Assalamualaikum wbt.
Sejak tahun pertama, 2005 saya belajar di Indonesia khususnya Bandung saya dapat melihat satu kualiti.
Kualiti yang ada pada mahasiswa-mahasiswi perubatan sini (Indonesia) adalah mereka bijak dalam mengemukakan pendapat di dalam dewan kuliah, mereka tidak hesitate untuk bertanya, mereka bebas dalam erti kata masih menjaga adab dan rasa hormat antara sesama.
Kualiti itu jika hendak dibandingkan dengan hampir semua pelajar Malaysia di sini termasuk saya adalah sangat kurang. Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang lincah bertanya dan mengemukakan pendapat dalam dewan kuliah mahupun tutorial.
Apakah faktor yang membentuk mahasiswa Malaysia terutamanya untuk cenderung bersikap "professional" dengan diam dan mengangguk sepanjang tempoh kuliah berjalan? Walaupun belum pasti lagi sebenarnya adakah benar-benar faham atau sedang mengikut rentak mengantuknya mata.
Aneh bukan?
Pandangan peribadi saya, saya merasa sistem pendidikan semasa sekolah dahulu yang dididik untuk menadah dan menerima sebanyak-banyaknya ilmu dari guru. Saya tidak menyalahkan guru kerana bertindak demikian. Mungkin mereka lebih mementingkan lunasnya tanggungjawab. Tetapi sedikit sebanyak fenomena "disuap" ini telah mencorakkan mahasiswa yang ada hari ini.
Kedua, mentaliti. Kalau dulu, sewaktu di kolej, saya masih ingat. Saya kurang jelas apa yang diterangkan oleh pensyarah, lalu saya mengangkat tangan dan bertanya,
"Madam, I'm sorry for disturbing your lecture. I have a question from the previous slide.." belum sempat saya menyudahkan soalan, pensyarah tadi berkata,
"If you have question, come and see me in my room. Do not disturb the rest"
Malu itu jangan cakaplah. Hampir satu dewan gelakkan saya. Tapi tidak mengapa, saya nekad untuk bertanya walaupun agak hilang mood.
Itu antara senario yang terjadi realiti. Jadi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, saya akan bertanya secara peribadi dan seusai kuliah. Di sini pula, usai kuliah, saya bergegas bertemu doktor untuk bertanya,
"Doc, I have question about this..and this..." saya pun menerangkan segala macam soalan.
Doktor itu membalas,
"You have such a great question. Why didn't you ask me in the class before?Seems to be you're selfish" jawab doktor tadi.
Cis, jual ikan pula dah. Label kedua. Saya tidak salahkan doktor, mungkin kerana saya takutkan situasi sewaktu di kolej dan sekolah berulang maka saya bertindak untuk bertanya di akhir kulaih secara sendirian.
Kini, semasa praktikal, saya melihat mahasiswa Indonesia bebas mengemukakan soalan. Bebas menyampaikan pandangan. Salah atau betul nombor 2. Pandangan orang macam mana terhadap yang bertanya pun nombor 2.
Saya respect pada mereka yang boleh outspoken. Outspoken bukanlah lancang dalam berkata atau pun celupar. Masih ada yang salah dalam menafsirkan erti kata perkataan di atas. Itu bukanlah sesuatu yang mudah. Saya pun tertanya mana hilangnya semangat Pidato, Syarahan yang pernah saya ada suatu ketika dahulu. Lantang bersuara tapi penuh hikmah.
Sehingga ada sahabat saya berkongsi satu tips yang mana saya rasakan sangat berguna untuk dikongsi bersama,
"Kalau kita merasakan kuliah kita, ilmu kita, pelajaran kita, kerja kita, tugas kita, merupakan suatu hak yang wajib bagi kita untuk kuasainya, maka berani bersuara pun adalah suatu hak. Ini kerana tanpa berani bersuara maka medium bahasa dan komunikasi itu tidak akan berjalan.
Kita akan berdosa apabila hanya kerana malu atau takut untuk bersuara walaupun kita rasakan itu benar dan hak kita, tetapi kita senyap. Sedangkan belajar, mencari ilmu, kuliah, kerja itu adalah satu kewajipan bagi kita. Kita kan sedang berjihad. Jihadlah dengan bersungguh-sungguh"
Wallahualam. Sekadar berkongsi untuk sama-sama mengubah paradigma diri.
salam,
BalasPadammungkin kita jugak masih pikir, "risau ar nak tanya, nanti org kata 'soalan bodoh' ".
hehe.
dulu kan, aku kat skolah sgt suka bertanya, maklumlah, spirit of inquisitive tinggi sgt, terbawak2 sampai skrg, bukan cuma hal berkaitan pelajaran, termasuk lah gosip2 di lingkungan XDDD
dulu aku igt kat skolah, aku tanya cikgu 1 soalan ni,
cikgu tu kata aku mengada2, saja tany soalan mintak perhatian
sbb dia kata soalan aku tany tu mudah sgt, tak mungkin aku tak tahu, sbb menurut dia aku budak pandai (skali lagi aku ulang, menurut dia, bukan menurut aku XDDD)
padahal aku mmg tak tauu.
tanya soalan kepada lect itu sesuatu yang hebat,
tapi menjawab soalan lect merupakan sesuatu yg luar biasa.
^^
Salam ruffey:
BalasPadamYa Ruffey anda terkenal dengan sikap berani bersuara. Siapa tak kenal kan?kan?
Betul2..sebab takut orang kata tanya soalan bodoh, jadi orang lebih selesa mengambil tindakan untuk jadi betul-betul bodoh dengan mendiamkan diri.
Amek bahasa kurang sopan sungguh:P
Cess, tidak perlu ulang banyak kali "menurut kata siapa ya.."hihi
Itulah pasal, hari tu doktor tanya, apalagi main jawab apa yang terlintas. Doktor tu boleh ketawa,
"Kamu tebak melulu ya"
Alhamdulillah, akhirnya dalam banyak-banyak "das menembak" so terkena satu.
Kira ok lah kan dari diam tidak tahu langsung atau pura-pura tahu:P
p/s: nak menembak pun kena pakai ilmu juga, supaya tak melangit tersasarnya;P
yg baik
BalasPadamkena ambil
tu yg pentg
;)
Joegrimjow,
BalasPadamBetul itu. Kita kena bijak dan rasional dalam menilai
p/s: terima kasih untuk pandangannya. Semoga bermanfaat:)