang lagi saya berkongsi cerita dan pengalaman.

Kali ini, saya ingin berkongsi lagi pengalaman On-Call di Emergency Room. Minggu ini saya bertugas di Pediatric Surgery (Bagian Bedah Anak)

Jam 3.30 petang (2/2/2010) setelah selesai kerja di poliklinik dan sebagainya, saya berjalan menuju Mess Co-Assistant (Kamar Rehat Dokter Muda).

Saya agak tidak bersemangat. Fizikal saya tidak bersedia. Malam sebelumnya saya cuma tidur 2 jam kerana belajar semua penyakit-penyakit bayi.

Jadi, pada hari saya On-Call, saya merasa mengantuk, penat dan sebagainya. Namun, saya tetap gagahkan diri kerana saya tidak punya solusi lain.

Seperti yang saya jangkakan, pesakit yang datang bertalu-talu tidak berhenti. Sampai satu saat, saya merasa tidak kuat lagi, sehinggalah jam 2300, saya belum makan, belum solat, belum sempat istirehat. Jadi, saya meminta izin dengan Chief Co (Ketua Dokter Muda yang bertugas),

"Kang, saya mahu istirehat sebentar. Saya belum solat, makan" pinta saya.

"Er...eh pasien baru" Belum sempat dia menyudahkan ayat, datang pesakit baru.

"Aimi, kamu aja dech ngurusin pasien ini" perintah Chief Co.

"Ya Allah..................................." itu sahaja yang mampu saya ungkapkan. Saya berdoa agar Allah memujuk hati saya dan menjadikan saya hambaNya yang redha dan ikhlas.

Saya berlari mengambil status baru pesakit. Lantas, saya ke kumpulan manusia yang menghantar pesakit baru tadi. Pesakit tadi adalah seorang bayi berusia 0 hari. Lahir jam 1200 tengahari oleh bidan.

"Subhanallah, comelnya budak ini" lega hati saya memandang bayi tadi. Hilang rasa lelah.

"Siapa ahli keluarga bayi ini?" tanya saya.

"Saya" jawab bapanya

"Pak, daftarin anaknya dulu ya. Daftarin di Loket 1 kemudian, ntar ke sini lagi ya" tegur saya kepada bapanya.

Tiba-tiba,

"Aimi, kenapa pasien ini?" tanya doktor bedah anak yang On-Call sekalian dengan saya.

"Belum tahu lagi dok, pasien baru" jawab saya.

"Ok, kamu anamnesa pasien, cari diagnosa, ambil darah untuk cek lab rutin, rehidrasi pasien dengan kategori dehidrasi berat menggunakan larutan Ringer's Lactate, kamu tahu kan caranya? Dan kalau perlu ke kamar operasi, sediakan darah lengkap bayi" arahan doktor tersebut saya dengan dengan teliti.

"Baik dok" saya menerima arahan tadi. Setelah ditanya-tanya, disoal-siasat, di ajak berborak dan melakukan pemeriksaan kepada bayi, tahulah saya, bayi tadi mempunyai penyakit yang dinamakan sebagai Gastroschizis.

Penyakit di mana organ-organ pencernaan seperti perut, usus besar, usus kecil, rectum berada di luar abdomen.
Sayu hati saya melihat anak ini terus menangis.

Gambar hiasan : Gastroshizis

Sungguh besar ujian dari Allah SWT untuk manusia kecil ini. Usia jua tidak sampai 1 hari.

Setelah melakukan Life-Saving tasks, doktor bedah anak mengajak saya untuk sama-sama melakukan operasi minor. Operasi untuk membalut organ-organnya supaya tidak terus terpapar ke udara kerana selain boleh menimbulkan potensi jangkitan bakteria, virus dan sebagainya, kondisi ini juga memudahkan dehidrasi (kehilangan dari tubuh).

Sebelum operasi dimulakan, saya memegang tangan bayi tadi.

Kecil. Pucat. Sejuk.

Saya panggil namanya, Anggun (ini memang nama dia). "Anggun, sebentar lagi kita mahu mulai operasi. InsyaAllah sebentar aja. Anggun kuat ya. Kita mulai dengan Bismillah" saya bisikkan ke telinganya. Walaupun sebenarnya saya sendiri tidak pasti anak ini memahami atau tidak.

Tetapi, kebetulan anak ini membalas,

"Erm" Saya dan beberapa orang jururawat tersenyum melihat respon bayi ini sepertinya dia mengerti fitrah manusia.

Operasi bermula. Asyik kami menjahit, tiba-tiba ditemui perut bayi ini telahpun bocor sejak awal lagi. Anak ini menangis terus. Tangan kecilnya sempat memegang tangan saya. Ya Allah, sedih hati saya melihatnya. Doktor tadi berhenti tiba-tiba operasinya.

"Kenapa dok?" tanya saya.

"Kita harus berhentikan operasi ini. Bayi ini kalau mahu dilakukan operasi, harus di kamar operasi major. Lambung (perut) bayi udah bocor. Kita jahit aja lambungnya dan kemudian berhenti operasi minor ini" tegas doktor.

Setelah operasi minor itu berhenti. Perkara-perkara asas telah dilakukan, ternyata orangtua bayi ini tidak mahu meneruskan operasi major kerana masalah biaya. Mereka menolak perawatan selanjutnya.

Saya tidak sanggup melihat Anggun pulang dalam keadaan dirinya begitu. Menangis saya melihat Anggun yang menangis kesakitan tetapi akhirnya di bawa pulang persis seperti kondisinya sewaktu datang.

Sedih. Rasa lemah. Rasa gagal.


Kerana tidak punya wang, anak ini harus menanggung derita dan saya tidak tahu bila lagi saya berpeluang melihat Anggun.

Ya Allah, Kau memberikan ujian kepada dia, Kau jugalah yang punya jalan penyelesaian. Permudahkanlah ya Rabb.

Astaghfirullah(-_-)