Ahad, 8 November 2009

Jangan bergembira dengan kedukaan orang lain dan jangan resah dengan kegembiraan orang lain

Assalamualaikum wbt.

Seronok sangatkah bercerita keburukan orang ditambah dengan perisa fitnah??

Bahagiakah melihat sahabat derita??

Resahkah melihat sahabat tersenyum bahagia??

Kenapa tidak kita berkongsi duka dan bahagia??

Kenapa kita tidak menjadi sebahagian dari diri sahabat??

Kenapa suka melapah daging saudara sendiri??

Pastikah syurga milikmu??

Pastikah amal pahalamu melebihi segala kejahatan dan kezaliman yang telah kau lakukan??

Pastikah kau masih punya kesempatan untuk bertaubat??

Saya lambakan soalan-soalan bukan untuk mencari salah siapa, bukan untuk menuding jari. Mari kita sama muhasabah diri.

Wallahualam, lambakan fitnah akhir-akhir ini buat saya geram dan sehingga tahap maksimum saya nekad untuk melakukan tindakan fisik seperti tampar, tumbuk atau sewaktu dengannya.

Jangan jadi dayus. Come on lah, kalau rasa ada yang tidak berpuas hati jangan malu untuk ke depan bersuara. Kalau cakap belakang ini, pengecut habis. Tidak bermaruah namanya. Kalau cakap belakang pandai maka pandai-pandailah berdepan dan tangani masalah. Kalau rasa tidak ada kekuatan hendak menegur kawan, lebih baik senyap daripada melebarkan sayap fitnah anda.


Gambar hiasan

Setelah beristighfar panjang, setelah menenangkan diri, saya masih akan mengambil tindakan tetapi bukan secara fisik tetapi psikologi.

Saya sarankan sahabat-sahabat, semasa anda merasa perbualan itu tidak rasional, berkisarkan keburukan orang yang berbaur fitnah, apa kata anda senyap tiba-tiba. Apa kata anda cuba untuk berfikir. Alhamdulillah saya sering amalkan. Kalau sedang berborak-borak dan masuk ke bahagian yang saya rasa kurang selesa untuk didengarkan saya akan senyap tiba-tiba. Ramai juga yang pernah ketawakan saya kerana merasa sikap saya pelik. Tidak mengapa, silakan ketawa kerana saya tahu sebab saya lakukan sesuatu perkara.

Kalau tidak ada perkara untuk dibualkan, apa kata ambil masa depan sebagai topik perbincangan. Perancangan ke hadapan, jadi tidaklah kita membuka topik keburukan orang. Kalau susah sangat, bawa tasbih dalam poket. Agak-agak tidak ada benda hendak dibualkan, pegang tasbih. Sekurang-kurangnya tidak berzikir, tidaklah pula membuat onar.

Sikap membuat fitnah ini bukan untuk para amatur. Orang yang melakukan fitnah ini asalnya mereka tidak biasa. Mereka resah mereka-reka cerita. Namun begitu, setelah TERBIASA, hilanglah resah, maka sudah menjadi kebiasaan untuk seseorang itu menabur fitnah. Lama-lama menjadi perkara rutin dan sebahagian dari hidupnya. Parah kalau sudah sampai ke stage ini. Prognosisnya adalah AD MALAM!!

Tolonglah kawan-kawan di luar sana, apabila mendengar cerita keburukan kawan ini adalah saranan saya:

1. Suruh kawan tadi berhenti atau anda sendiri berhenti mendengar.

2. Siasat @ tabayyun dahulu sebelum melangkah ke kesimpulan.

3. Tegur insan-insan yang kuat buat fitnah ini, kalau anda tidak mampu mengubahnya, cukuplah anda tidak menjadi penggalak atau pun baja untuk dia terus mengumpat atau membuat fitnah.

4. Cari jalan penyelesaian. Dari meja perbincangan kita bawa hal ini kepada satu jalan keluar. Kalau menemui jalan buntu, pasti Dia ada jalan rahsiaNya.

5. Sekiranya dia insaf, maafkan dia dan terima dengan berlapang dada. Kalau dia buat lagi, ramai-ramai sediakan "skuad FIRE and ACTION"(^_^)Y

Wallahualam. Sekadar perkongsian peringatan buat diri dan sahabat-sahabat.

16 ulasan:

  1. kalau kita nampak depan mata azab fitnah tu.. bercakap sepatah tentang siape2 skalipun tak sanggup dh.. mcm tu jgk pahala Allah.. kita x nampak semua balasan tu walaupun kita tahu balasan2 tu pasti.. tp terus dibuai leka.. isks. dlm dunia mmg ad yg baik, mmg ad buruknye.. ad yg tersilap lgkh, ad yg menegur.. ad yg sentiase cube islah, ad yg terus2an suke wat salah.. smoge kite tergolong d klgn hambaNya yg sedar dan mahu berubah demiNya.. aamiin.. (ukhti, syurga itu manis..^^) -a.s.a

    BalasPadam
  2. to a.s.a:apa kbr?
    lama tak nampak(^_^)!

    p/s:nnt saya komen lagi..dah pjng komen di alam realiti..

    BalasPadam
  3. Salam ukhti a.s.a,

    Ameen ya Rabb.

    Biar insan-insan yang rapat dengan kita terhindar dari bahana "sakit hati". Dan semoga keluarga dan zuriat keturunan kita pun dijauhkan juga dari masalah penyakit ini.

    Takut sudah terhijab hati dengan Allah SWT sehingga tidak peduli lagi azab neraka. Kalau terlupa, insyaAllah orang sekeliling boleh tolong "kejutkan". Tapi kalau kita dah membantu, kita balik terpalit kesan fitnah, itu memang kes parah penyakit mulut dan hati.

    BalasPadam
  4. Salam iman aisyah:

    Wah2..jadi medan jejak kasih lah pulak..hihi, silakan, insyaAllah blog saya zon bebas fitnah.

    p/s: dalam maksud tu:P

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..
    hurm..jazakillah atas peringatan ni..
    mmg kadang2 kita perlu ambil tindakan yang mungkin nampak 'pelik' di mata org ramai..tapi iA sebenarnya tindakan tu akan membuatkan mereka berfikir..mungkin bukan on the spot, tapi suatu masa nnt iA..

    bukan sng nk lawan nafsu, tapi semua tu di tangan kita..nk atau tak nak..susah atau senang itu nombor 2..insyaAllah akan perbaiki diri :)

    BalasPadam
  6. Wa'alaikumussalam duha,

    semoga bermanfaat dan semoga kita dijauhkan dari penyakit hati insyaAllah:)

    biarlah orang melihat dan menilai melabel kita pelik tetapi kita mengambil jalan selamat dengan mengutamakan pandangan Allah SWT sebagai penilai Utama.

    Melawan nafsu itu memerlukan pengorbanan yang lebih tinggi dah harus jihad.

    Biar kita jadi manusia yang bijaksana, tidak mengulangi kesalahan yang sama berulang kali. Biar bertatih untuk melakukan perubahan positif tetapi istiqamah.Wallahualam:)

    BalasPadam
  7. Salam..

    Ape kata kita g dengar lagu Tombo Hati,nyanyian Opick..

    Baru terubat jiwa ;-)

    BalasPadam
  8. Salam Ahmad Zulfahmi,

    InsyaAllah, biar Allah sahaja yang ubatkan hati-hati insan yang difitnah

    BalasPadam
  9. salam alayky...
    Ni sapa dok fitnah ahli IMAN intern nih?
    Menjolok sarang tabuan sungguh. Mulut tak sayang gigikah??
    - komander skuad FIRE and ACTION

    BalasPadam
  10. Salam abu huzaifah,

    hoho, siapakah dia?
    Biarlah menjadi rahsia~

    -siapa pula lantik awak jadi komander?Pelik bin ajaib..huhu:P

    BalasPadam
  11. Tajuk tu panjang sangat..so ringkaskan.

    Orang suka cakap, insyAllah akan berhenti ckp bila mulut tu penuh dgn TANAH..(MAM...xbaik cakap..kak jah marah...MATI ok skit)

    BalasPadam
  12. Dr Amad,

    Terpaksa buat panjang, biar orang jelas dan faham.

    Subhanallah, Allah bagi mulut satu untuk bercakap, cuba bayangkan Allah bagi 2 ke 3 ke..Lagi heboh dunia!

    p/s: bagus, sopan dalam berkata:)

    BalasPadam
  13. ´Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya.´ (Riwayat Bukhari dan Muslim) Bergembiralah dan bersabarlah dengan segala kesusahan, fitnah dan kesengsaraan yang datang. Mungkin ia adalah pembebasan dari api neraka dengan terhapusnya dosa.
    - komander skuad COOL and SANTAI

    BalasPadam
  14. salam...
    pekabar hari ni? sabar ya sayang...
    kita puasa hari2...bkn setakat thn diri dr tak mkn, tp yg penting menahan mulut dr berkata2 yg x baik, menahan telinga dr mendgr yg x baik, menahan mata dr melihat yg x baik...
    erm...aritukn sy nk clarified kat tok guru...tp cannot go la...huhuhhu...xpede dh...mayb diam lebey baik...(",)
    ~~sy yg sll rindu kakak@tok imam...hhehehehhe

    BalasPadam
  15. Abu Huzaifah,

    Syukron IMAM skuad cool and santai:)

    BalasPadam
  16. Salam Qamar,

    Alhamdulillah, puasa jangan tak puasa. Banyak faedahnya. Qamar, saya kena puasa setiap hari macam ni:P

    p/s: macam mana boleh tak pede ni?Hujung minggu ini kene ikut kursus lagi ok?
    insyaAllah cepat2 bina semangat, nanti boleh clarify everything.
    And everything gonna be ok soon, dear. Believe in Him:)

    BalasPadam