Selasa, 2 Mac 2010

Pasangan hidup saya, pilihan hati orangtua

Assalamualaikum wrt wbt

Ini adalah coretan, pengalaman saya suatu ketika dulu.

Kita hanya merancang dan Allah SWT menentukan.

Memberitahu babah dan mama dengan siapa saya berkawan baik kawan lelaki mahupun perempuan, itu perkara biasa.

Kadang-kala, ada teman lelaki yang telefon rumah, sekadar mahu berborak kosong. Seadanya saya menjawab.

Babah pernah bertanya pada saya,

"Kakak, andai satu masa nanti, kakak jumpa dengan lelaki yang paling kakak sayang, kakak yakin dia lah teman hidup kakak sampai bila-bila. Tapi mama dan babah tidak setuju, apa akan kakak lakukan?"

Saya terdiam, lalu saya menjawab,

"Kakak yakin, kalau mama dan babah SAY NO, itu pasti ada sebab. Jika kakak sayang sekalipun seorang lelaki, tetapi mama dan babah tidak setuju, insyaAllah kakak tetap ikut telunjuk mama dan babah. Kakak yakin, apa keputusan yang mama dan babah buat itu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Tapi untuk kakak menurut, ada syaratnya.."

Babah tersenyum dan bertanya,

"Apa dia?"

"Babah dan mama harus nyatakan jawapan yang rasional kenapa mama dan babah tolak pilihan hati kakak. Itu sahaja" saya tersengih seperti kerang busuk memandang babah.

"InsyaAllah, mana ada mama dan babah dalam dunia ini yang sengaja menyakiti hati anaknya. Lagipun yang mahu menikah itu kakak, bukan mama dan babah. Babah bukan sekadar menyerahkan anak babah kepada lelaki pilihan hati kakak, tapi babah menyerahkan kehidupan kakak kepadanya. Babah bela elok-elok. Babah nampak kakak membesar depan mata babah, kakak jadi anak yang solehah. Begitu jua lah babah mahu seorang lelaki yang mampu memberi jaminan yang sama. Bukan sekadar cakap kosong. Oleh sebab itu, babah sangat tegas"

Saya, "InsyaAllah babah. Kakak faham. Sesaat lagi sebelum menikah, kalau mama dan babah menghalanginya kerana sebuah alasan yang kukuh, silakan. InsyaAllah, walaupun kakak sedih, tapi kakak tetap redha"

Babah mengalirkan airmata mendengar jawapan saya.

Saya?

Mestilah menangis juga. Sebuah petang yang kami kongsikan bersama. Bukan mudah untuk seorang anak perempuan meluahkan rasa hati kepada ayah, lebih-lebih lagi anak sulung. Bagi seorang anak sulung, tanggungjawab seperti kerjaya, kebajikan keluarga, dan sebagainya lebih dianggap utama.

Terima kasih mama dan babah. Hingga saat ini, walaupun usia saya sudah meningkat dewasa, layanan mereka kepada saya, persis seperti saya sewaktu kecil. Saya tetap dimanjakan. Apabila saya merajuk, mereka cuba mencari jalan untuk melihat saya senyum kembali.

Pesan 1: Setelah bersiap-siap, saya menunggu waktu menjemput mama di Airport.

Pesan 2: Tiba-tiba 'rumah sakit' pula.

4 ulasan:

  1. aimi,
    pesan no 2 saya tak faham??
    yang lain semua saya faham:)

    BalasPadam
  2. kak tasha...homesick=rumah sakit...betul x kak aimi? argh, rindu jugak...

    eh? mama kak aimi x sampai lg ke? huhu, confuse...

    BalasPadam
  3. Iman Aisyah:

    Macam mana awak boleh tidak faham pula? :P

    BalasPadam
  4. Mysterious_musafir

    Yes, kamu correct~ :)

    BalasPadam