Saya : Assalamualaikum ma, tengah buat apa?
Mama : Wa'alaikumussalam, tengah makan tenderloin steak.
Saya : Amboi, mewahnya makan. Kakak makan cekodok je tau. Punya lah tak sempat nak masak.
Mama : Kesian anak mama, dinner apa malam ini?
Saya: Cekodok
Mama : Breakfast apa pagi tadi?
Saya: Cekodok
Mama : Lunch?Jangan cakap cekodok lagi
Saya : Cekodok. Haha (Yes, there's 1 day I had my breakfast, lunch and dinner with cekodoksz)
Kalau sesiapa tidak tahu apa itu cekodok, ianya adalah pancake yang pakai bawang dan juga ikan bilis/udang/ sebagainya ;P
Mama : Kakak, raya haji ini balik tak?
Saya : InsyaAllah, tak lah ma. Baru je balik hari tu kan. Lagipun lepas tu kakak masuk department ENT (ear, nose and throat). Kakak nak belajar. Mama nak kakak balik ke?
Mama: Raya aidilfitri tahun depan (2010) pula macam mana, kakak balik tak?
Saya : InsyaAllah tak juga ma. Masa itu kakak tengah Forensic department (bagian yang bedah-bedah mayat tu). Masa itu, seniors dah pergi ke desa-desa untuk magang, juniors pula tak masuk lagi. So, mungkin kakak oncall lebih dari sekali dalam satu malam. Mungkin 2, mungkin juga 3. Sibuk itu sangatlah pasti.
Mama : Ala......kakak tak balik ke?Ala, kesian anak mama.Mama raya sana nak?
Saya : Ma....jangan buat nada sedih ma..ada yang kakak nangis nanti. Mama nak raya sini??Biar betik ma?
Mama : Betik..betik (ok, ini saya dan mama ketawa melambak)
Saya : Kakak insyaAllah cuti Januari 2011. Itu je cuti panjang kakak. Lepas tu takde dah.
Mama : Hish..lama lagi. Takpe-takpe, nanti mama pujuk babah. Mama nak pergi sana (Bandung, Indonesia). Mama nak temankan kakak.
Saya : Mama nak teman kakak ke mama nak bershopping? Lain macam je bunyi excited tu.
Mama : Aippp~tak baik bersangka buruk dengan mama.
Nota 1: InsyaAllah Januari 2010 babah akan sambung belajarnya di UKM, Malaysia untuk second master nya. Saya kurang pasti jurusan apa (tapi dah pernah tanya sebelum ini, saya lupa) InsyaAllah setelah itu, babah akan ke UM untuk ambil Diploma Usuluddin. Saya sangat jeles dengan babah!!
Nota 2:
Nota 3: Kepada sahabat-sahabat yang mesej saya setelah solat isya' (lebih kurang jam 7.30 malam), saya insyaAllah tidak akan reply sebab saya dah tido. Mohon maaf. Kalau mahu, sebelum waktu itu atau seawal 2 atau 3 pagi. InsyaAllah saya balas.
salam..
BalasPadamaimi ada masa tu utk kita cuti!
Salam Iman Aisyah,
BalasPadamInsyaAllah cuti itu insyaAllah akan ada untuk setiap koas. Cuma cepat dan lambat sahaja lah.
Rezeki saya dapat cuti IKM lambat. 2nd last deparment, ukhti punya cuti kapankah?kalau tak salah dapat Mei ke Jun 2010 kan?Masa itu saya IPD ok~(T_T)