Malam begini yang sunyi, tiba-tiba saya teringatkan sahabat baik saya di Kolej Matrikulasi dulu.
Waktu di Kolej Matrikulasi dahulu, saya punya seorang kawan baik.
Kami sering belajar bersama.
Kami sering makan bersama.
Kami sering solat jemaah.
Kami sering mengunjungi orangtua masing-masing.
Kami sering berkongsi segala duka dan suka bersama.
Saya masih ingat, kalau di Matrikulasi dahulu, saya agak liat untuk bangun tidur. Dia lah yang menjadi sahabat setia mengejutkan saya.
Teka jam berapa dia akan mengejutkan saya?
Jam 4 pagi, agar kami sempat berqiamullail, lalu sahur bersama dan solat jemaah.
Tiap-tiap hari saya, pasti diisi dengan hal bermanfaat.
Setelah selesai kuliah sekitar jam 5 petang, pasti kami akan siap-siap untuk berbuka puasa bersama.
Malamnya pula, kami tidak tidur awal. Sama sekali tidak. Badan penat, mata mengantuk tapi disebabkan semangat kami ingin berjaya, sama-sama saling menguatkan dan memberikan semangat.
Kami sering ke perpustakaan kolej yang dibuka sehingga jam 10 malam manakala jam 12 tengah malam sekiranya minggu peperiksaan.
Malam kami sentiasa di perpustakaan jika tidak di perpustakaan, kami akan menghadiri kuliah ganti.
Mana ada dia, pasti ada saya.
Apa yang dia beli, dia akan belikan untuk saya dan begitulah juga sebaliknya.
Sehingga waktu hasil peperiksaan keluar, kami sama-sama mendapat keputusan yang cemerlang, cuma sahabat saya lebih cemerlang dari saya, sudah selayaknya sahabat saya. Dia mendapat CGPA 4.0 manakala saya cuma 3.7. Alhamdulillah, kami sama-sama bangga dengan keputusan kami.
Sayangnya saya pada dia sebagai seorang sahabat, sehingga saya pernah memberitahu dia,
"Apa yang kau perlukan, apa yang kau mahu, kau tinggal cakap sahaja dengan aku. InsyaALLAH aku usahakan. Tapi jangan sesekali kau abaikan aku dalam hidup kau kerana aku kenal erti persahabatan dari kau. Aku sayang kau kerana Allah SWT dan kau lah antara insan yang akan aku doakan kau bahagia hingga ke syurga. Jangan pernah lupa"
Waktu apply Universiti pun, kami pilih course yang sama dan universiti yang sama. Cuma alhamdulillah rezeki saya ke Bandung manakala dia meneruskan perjuangan di Malaysia. Allah SWT sahaja tahu betapa sedihnya saya untuk berpisah dengan sebahagian dari diri saya iaitu semangat dan kekuatan saya.
Itu cerita seputar tentang kami. Tapi tahu apa persepsi sahabat-sahabat lain tentang kami?
Mereka menggelar kami LESBIAN.
Astaghfirullah. Tidak terlintas difikiran kami untuk mencemari sucinya persahabatan yang tercipta kerana izinNya itu dengan sebuah perihal buruk.
Apakah kami kurang waras?
Apakah bermaksud kalau kita bersahabat baik dengan kawan sejenis itu bermakna kita adalah LESBIAN??
Siapa kata??
Apa buktinya??
Apakah bermaksud kalau kita bersahabat baik dengan kawan sejenis itu bermakna kita adalah LESBIAN??
Siapa kata??
Apa buktinya??
Benar, saya menyayangi dia. Tapi menyayanginya kerana Allah SWT.
Sekiranya menyayangi sesama jenis itu suatu dosa,
berdosakah saya menyayangi ibu saya?
berdosakah saya menyayangi adik-adik saya?
Jadi apa yang dikatakan LESBIAN?
Pada pandangan peribadi saya, LESBIAN adalah pasangan sesama jenis yang mempunyai perasaan, perbuatan dan fikiran layaknya pada lawan jenis seperti menyayangi dan disayangi dengan nafsu syahwat dan melanggar batas pergaulan seperti tidur berpeluk-pelukan dan paling penting mereka berzina.
Jadi, alangkah kejinya kami, menadah tangan setiap hening malam sewaktu Qiamullail agar hubungan zina berpanjangan sedangkan hakikatnya kami berdoa agar Allah memasukkan kami ke syurgaNya kerana kami saling menyayangi keranaNya.
Alangkah hinanya kami, berjalan bersama ke perpustakaan, makan bersama, kuliah bersama hanya untuk berzina sedangkan realitinya kami melangkah penuh semangat untuk jihad di jalanNya.
Saya rasa tertampar dengan tuduhan itu, begitu juga sahabat saya. Namun, kami tidak sendirian. Disebalik tohmahan berat itu, ada insan-insan yang masih terbuka hati dan rasional mindanya membela kami.
Fitnah tersebar. Aneh, seperti dirancang.
Kami, biarkan. Masih tetap seperti sebelumnya kerana kami yakin, tiada yang salah dalam hubungan persahabatan kami.
Begitu cepat suatu spekulasi dijadikan kesimpulan. Begitu hina insan yang menyebar fitnah kerana terlalu dangkal fikirannya dalam membuat cerita palsu.
Di sini, ingin saya nasihatkan buat peringatan diri dan juga semua, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Alangkah hinanya diri kita, menuduh insan yang lagi sibuk berjuang di jalanNya sebagai berzina.
Manusia tetap manusia, akalnya singkat dan tidak terjangkau sebatasnya fikiran manusia, maka siasatlah.
Saya tidak mahu apa yang terjadi pada diri saya, terjadi pada sahabat saya yang lain. Mereka yang punya keikhlasan dan kebenaran dalam bersahabat.
Wallahualam
Pesan 1: To my dearest beloved friend, Noorazwa may Allah bless you.
salam ziarah...rindunya nak dapat sahabat macam akak ni...
BalasPadamsahabat semua dah bertebaran di bumi Tuhan mencari ilmuNya...
itulah ujian kan kak?ujian tulah yang menyebabkan akak dengan shabat akak lagi rapat ;D
p/s ; mode jeles!hihi
Salam amal.
BalasPadaminsyaAllah mereka sahabat kita yang tetap dekat di hati. Walau mereka tidak ada depan mata, tapi semangat mereka, doa mereka, kekuatan mereka tetap mengiringi perjuangan kita, insyaAllah
Betul3. Pasti diuji:)
Pesan: kawan akak tu dapat anugerah dekan Universiti. Subhanallah memang dia hebat:)
Sabarlah kak...perjuangan itu tidak dihamparkan dengan permaidani merah...sabarlah...sabarlah...=)
BalasPadamp/s: Kak, macam 1st time kena macam ini..padahal dah banyak kalikan...santai sudeyy..kita settle depan Allah. Tengok sape lesbian, siapa jadi bahan bakar api neraka dan siapa calon syurga!
Amad, insyaAllah, akak sabarlah ini.
BalasPadamLagipun ini kisah 6 tahun dulu.
Akak cuma mengembalikan memori dulu, sebagai peringatan buat diri dan teman-teman sekarang agar tidak cepat melompat kepada kesimpulan sebelum memahami situasi.
Pesan: InsyaAllah kitalah hambaNya yang sentiasa berusaha untuk mengecapi syurgaNya