Ahad, 28 Februari 2010

Tanggungjawab Allah, tanggungjawab kita...

Hari pertama, lambat masuk kelas/kerja. Lambat 15 minit.

Ketua hanya menggelengkan kepala, hari pertama sudah terlambat.

Hari kedua, terlambat lagi. Lambat 30 minit.

Ketua sudah bersuara memberi amaran pertama.

Hari ketiga, terlambat lagi. Lambat 1 jam.

Ketua memberi amaran keras, "Jika esok kamu datang lambat lagi, kamu akan dipecat"

Hari keempat, masih terlambat.

Seperti yang dijangkakan, dimarahi oleh ketua dan langsung dipecat. Sia-sia belaka.

---------------------------------------------------------------------------

Situasi di atas, tidak saya maksudkan kepada sesiapa. Cuma mungkin sahaja berlaku dalam dunia nyata. Orang kuliah atau kerja yang datang lambat ke tempatnya. Mungkin tidak berturut-turut tapi tetap terlambat.

Saya juga pernah merasa situasi di atas. Ya Allah, perasaan gelabah itu tidak boleh digambarkan.

Cuma apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah isu TERLAMBAT.

Kalau kita lambat solat seperti situasi di atas bagaimana pula?

Solat Subuh, Subuh gajah, Subuh T-rex dan pelbagai lagi istilah. Lagi enak tidur dan melayan mimpin dari bangun solat Subuh yang merupakan kewajipan diri.

Mama selalu pesan, "Kakak sementara kita di dunia, sementara ada air yang dingin atau suam, tinggal kita pilih yang mana kita mahu untuk ambil wudu' maka kita bersungguh-sungguhlah. Jangan sampai di akhirat kelak, na'udzhubillah dijilat api yang panas, baru kita mahu merasa menyesal. Sedang di dunia, nikmat yang ada kita tidak manfaatkan sebaiknya"

Sementara di dunia, Allah bagi kita peluang BERLAKON di dalam PEMENTASANNYA, kenapa pula ada yang sambil lewa? Lupakah watak anda apa? Atau anda tidak sedar sebenarnya anda sedang BERLAKON?

Waktu Zuhur, tangguh dahulu. Lebih mementingkan makanan jasadiyah dari ruhiyah. Lebih merasa hausnya tekak dari hausnya iman. Allahuakbar. Masa memesan makanan, mahu yang mengikut selera diri, air yang mengikut selera diri. Semuanya mahu yang enak dan terbaik agar nanti perut kenyang, fikiran mampu tertumpu untuk kuliah selanjutnya.

Namun begiitu, waktu solat, ala kadar. Semuanya express. Mungkin "sudah bayar lebih" dekat Allah SWT untuk "tiket solat express" seperti mana tawaran "express boarding" Airasia.

Solat Asar, alasan kepenatan. Istirehat dahulu. Makan dahulu. Menonton TV dahulu. Berborak dahulu. Penat, Allah SWT mesti faham punya.

Sudah kesempitan waktu, baru berlari-lari menunaikan solat express.

Begitulah selanjutnya rutinitas berlaku. Allahuakbar. Astaghfirullahalzim.

Allah SWT sangat sayang akan hambaNya. Tidak Allah cabut nyawa hambaNya setiap kali hambaNya lambat menunaikan solat. Malah, nikmat dan rezeki yang diberikan turun mencurah.

Allah SWT menjalankan tugasNya sebagai Pemerintah Alam. Allah SWT menjalankan tugasNya sebagai Pengatur makhluk di muka bumi.

TAPI

Kenapa kita lalai menunaikan tugas kita?

Kenapa kita sambil lewa menjalankan amanah kita?

Bukankah itu biadab namanya?

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Ayo lah. Marilah. Jom.

Kita sama-sama CEPAT-CEPAT kenali siapa diri kita, dan laksanakan tugas kita.


Pesan 1: Buat peringatan diri sendiri dan semua saudara ku yang tercinta.

Pesan 2: InsyaAllah, esok adalah Judicium Surgery Department, mohon doa dari semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan