Isnin, 30 Mei 2011

Adegan romantis, suka?

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan RahmahNya masih lagi kita dapat menjalankan segala kebajikan di muka bumi ini.

Alhamdulillah.

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, junjungan ummat, serta para sahabat yang mendahului kita membawa manusia mengenal Tuhan.

Alhamdulillah

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pandangan saya tentang situasi yang saya rasa ada di antara kita yang terlepas pandang, termasuk diri sendiri.

Tentang aksi romantis, panas aktor dan aktress kini.

Pasti para pembaca pernah menonton filem yang menampilkan aktor dan aktress beradegan romantis, mesra dan manja.

Baik itu filem Korea, filem Barat, filem Hindustan dan tidak kurang kalahnya filem Malaysia sendiri yang sudah dianggap berani melanggar norma-norma adat Malu seorang Melayu.

Tidak perlu saya sebutkan judul filem apa kerana lambakan filem yang ber genre seperti ini terlalu banyak di pasaran dan terlalu banyak meracuni hati, iman dan fikiran.

Contohnya:

Adegan romantis mengucapkan kata-kata mesra di antara pasangan kekasih.

Selalunya respon kita (terutama perempuan) spontan seperti refleks berkata,

"Sweetnya~"

"Romantiknya~"

"Kalaulah ada lelaki yang gentleman macam filem ini, bahagia aku"


Sedar atau tidak, secara tidak langsung kita membenarkan maksiat itu berlangsung di depan kita DAN dalam keadaan kita tahu itu adalah maksiat!


Malah ada yang merasa bahagia atau suka apabila hero bertindak berani melakukan aksi-aksi/adegan panas.

Mungkin ada yang menganggap enteng hal ini.

Ya benar, 2 orang manusia itu sedang berlakon kerana permintaan dunia hiburan tetapi tanya kembali pada diri kita,

"Dimana Iman saat aku menonton filem seperti ini?"

Tertinggal di mana iman kita dan tercampak ke mana malu kita?

Apakah hati dan iman kita hanya 'dipakai' saat kita siap dengan sejadah, berpakaian menutup aurat, duduk di masjid? DAN ditinggalkan iman dan hati saat menonton filem-filem yang membuai perasaan ini?


Mahu atau tidak, kita harus terima adegan pelakon itu:

1. Realitinya mereka adalah pasangan yang belum menikah dan haram melakukan adegan-adegan selayaknya seperti suami isteri yang sah.

2. Mereka sedang melakukan hal maksiat.

Tanya pada hati, apakah kita turut sama merasa terbuai atau sebaliknya kita bingkas menutup filem tersebut lantas menginsafi kealpaan diri?

Respons kita terhadap hal ini terkait rapat dengan hati kita.

Saat hati kita bersih, saat hati kita jauh dari kotor dan maksiat, segera Iman memberikan signal kepada diri kita untuk "STOP!"

Begitu juga sebaliknya, saat menonton adegan romantis, jika hati kita kotor, kita akan membenarkan tingkah mereka dan lebih malang lagi, kita akan sama terbuai dengan adegan yang direkayasa secara tidak langsung telah merosak hati dan iman kita, khususnya penonton Islam.

Mari kita renungkan hadith dan Kalam Allah di bawah ini, mari membaca menggunakan mata hati.

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Surah al-Muthaffifiin: 14,
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."

Surah al-Baqarah: 74

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."

Jangan hanya saat melihat teman-teman yang berada di sekeliling ber 'couple' mesra saja mula merasa marah, mula merasa 'dijentik' dengan kemaksiatan mereka tetapi menonton filem yang berunsurkan adegan-adegan romantis dan panas ini dianggap berbeza. Mereka sama-sama bermaksiat dan kita sama-sama berdosa kerana membenarkan. Na'udzhubillah.

Pesan 1: Ini merupakan sebuah ingatan buat diri sendiri. Semoga kita sama-sama dapat menjaga hati. Ameen.

Jumaat, 27 Mei 2011

The exhilarations

Gambar hiasan Subhanallah. Suka melihat lukisan kartun muslimah ini. Melihat senyuman dia, merasa kebahagiaan yang datang dari dalam diri.

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera semua.


Saya nak update lagi tentang life Magang :)

Suka! Alhamdulillah.

Setiap hari saya bangun awal pagi. Syukur, saya bangun awal bukan kerana saya terpaksa untuk bangun menyelesaikan tugas tetapi kerana menyahut panggilan Ilahi, menunaikan fitrah hati dan iman. Alhamdulillah.

Usai ibadah pagi dan solat Subuh, saya akan siap-siap untuk ke Klinik Desa (Sumedang) yang jauhnya 2 km perjalanan. Harus melalui tol untuk sampai ke destinasi tepat waktu atau kurang dari 2 jam.

Selalunya saya akan bersarapan dengan minum kopi + oat.
(Nilai kalori rata-rata secawan kopi adalah 140 kalori. Bersamaan dengan 5.5 km cycling!)

Apa yang saya sangat suka untuk aktiviti rutin selama di bagian Public Health ini adalah sepanjang perjalanan, saya dapat menghabiskan tilawah Al-Quran 1 juz dan membaca bahan bacaan non medis.


Suka! Alhamdulillah, dikurniakan nikmat waktu yang bermanfaat.


Sampai di Klinik Desa selalunya saya langsung memberikan pelayanan sehingga selesai kunjungan semua pesakit. Selalunya dari jam 0800 - 1200. Kemudian, saya dan sahabat-sahabat akan solat berjemaah.

Ini pun saya suka! Suka 2! Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan pulang ke Bandung dari Sumedang, saya akan mengulangi ayat-ayat hafazan Al-Quran atau pun saya tidur!


Ada
pe'el (baca: sikap) sahabat saya (merangkap pemandu berhemah kami) kalau melihat kami tertidur di dalam perjalanan pulang ke Bandung, dia akan menyanyi kuat-kuat sehingga semua kami terjaga kerana terkejut mendengar suara orang menyanyi dengan kuat!

Kemudian kami akan bangun dengan muka agak malu-malu sebab kantoi tidur dengan muka selebet.

Cis! Rosak mimpi~ Wee :) Anyway, thanks a lot buddy

Sampai ke Bandung sekitar jam 1400. Kemudian, sampai sahaja di bilik, saya akan bereskan apa yang patut kerana jam 1530 saya akan keluar lagi.


Yeay, it's jogging time!


Suka 3! Alhamdulillah.


Selalunya saya jogging bersama teman, namun jika masing-masing ada urusan, saya akan tetap berlari sendiri.

Saya menetapkan syarat buat diri sendiri, minimal berlari 3.5km sehari.

Alhamdulillah, tadi saya cuba bermarathon dengan berlari sejauh 8.5 km dalam tempoh kurang dari 1 jam.


Mestilah penat. Habis berlari langsung rasa nak termuntah.


Ada hal yang saya rasakan berbeza saat saya olahraga sekarang dibandingkan dulu.


Dulu, kalau saya berlari sejauh mana pun, apa yang saya rasakan adalah penat sahaja.

Sekarang, ada dapat extra!

Penat dan sakit.
Ya, dulu kan saya pernah dioperasi kerana ada tumor di pinggang. Kalau berlari sejauh 2km masih boleh tahan lagi, cuma lebih dari 2 km, mulalah rasa sakitnya pinggang.

Saya berhenti berlari petang tadi pun kerana merasa sakit di pinggang dan ada renjatan eletrik dari pinggang ke telapak kaki.


Hish! Takkan
relapse lagi penyakit HNP aku ini??! (InsyaAllah, tidak) Perasaan saya saja.


Rasa sakit di pinggang dan menjalarnya aliran elektrik menyebabkan saya nekad berhenti berlari. Tidak kuat rasanya mahu dipaksakan diri. Kalau tidak sakit, mahu jauh lagi saya berlari. Rasa gian berlari. Teringat zaman muda-muda belia dahulu. Wee~


InsyaAllah, saya yakin, alah bisa tegal biasa. Betul kan pepatah ini? Kalau hari-hari berlatih, pasti saya dapat beradaptasi dengan rasa sakit ini. InsyaAllah.

Selalunya saya akan jogging selama 2 jam. 1 jam intensive training (tidaklah training mahu ke kejohanan larian mana pun) 1 jam lagi saya peruntukkan waktu untuk berjalan kaki pulang ke bilik. Jaraknya adalah dalam 1 km lebih. Tapi saya suka! Nikmat rasanya apabila dapat menggunakan kaki kerana saya pernah merasa saat nikmat berjalan ditarik :)


Pulang ke bilik sekitar jam 1730, lantas saya siap mandi dan duduk di atas sejadah.

Mulai dari waktu Solat Maghrib sehingga Isya'
Inilah waktunya saya gunakan sebaik mungkin untuk muraja'ah bacaan hafazan.

Setelah waktu solat Isya', saya akan membaca 1 atau 2 penyakit yang saya mahu baca. Terserah mood saya waktu itu. Kalau mahu baca Medical, saya baca. Jika mahu baca bahan Obgyn, saya baca. Selalunya saya akan membaca penyakit-penyakit yang saya temukan pada pesakit paga tersebut. Jika tiba-tiba saya mahu mengerjakan tugas Public Health, saya buat :)


Ini part yang best tentang Magang. Tidak ada ujian final atau ujian department. Hanya ada kekuatan pada diri untuk belajar sendiri.
Fuh~ Malam ini saya harus bergadang. Tidak seperti malam-malam sebelumnya, laporan Public Health harus diselesaikan malam ini juga. Kenapa malam ini? Alasannya kerana saya telah meletakkan beberapa target harian, mingguan dan bulanan. Laporan Public Health ini harus saya selesaikan terakhir malam ini. Oleh itu, harus menunaikan janji diri.

Pesan 1: Masih segar dalam ingatan, kalimat yang dipetik dari tulisan Dr Yusuf Qardhawi melalui buku beliau "Muslimah, Harapan dan Tantangan",

"Perbaiki batin sebelum perbaiki penampilan".

Ringkas, padat tetapi cukup untuk menjentik pintu hati ini. Subhanallah.

Khamis, 26 Mei 2011

Tips dan Fakta olahraga menguruskan badan.

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera semua.

Semoga Tuhan redha ke atas kita semua. Ameen.


Saya di sini ingin berkongsikan beberapa tips olahraga bagi yang ingin menurunkan berat badan atau menjaga bentuk badan.


Dahulu (waktu zaman sekolah) saya sering praktikkan hal ini. Maklum, zaman muda. Ngee~
Saya sering mewakili rumah sukan, mewakili sekolah untuk acara berlari jarak jauh seperti 3.5 km, 5 km atau 8 km. Oleh itu, banyak masukan-masukan dari coach yang insyaAllah bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

Tips 1: Berlari laju membakar lebih banyak lemak?

Ada segelintir individu yang beranggapan,

"Mahu lari laju lah. Lebih laju aku lari, lebih banyak lemak dapat dibakar"

Kurang tepat pemikiran sebegini jika kalian mahu menurunkan berat badan. Jika mahu menjadi juara pecut 100 meter Sukan Commonwealth, silakan berlatih sedemikian. Wee~

Sewaktu kita sprinting seperti berlari pecut 100 meter, sebenarnya kita menggunakan prose
s metabolisma secara anaerobik.

Ya benar, jika lari pecut dapat menghasilkan ATP atau tenaga (melalui proses pembakaran lemak, gula dan protein tubuh) LEBIH CEPAT jika dibandingkan dengan berlari perlahan seperti marathon atau jogging (proses pembakaran lemak secara aerobik)

Namun ada perkara yang lebih penting harus diingat bersama, iaitu dalam usaha mengurangkan berat badan bukan pembakaran lemak dengan CEPAT yang kita perlukan tetapi pembakaran lemak yang LEBIH BANYAK.

Sewaktu kita melakukan olahraga aerobik, tubuh
mengalami metabolisme dan menghasilkan 36 ATP (1 ATP sekitar 7.3 kkal) untuk kegunaan otot dibandingkan olahraga anaerobik, kita menggunakan sebanyak 1 ATP.

Misalnya, kita jogging 100 meter, kalori yang dibakar adalah:

36 ATP X 7.3 kkal = 262.kkal


Jika kita lari pecut 100 meter, kalori yang dibakar adalah:

1 ATP X 7.3 kkal = 7.3kkal


Olahraga anerobik (sprinting) ini memerlukan tenaga yang banyak dalam waktu yang singkat manakala olahraga aerobik (jogging) sehingga proses metabolisme tenaga secara anaerobik dapat menyediakan ATP dengan cepat namun hanya untuk waktu yang terbatas sekitar 90 saat. Oleh itu, apabila kita berlari pecut, kita mudah kepenatan dan harus diselingkan dengan istirehat.

Setelah semua faham gambaran umum untuk menguruskan badan, di sini ada tips seterusnya.

Tips 2: Perhatikan Gastrocnemius muscle dan Plantar kaki anda.

Gambar hiasan
Perhatikan Gastrocnemius muscle di atas.


Gambar hiasan
Perhatikan telapak kaki

Sewaktu berolahraga beberapa hari kelmarin, banyak yang saya perhatikan menyeret telapak kaki mereka atau seperti berjalan kaki tetapi mereka jogging. Ini adalah teknik yang kurang tepat.

Saat ber jogging, cuba kita sama-sama mengangkat telapak kaki seperti mana gambar di atas sehingga kita dapat merasakan tekanan pada Gastrocnemius muscle.


Kalian boleh mengetahui cara kalian salah apabila kalian mendengarkan bunyi
desikan pasir atau telapak kasut.

Apa kaitannya dengan pembakaran lemak?

Ya, kalian akan merasakan lebih cepat penat, sakit dan mudah cedera jika dibandingkan mengangkat telapak kaki seperti di atas sehingga akan menyebabkan motivasi untuk terus berolahraga kurang (Sakit yang dialami akan menganggu konsentrasi serta kontraksi otot tidak se efficient seperti gambar di atas)


Tips 3: Pakaian

Ramai yang menganggap sepele atau take for granted untuk pakaian olahraga.

Salah besar!

Pakaian merupakan salah satu elemen penting saat berolahraga dan sangat essential jika kalian berniat untuk menguruskan badan.

Pakaian khusus seperti mana kalian perlukan?

Pernah dengar wind breaker?

Atau pernah lihat kalau orang yang berlari memakai pakaian yang bahannya seperti baju hujan tetapi ukurannya pas di badan (baju hujan ukurannya lebih besar dan panjang)


Gambar hiasan
Perhatikan bahan, hujung tangan dan pinggang wind breaker ini

Perhatikan bahan wind breaker adalah dari canvas yang menghalang dari aliran udara sehingga tubuh dapat memerangkap dan menyebabkan proses penyingkiran peluh lebih efficient. InsyaAllah dengan pakaian ini semakin cepat berat badan akan turun.

InsyaAllah, sekian tips yang dapat saya kongsikan. InsyaAllah, jika saya teringat lagi tips-tips lainnya, akan saya kongsikan buat manfaat bersama.

Pesan 1:
Bagi wanita muslimah, berpakaianlah sesuai syar'ie. Elakkan memakai pakaian berwarna cerah, ketat dan tipis. Saat berpeluh dan berlari, pakaian ini jelas menampilkan bentuk tubuh dan pakaian dalam. Siap boleh terlihat warna, bentuk dan corak pakaian dalam. Malu! Kasihan diri sendiri dan kasihan kaum Adam. Tiap kali mereka datang jogging, pulang harus mandi wajib lagi melihat pakaian super duper seksi kalian~

Pesan 2:
Ini ada tips menilai orang yang sering berolahraga (berlari atau menggunakan otot kaki). Kalau mahu tahu seseorang itu rajin berolahraga atau tidak, lihat otot Gastrocnemius mereka. Bagi yang rajin akan terlihat seperti di bawah. Jika tidak, seperti peha ayam senang dimasak, sedap dimakan~

Jadi tidak boleh menipu kalau tidak rajin olahraga~ Ngee :)

Gambar hiasan
Nampa tidak otot yang seperti bengkak di betis? Itulah bukti otot Gastrocnemius yang sering berolahraga.

Pesan 3:
Alhamdulillah, semalam berjaya jogging sejauh 5 km dan fast walk sejauh 1 km. Berjaya turun berat badan 1 kg. Sekarang berat badan saya, 48 kg. 3 kgs to go. I will fight till the end, insyaAllah.



Selasa, 24 Mei 2011

Sudah, cukuplah :)

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera semua. Semoga Tuhan merahmati kita setiap saat dan tidak ada detiknya Tuhan memalingkan pandangannya dari kita.

Saya nak curhat. Semoga coretan curhat saya ini tidak memberi effect nausea (mual) kepada yang membaca :)

Sudah hampir seminggu saya mengikuti program diet. Sebut saja program tetapi saya sendirilah yang menjadi jurulatihnya, saya juga lah yang dilatih.


Saya berhati-hati dalam mengambil
makanan. Saya akan menghitung-hitung kalori.

Ramai yang beranggapan "Kalau mahu diet, banyak pakai duit. Banyak membazirnya"

Saya dengan tegas, menyatakan ayat atau pemikiran tersebut salah.

Sebabnya?


Kita
mengurangkan jumlah kalori yang diambil dalam waktu yang sama kita membakar kalori agar output lebih tinggi dari input sehingga hasilnya adalah SIHAT.

Jika kita mengurangkan kalori bermakna kita mengurangkan kuantiti makanan kan?


Lebih banyak makan makanan yang kurang kolesterol seperti ikan dan ayam (dada), sayuran, buah-buahan.

Mahal ke?

Sudah semestinya TIDAK. Tergantung di mana kamu cari bahan, di mana kamu makan. Alhamdulillah, percaya atau tidak, selama seminggu, saya mengeluarkan wang kurang dari Rp50,000 (RM 25) untuk makanan. Lebih murah, lebih jimat dari biasanya :) Alhamdulillah. Sihat dapat, jimat pun dapat. Berat badan pun kurang 1 kg.

Syukur, kepada Allah SWT kita sujud.

Namun begitu, ada hal yang lebih essential yang ingin saya ketengahkan dari program diet ini.

Saya mulai sedar, saya mampu tegas dengan diri sendiri.
Saya mampu untuk mengatakan TIDAK kepada diri sendiri.

Saya mampu untuk mengatakan JANGAN kepada diri sendiri.

Saya mampu untuk mengatakan SEKARANG kepada diri sendiri.

Berawal dari ketegasan menahan dan melawan nafsu makan, saya akhirnya dapat mengawal nafsu dan pemikiran sendiri. Ahad lalu, saya telah mencatatkan 45 perkara yang harus diselesaikan dalam waktu sehari.

Malangnya bagi saya, penyesalan sehingga hari ini, saya tidak memanfaatkan waktu dengan sebaiknya. Jangan kata separuh dari 45 perkara, 10 saja tidak sampai. Saya gagal mengatur waktu saya.

Malamnya, saya sedar. Astaghfirullah! Hanya 3 perkara yang lunas hari ini. Betapa malang aku. Malang. Gara-gara saya banyak menghabiskan waktu di depan laptop. Bermain Facebook.

Oh, saya tidak kata Facebook itu membawa celaka. Tidak. Hanya saya yang salah menggunakannya. Ini bukan kali pertama saya gagal melunaskan semua tugasan yang saya rencanakan.

Hari Isnin lalu, dalam keadaan hati yang masih bersisa rasa bersalah, saya nekad,

"Aimi, kau curang dengan waktu yang telah Allah SWT berikan. Kau lalai. Kau wajib mengenakan hukuman kepada diri sendiri agar kau sedar sebelum Allah SWT bakar kau di dalam api neraka kerana lalai dengan waktu"

Mengalir airmata saya mendengar bacaan ayat Al-Quran surah Waqi'ah.

Al Waqiah: 27 - 40

The companions of the right - what are the companions of the right?
[They will be] among lote trees with thorns removed
And [banana] trees layered [with fruit]
And shade extended
And water poured out
And fruit, abundant [and varied],
Neither limited [to season] nor forbidden,
And [upon] beds raised high.
Indeed, We have produced the women of Paradise in a [new] creation
And made them virgins,
Devoted [to their husbands] and of equal age,
For the companions of the right [who are]
A company of the former peoples
And a company of the later peoples.

Bolehkah aku termasuk ke dalam golongan Ashabul Yamin, mereka yang mendapatkan balasan terbaik dunia dan akhirat jika aku banyak lalai kepada waktu yang diberikan kepadaku?

Pasti dengan kasih sayang Allah yang telah memberikan nikmat semuanya, aku tidak akan dapat cium bau syurga jika terus lalai seperti. Na'udzhubillah.


Airmataku mengalir.

Tiba pula ayat seterusnya, lebih menggugah hatiku,

Al-Waqiah: 41 - 47:

And the companions of the left - what are the companions of the left?
[They will be] in scorching fire and scalding water

And a shade of black smoke,

Neither cool nor beneficial.
Indeed they were, before that, indulging in affluence,

And they used to persist in the great violation,

And they used to say, "When we die and become dust and bones, are we indeed to be resurrected?


Menangis saya. Na'udzhubillah. Aku tidak mahu menjadi hamba Allah SWT yang menyesal di kemudian hari. Menyesal kerana tidak menggunakan nikmat yang telah diberikan sebaik mungkin. Aku tidak mahu menjadi golongan Ashabul Syimal. (T_T)

Gambar hiasan
It is option in our life. Definitely Hell is not our choice.

Saya akhirnya nekad. Deactivate Facebook account. Alhamdulillah.

Walaupun ada perasaan seperti, "Ala..nanti kalau nak contact dengan si pulanah macam mana?" atau banyak lagi 'ala..", namun ada perasaan tenang di situ. Alhamdulillah. Ketenangan ini yang sudah lama saya cari.

Ya, saya salah menggunakan waktu saya, saya banyak menghabiskan kepada Facebook, oleh itu, saya mengambil tindakan drastik.

Jangan ada yang pernah kata, "Aku tidak pun macam itu. Aku boleh je handle waktu aku" kepada saya.

Tahniah untuk anda. Sebab itu saya tidak deactivate Facebook anda, saya deactivate Facebook saya :)

Bila saya activate lagi?

Mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin tidak selama-lamanya :)

Hanya Allah SWT tempat saya mengadu. Hanya sehingga hati saya kuat dan tenang. Hanya sehingga hati saya lebih banyak bertafakur dan cintakan akhirat dari dunia. InsyaAllah.

Saya mahu mendidik diri. Mendidik nafsu, mendidik iman saya.

Saya merasa terlalu banyak maksiat yang telah saya lakukan dengan Facebook. Ini secara peribadi yang saya rasakan. Tidak perlu membandingkan dengan diri anda kerana dari awal ini sekadar curhat :)

Buat masa sekarang dan ke depan, insyaAllah, akan saya berbakti kepada agama dengan pelbagai bentuk tulisan. InsyaAllah.

Sampai bertemu dengan coretan akan datang.

Pesan 1: Hari ini saya telah menghabiskan hampir setengah hari memeriksa anak-anak sekolah rendah, sebanyak 133 orang. *Penat, tapi saya suka!*

Pesan 2: Alhamdulillah, saya sudah mulai berolahraga. Hari ini telah berjanji dengan teman untuk berjogging sejauh 5km. Semalam 3.5 km. Ngee~

Pesan 3: Marilah kita berusaha sehabis baik agar Allah SWT memberikan yang terbaik pula buat kita. Mardhatillah Ya Rabb :)

Ahad, 22 Mei 2011

Jatuh cinta di desa

Gambar hiasan
Tetapi seperti inilah tempat saya Magang.
Ada sawah padi

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, alhamdulillah, usai sudah seminggu Magang (ada 23 minggu lagi. Hari-hari countdown)

Seminggu ini saya berulang alik hampir 2 jam ke Sumedang, lebih tepat lagi di Puskesmas Pamulihan. Harus melalui Jatinangor, kemudian ke Sumedang dan 3km perjalanan dari simpang desa ke Puskesmas (klinik desa). Struktur jalan yang belum sempurna menjadikan perjalanan kami lama, sebenarnya sejam atau kurang dah boleh sampai :)


Selama seminggu ini dan 3 minggu ke depan, saya dan 4 orang sahabat di Public Health. Oleh itu, tugas mencari-cari data, menganalisis data dan segala macam harus dilakukan selama 4 minggu ini. Berbeza dengan koas, kami harus melakukan analisis data sendiri. Data cari sendiri, taip sendiri, presentasi sendiri. Alhamdulillah, saya mendapat aspek Promosi Kesehatan untuk dijadikan bahan analisis.

Apa yang lebih penting, bukan kerana mencari data yang menyebabkan saya betah di sana, tetapi kerana kami diberi tugas untuk menjadi doktor selama 4 minggu. Mulai dari pesakit datang dan anamnesis, pemeriksaan fisik, pemberian obat-obatan, kaunseling, instruksi kontrol, semuanya harus dilakukan sendiri melainkan ada case yang berat dan tidak dapat mampu ditangani, baru konsul ke dokter Puskesmas merangkap supervisor kami.

Alhamdulillah, semua kakitangan Puskesmas peramah. Suka saya. Rasa seronok apabila saya senyum mereka balas dengan senyuman sampai telinga! Apabila saya tidak tahu, mereka cepat menghulurkan bantuan. Saya suka berborak dengan orang tua. Oleh itu, sewaktu saya menjaga poliklinik Ibu dan Anak, sempat saya dipelawa petugas Puskesmas untuk singgah ke rumah sambil makan siang dan sambung berbual (Haha. Ajak makan tu~ Siapa tak nak? Tapi saya tengah diet tante. Afwan jiddan)

Suasana desa dan Puskesmas sangat mendamaikan. Subhanallah. Jauh dari hiruk pikuk bandar. Jauh dari autisme kota. Hanya ada kedamaian, hijau pemandangan, sawah padi subur, burung-burung nyaring berkicauan dan penduduknya yang ramah. Segar!

Ada sebuah kisah, seorang pesakit, kanak-kanak 5 tahun datang bersama ibunya kerana anak tadi ada Bullae di telapak tangannya. Bulla itu merupakan infeksi bakteri yang manifestasi terlihat seperti gembung cairan yang kena benda panas. Sangat infectious!
Anak tadi demam. Tahulah saya, penyakitnya ini sudah ke sistemik.

Tiba-tiba, ibunya bersuara,


"Dokter, anak saya tak suka makan ubat. Setiap saya bagi makan ubat, setiap tu dia buang"


Saya,

"Ubat manis pun dede' (panggilan manja untuk Adik - Dede) buang?"


Ibu, "Ya"


Saya, "Dik, kalau dokter bagi ubat, dede' nak makan tak?"


Sepantas kilat adiknya menggeleng kepala. Sungguh-sungguh tidak mahu.

Dalam kepala saya puas mencari idea. Ahha~ (keluar macam mentol dekat luar kepala. hehe)


Taktik lama.

"Kalau adik tidak mahu makan ubat, adik tunggu di sini, makan di sini, tidur di sini karena dokter sendiri yang akan pastikan adik makan ubat. Mama (merujuk kepada ibunya yang berdiri di sebelah) boleh pulang aja. Pulang bareng (bersama) papa. Kamu nginap (menginap) di sini bareng dokter ya"

"Ha??" kaget anak ini. Lucu melihat wajah jujurnya yang terperanjat.

"Ngga mau dokter. Mau pulang" balas adik tadi sambil menundukkan kepala mungkin cuba merayu. Haha, takkan nak simpan anak orang dekat klinik desa kan?

"Boleh dengan syarat!" saya balas tegas tetapi masih tersenyum.

"Kamu harus makan obat setiap kali mama ngasih obat ke kamu" saya sambung lagi.

Tersenyum lebar anak ini, "Ok dokter. H janji"
Ketawa besar saya dan ibunya melihat anak tadi mengangkat sebelah tangannya seolah-olah berikrar.

"Kalau H ngga mau makan ubat, mama langsung bawa H ke sini ya. Biar H nginap di sini bareng dokter" sambung saya lagi, sengaja menegaskan harus makan ubat.


Saya memberikan Amoxicillin syrup memandangkan infeksi tadi telah sampai ke sistemik (demam), Paracetamol dan kerana pesakit mempunyai antiseptik di rumah, saya meminta ibunya sering-sering membersihkan luka anaknya. Jangan dibiarkan kotor. Jangan terdedah kepada sekeliling saat bermain. Awalnya mahu memberikan antibiotik cream juga tetapi habis pula stok ubat. So, tak jadi.

Saat menulis resep obat anak tadi, kepala giat mengira dosis anak.
*sigh* lupa-lupa. Macam mana ini??
Paksa juga mengadap kerta kosong, keluarga tadi saya minta tunggu diluar sebentar (sebenarnya malu lama sangat mereka lihat saya mengira dosis obat. Haha)

Baiklah, berat badan anak tadi 9.8 kg, ambillah jadi 10 kg.

Dosis obat Amoxicillin 50 mg - 100 mg dibagi 4 dosis sehari

Oleh itu, dosis obat untuk sehari adalah 10 kg X (50 - 100mg) = 500 - 1000mg sehari.

Dosis ini kemudian dibagi kepada 4 lagi, jadilah 125 mg - 250mg sekali makan.

Satu sudu teh bersamaan dengan 5 mL = 125 mg.

Oleh itu sehari, anak tadi harus makan 1 sudu teh, sebanyak 4 kali sehari, selama 3 hari kerana anak ini harus datang untuk kontrol.

Satu botol ada 60 mL = 12 sudu teh. Jadi memang sesuai lah dengan dosis yang diberikan.

Fuh, senangkan?! (Senang kalau sedang tenang)

Ada beberapa target akademik yang ingin saya capai sebelum saya keluar dari Puskesmas Pamulihan,

1. Lancar menulis resep dewasa dan anak-anak.
2. Mempertajam soft skill terutama komunikasi dalam Bahasa Sunda
3. Menghabiskan belajar dan menghafal ulang semua penyakit-penyakit anak dan Ilmu penyakit dalam (Medicine)

Target lainnya,

1. Sekurang-kurangnya 2 juz Al-Quran dihafal selama sebulan ini.
2. Sekurang-kurangnya 1 juz Al-Quran dibaca setiap hari.
3. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu berpuasa.
4. Ma'thurat 2 kali seminggu.
5. Menurunkan berat badan 2 kg sebulan. (Sekarang sudah turun 1kg. Another 1 kg for this month)
6. Tahajjud minimal 3 kali seminggu.

Alhamdulillah, target Akademik masih diusahakan. Bagi target lainnya, alhamdulillah masih istiqamah dilakukan setiap hari. Semoga Allah SWT redha. Semoga Allah SWT memberkati usahaku dan sahabat-sahabatku.

Meraih redha Ilahi



Selasa, 17 Mei 2011

Hamster takut, kawan lari

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sayang, salam kerinduan, salam 1 Malaysia buat semua yang membaca.


Semoga Allah SWT memberkati diri kita. Ameen.
Seperti biasa, kalau saya update blog, saya selalunya akan bercerita. Saya ingin kongsikan sebuah cerita. Tentang seorang anak dan ibunya.

Di suatu petang, seorang anak perempuan, Lily, pulang ke rumah. Lily berusia 6 tahun. Seorang anak yang lincah, petah berkata dan pintar.

Dia kelihatan sedih dan muram. Melangkah lesu seperti ada suatu masalah yang menimpa dirinya. Lily pulang ke rumah sendirian. Tidak seperti biasanya, dia sering pulang bersama kawan baiknya, Sarah.

Setelah sampai di rumah, Lily memberi salam lalu masuk melulu ke dalam bilik tidurnya.

Ummi Lily hairan melihat keletah anaknya. Tidak seperti biasanya, Lily sering membantu Ummi di dapur.

Ummi lalu ke bilik tidur Lily,

"Lily, best main tadi? Sarah tak singgah rumah?" tanya Ummi kepada Lily.

"Biasa-biasa je tadi main. Sarah terus balik ke rumah" balas Lily ringkas kepada ibunya.

Ummi dapat mengesan sesuatu telah terjadi. Pasti anaknya dan teman baiknya Sarah sempat berselisih faham.

"Lily mahu cerita apa yang menganggu fikiran Lily? Ummi sedia dengar" Ummi cuba mencungkil apa yang terbuku di dalam hati anaknya.

"Ummi, Lily dah tak tau nak buat apa. Lily cuba jadi baik. Lily cuba baik-baik dengan Sarah tapi ada je sikap Lily yang Sarah tak suka. Lily penat Ummi. Penat jaga hubungan persahabatan ini. Rasa sia-sia tau"

"Oh, itu ke masalahnya? Ok, takpe. Lily mandi, kemudian bantu Ummi di dapur. Setelah itu, kita tunggu abi untuk makan malam bersama ya. Anak ummi kan solehah, pasti menurut kata" pujuk Ummi sambil memegang kepala Lily.

"Itu je respon Ummi?" panjang muncung Lily.

Ummi punya rancangan sendiri cuma biarlah anaknya menunggu sehingga waktu yang tepat.

Malam itu, bertemankan Abi, Ummi membawa anaknya, Lily pergi ke kedai menjual haiwan.

Ummi dan Abi membawa Lily melihat-lihat hamster.

Tersenyum keriangan Lily. Hilang sebentar kegusaran yang melanda dirinya. Lily seorang yang sangat sayangkan haiwan. Setiap kali bertemu kucing, akan dibelai-belai kucing tadi. Jika ada makanan lebih, diberikan kepada kucing. Tidak kiralah makanan Lily adalah puding mangga buatan ibunya atau lebihan nasi bekal sekolah, semuanya diberikan kepada kucing.

Teringat Ummi dengan keletah Lily, sewaktu kecil dulu, Lily pernah membelai anjing peliharaan jirannya.

"Ummi, Abi, "kucing" Uncle Wong, comelkan. Tadi Lily bagi makan aiskrim dekat kucing uncle Wong" pelat dia bertutur tetapi tetap petah.

Kucing yang disangkakan Lily itu adalah anjing.

Tersedar dari lamunan, Ummi melihat Lily menggenggam kuat hamster.

Gambar hiasan tetapi seperti inilah cara Lily memegang hamster.

"Lily, ada cara yang betul pegang hamster itu" jelas Ummi.

"Tapi kan sama je Ummi. Asal hamster ini dapat diangkat, kira bolehlah kan?" balas Lily.

"Ok, cuba Lily lepaskan hamster tu. Tengok macam mana hamster tu" pintas Ummi.

Lily melepaskan hamster yang telah dipegang kuat. Terlihat hamster berlari ke satu sudut. Diam.

Lily memberikan butiran makanan kepada hamster. Tetap hamster diam di sudut sana.

"Ummi dah kata tadi, ada cara yang betul kalau nak pegang hamster" Ummi mengulangi ayat yang sama.

"Macam mana Ummi, ajarlah Lily" balas anaknya merayu.

"Baik dengan syarat, Lily perhatikan setiap apa yang Ummi lakukan dan berikan beberapa ibrah dari hal ini. Boleh?" balas Ummi. Lily hanya mengangguk setuju. Sudah tidak sabar ingin mengangkat hamster dengan cara yang betul.

"Mula-mula jari-jari kita pegang badan hamster ke arah bontot hamster manakala pergelangan tangan kita mengarah ke kepala dan mulut hamster. Dengan cara ini, jari-jari kita tidak akan digigit hamster. Kalau sudah terkunci dengan cara memegang yang benar, hamster tidak akan bergerak dan terlepas dari tangan kita. Tidak kira lah betapa kuatnya hamster meronta. Hamster akan merasa aman kerana terbungkus di dalam kedua tangan kita" jelas Ummi sambil menunjukkan cara yang benar.

"Hubungan yang hangat, kasih berbalas, kepercayaan diri dan keyakinan timbul jika kita benar cara memegangnya" sambung Ummi lagi sambil memerhatikan Lily tekun melihat cara Ummi memegang hamster.

Lily sangat teruja. Dia mencuba sekali lagi tetapi dengan cara yang ditunjukkan ibunya.

Berjaya!.

"Lily ingat tidak dengan janji Lily?" tanya Ummi menduga.

"Ingat. Kalau kita pegang haiwan dengan cara yang benar, diorang akan sayang dengan kita" balas Lily ringkas. Tulus jawapannya.

Ummi dan Abi hanya tersenyum.

Abi yang baru pertama kali melihat analogi cara memegang hamster dengan keterkaitan masalah anaknya, langsung dapat menangkap ibrah dan inti yang ingin disampaikan isterinya.

"Anak Abi, Lily. Mari duduk sebelah Abi. Bawa hamster sekali" panggil Abi.

"Lily, sebenarnya apa yang ingin Ummi sampaikan lebih jauh dari sekadar haiwan" Abi membuka bicara.

"Maksudnya Abi?" Lily kebingungan.

"Petang tadi Lily cerita dekat Ummi tentang masalah Lily dan Sarah kan? Apa yang Ummi tunjuk tadi adalah pengajaran buat kehidupan Lily, Ummi dan Abi"

"Misalnya, Lily memang yakin hamster dapat diangkat dengan cara Lily tadi tetapi cara tersebut menyebabkan hamster tadi takut, tidak nyaman, merasa terancam. Hamster pun takutkan? Sampai merajuk hamster tadi dengan Lily"

"Begitu juga manusia. Mereka perlukan cara yang baik dan benar.
Sebuah hubungan yang menyenangkan dengan seorang teman baru memerlukan kepastian bahawa teman baru tersebut merasa aman, nyaman dan tenang. Lily mungkin rasa sikap Lily baik terhadap Sarah tapi mungkin saja ada cara yang lebih baik dari itu" hujah Abi.

Lily hanya tertunduk sambil tangannya masih membelai hamster. Tidak seperti tadi, kali ini Lily tidak mengenggam hamster seperti mana awalnya.

"Lily faham?" tanya Abi.

"Faham Ummi, Abi. Terima kasih" balas Lily. Dia masih diam.

"Lily sedih? tanya Abi.

"Lily rasa Lily salahlah, Abi. Petang tadi, Sarah ajak Lily main "hide and seek". Lily tak nak. Lily tinggalkan je Sarah sebab kalau Lily cakap dengan dia, nanti Lily jadi marah-marah" cerita Lily.

Tersenyum Abi dan Ummi mendengar cerita sebenar anak mereka.

"Alhamdulillah. Bagus kalau anak solehah Abi dan Ummi ini dah sedar. Jom balik" ajak Abi.

"Aik?? Balik je. Hamster tak jadi beli?" tanya Lily.

"Lily belajar pegang hamster dengan betul, nanti Abi beli. Kalau Abi beli sekarang, kesian hamster tu, merajuk semua dengan Lily" canda Abi.

"Abi pun takut nak pegang!" balas Lily selamba sambil meletakkan hamster di tempatnya.

Mereka berjalan bersama, keluar dari kedai haiwan dengan sebuah ibrah bermanfaat buat Ummi, Abi dan Lily.

Pesan 1: Cerita adalah rekaan semata-mata. Sekadar pengajaran buat diri dan semua.

Pesan 2: Cara memegang hamster dengan betul saya baca dari 101 Secrets a cool mom knows.

Isnin, 9 Mei 2011

I Love you, you and you :)

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi nikmat dan kasih sayang kepada semua makhluk.

Saya telah merancang untuk meet up dengan adik beradik dan parents sejak saya selesai Final Examination di Bandung lagi.

Saya pulang pada tanggal 6 Mei 2011 yang lalu. Kebiasaannya, mama dan babah akan jemput saya di airport tapi disebabkan mama dan babah telah berpindah ke Sarawak, jadi saya terpaksa independent (ok, saya tipu, ada yang menjemput :] ). Adik saya yang bongsu telah lama menunggu saya.

Esoknya, 7 Mei, saya dan adik saya menaiki bas ke Kuala Lumpur. Awalnya mahu menjenguk Acik yang sedang belajar di UPNM, namun plan bertukar apabila acik dapat outing.

Saya telefon angah dan kami set untuk makan di Sogo, Kuala Lumpur.

Happy sangat-sangat bila kami dapat berkumpul dan sharing cerita :)

Angah decide untuk makan di Old Town Cafe. Kami semua setuju.

Setelah masing-masing pesan makanan, angah memberitahu dia ada hal sebentar di luar.

Kemudian, acik pula keluar sebab ingin berjumpa kawan.

Saya dan adik berkongsi cerita.

Saya

Adik

Mana diorang ni dik?
Angah keluar, pegi beli baju kot. Acik gi jumpa kawan.
Diorng ni nak jumpa kita ke tak? Penat tunggu. Dah lah sekejap lagi kita nak ke KL Sentral. Hish

(Sambil mulut saya tidak berhenti makan roti aiskrim.)

Tiba-tiba adik-adik saya masuk sambil membawa kek. Wah terharu sangat! Masa itu rasa nak menangis terharu, menangis bersyukur, menangis gembira. Tapi kena cover depan adik-adik.

Adik-adik saya menyanyi lagu Happy Birthday. Mereka menyanyi sangat kuat sehingga satu cafe tahu adik-adik saya sedang celebrate birthday saya. Haha. Senget masing-masing. Saya makan kek dengan sangat lahapnya walhal saya telah makan 2 keping roti aiskrim, setengah mangkuk meehoon tomyam, set nasi dengan beef teriyaki .[Ok, saya tahu, saya banyak makan]

Kami berjimba-jimba istilahnya. haha. Acik ajar. Kami berenam. Acik membawa kawannya dan Angah juga membawa kawan. Sesi cam-whoring bermula :P

Saya melihat jam 5.30 petang. Angah dan kawannya, Topek menghantar kami ke KL Sentral menaiki motor. Weehuuu Kecut perut merasa naik motor. Terpaksa peluk angah kuat-kuat sebab seram dia bawa sangat laju dan suka menyelit. Sampai di KL Sentral jam 6 petang dan sampai di LCCT jam 1900.

Selesai check-in di Kiosk, saya dan adik solat berjemaah. Kemudian, kami makan bekal yang acik bagi. Sushi 7 biji! Puas makan. haha :))

Flight ke Sarawak jam 2155, jadi saya menghabiskan waktu istirehat manakala adik membaca novel.

Sampai di Kuching, jam 0000 waktu tempatan. Mama dan babah telah lama menunggu kami.

Woowweeee~ It's Kuching. Best! Awalnya sedih sebab terpaksa berpindah ke Sarawak. Tempat baru, dunia baru, kena beradaptasi. *sigh*

Kami langsung pulang ke rumah. Wooweee again. Rumah baru. Boleh main lari-lari dalam rumah. haha.

Esoknya babah dan mama bawa jalan ke Pasar Serikin. Lama perjalanan ke sana! Macam pasar UNPAD tau~ Malamnya kami ke Waterfront. Sangat cantik scenery di Waterfront. Oww, jatuh cinta.

Dalam perjalanan pulang, parents saya membawa kami melalui Hospital Kuching. InsyaAllah, saya akan memilih Hospital Kuching sebagai first choice untuk HO. Apa yang lagi best, Hospital Kuching sangat dekat dengan tempat kerja babah. Jadi boleh tumpang babah kalau mahu ke tempat kerja. Kalau dari rumah ke hospital sekitar 15 minit perjalanan. Lumayan :))

Kami tinggal di dalam Kem Penrissen. Sangat luas kem ini. Belum sempat rayau semua kawasan. Asyik sesat je kalau drive. Jadi, parents tidak membenarkan saya bawa kereta sendiri dulu.

Pesan 1: Gambar ada di blog Amira, adik saya yang ketiga :]

Pesan 2: Cuaca di Kuching sangat panas. Alhamdulillah, kena bersyukur. Sidai baju sejam dah boleh kering :)

Pesan 3: I Love you, you and you. Semoga kebahagiaan memori cuti kali ini kekal selamanya.

Pesan 4: Kepada semua sahabat-sahabat dan keluarga yang wish through messages & facebook, semoga Allah SWT memberkati kalian.

Rabu, 4 Mei 2011

Salam buat semua wartawan seluruh dunia.

Assalamualaikum wrt wbt,

Salam sejahtera buat semua yang membaca. Semoga Allah redha akan kita semua.

Tujuan reporter adalah menyampaikan laporan.


Laporan seperti apa dahulu?


Gambar hiasan

Pastilah laporan yang BENAR dan penyampaiannya BAIK serta BERHIKMAH. Benar itu suatu hak dan tuntutan dalam mereka profesi kita semua, cuma BAIK dan BERHIKMAH bukan bermaksud hanya berita baik-baik saja disiarkan. Tidak. Maksud di sini adalah bersifat NEUTRAL dalam bekerja, tidak mencaci, memburukkan sesama manusia. Tidak seolah-olah terlihat anda di pihak yang mana, oleh itu laporan diubah sesuai kecenderungan anda memilih di pihak yang mana.

Kalau melihat seorang dokter yang hanya memilih pesakit yang kaya dan mampu saja, kalian rasa jijik tidak dengan sikap sedemikian? Mereka MEMILIH dulu siapa pesakit mereka sebelum mereka memberikan khidmat.

Dapat tidak kalian analogikan situasi dokter ini dengan wartawan?
Sudah menjadi tugas wartawan menyampaikan laporan apa yang mereka lihat, mereka dengar dan mereka kaji dengan orang yang lebih arif BUKAN menyampaikan APA YANG MEREKA RASA. Apa yang kita rasa tidak semestinya synchronize dengan apa yang terjadi di realiti.

Sehingga banyaklah timbul berita-berita sekarang yang terlihat berat sebelah, tidak logic, sampah, berlebih-lebihan dan pelbagai lagi.

Cuba bayangkan jika dokter gagal melaksanakan tugas mereka di hospital. Tersebar luas kepada masyarakat bahawa dokter ini TIDAK PROFESIONAL, melakukan kesalahan FATAL, LULUSAN UNIVERSITI MANA ENTAH?

Banyak sekali cacian dan makian untuk kesalahan-kesalahan para dokter.

Mungkin bukan dokter, tetapi para guru juga menjadi mangsa. Berita yang tersebar luas sempat membuat diri saya melihat profesi guru ini kurang dalam soft skill mereka. Seolah-olah guru ini adalah pekerjaan HARIMAU. Kerja mereka marah anak murid, dera anak murid, liwat anak murid dan sebagainya. Namun begitu, yang HAQ pasti terbongkar.

Kita simpan cerita itu.

Saya pernah membaca isu perkauman yang berbaur politik, isu tersebut sempat tegang sewaktu saya pulang ke Malaysia [isu kaum Melayu bawa kepala lembu dan isu perebutan tanah rizab oleh kaum India]

Saya berdebat dengan ayah saya tentang isu ini. Perdebatan kami bukan mencari siapa menang dan siapa salah. Tidak, diskusi kami mencari di mana salah dan di mana benarnya seterusnya sebagai rakyat hina dan biasa, apa lagi dari kami mampu lakukan ke depannya.

Sewaktu saya mengungkapkan fakta yang saya CEDOK langsung dari suratkhabar, babah mengungkapkan hal ini,
"Kakak, kalau mahu menganalisis situasi, jangan pernah baca hanya 1 naskah berita. Bacalah beberapa naskhah berita dari syarikat penerbitan akhbar yang berbeza. Isu yang sama boleh dikupas dalam pelbagai aspek atau sudut pandang. Lebih baik lagi kalau kakak mendengarkan pandangan ahli analisis politik bukan ahli politik itu sendiri"

Pernah ikhwan ajak berbicara tentang isu politik dengan saya. Cuma saya tidak berkenan dengan isu yang kebanyakan mereka kupaskan. Rata-rata mencari siapa salah, siapa benar. Perdebatan yang mencari siapa salah dan menang ini mempunyai unsur-unsur bias dan tidak membuka peluang buat saya berbicara. Pendapat peribadi saya :)

Ini bukan suatu artikel untuk mengatakan "Aku benar dan kau salah". Tidak. Saya tidak arif dalam hal tersebut.

Seterusnya isu DSAI. Isu ini berputar sekian banyaknya. Dari sehari ke sehari, makin banyak saja ahli politik yang dikatakan membongkarkan keburukan DSAI.

Saya neutral. Tidak menyokong dan tidak membangkang tetapi saya punya pendirian saya sendiri.

Analogi dalam bidang kedokteran seperti ini, seorang pesakit datang akibat kecelakaan lalu lintas. Dari anamnesis, dia ditemukan ada gejala intoksikasi alkohol. Setelah menangani luka kecelakaan lalu lintas, anda bertanya,

"Jujur, kamu ada minum arak, ya?"

Jawapan pesakit itu mungkin "Tidak"

Tetapi mengikut fikiran kamu, pesakit ini ada tanda-tanda intoksikasi alkohol namun begitu kerana pesakit menyangkal, kamu pun tidak menulis laporan.

Boleh begitu?

Jawapannya TIDAK!

Seorang dokter jika melihat situasi ini, pertama selain berdasarkan penilaian mereka, mereka harus melakukan beberapa pemeriksaan fisik, tes darah dan urin bagi menegakkan diagnosis mereka. Barulah mereka berhak mengatakan Ya atau Tidak.

Begitu juga wartawan, jika menerima berita, bukan dari 1 pihak, dengar dua-dua, kaji dari keduanya kerana ini berkait rapat dengan aspek menyampaikan kebenaran.

Tugas kita sama, yaitu bersama menjaga kemaslahatan masyarakat. Kebersihan dalam wartawan menyampaikan berita mempunyai dampak besar terhadap perkembangan minda para mahasiswa dan remaja. Mereka dikelilingi oleh orang yang menyampaikan yang benar, kelak apabila mereka besar, mereka menjadi orang yang benar.

Jika dari kecil mereka disuapkan isu permainan politik. Tidak mustahil apabila dewasa mahasiswa ini atau remaja tadi akan "bermain" lebih licik lagi dalam arena politik. Ini kerana berita-berita yang disuapkan kepada mereka lebih banyak berkisar keburukan dan tidak benar.

Pesan 1: Az-Zumar [56]
"Supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)"

Pesan 2: Artikel ini luahan hati saya, mana yang baik silakan ambil, mana yang buruk sila benarkan dengan cara yang berhikmah.

Pesan 3:
Dunia makin hari makin kejam
Manusia makin hari makin lupa fungsi dan tanggungjawab mereka

Sampai bila kita harus lupa?

Sebelum malaikat maut menjemput kita

Jangan pernah lewatkan masa
Kelak menyesal tidak berguna

Isnin, 2 Mei 2011

Buat adik-adik 07 ;]

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah. Saya telah dapat memanfaatkan cuti hujung minggu dengan sebaiknya, Alhamdulillah.

Saya nak berkongsi cerita lagi. Bercerita tentang program FIQ (Fil Ittihad Quwwah), merupakan program IMAN (Islamic Malaysian Association).

Inti program ini adalah memperkenalkan adik-adik 2010 kepada semua disamping mengeratkan silaturrahim antara ahli. Alhamdulillah, merasa muda pula bersama mereka.

Saya lihat hanya ada 2 orang adik-adik 2007.

"Eh, ke mana senior 4th year?" tanya saya kepada salah seorang ahli IMAN junior mereka.

"Diorang nak ujian kak" balas adik tadi.

"Oh, ok baik" fahamlah saya kenapa adik-adik kesayangan yang banyak nakalnya tidak datang.

Mereka bakal menghadapi Ujian Akhir seperti mana saya dan sahabat-sahabat angkatan saya pernah lalui.

Sempat juga saya berborak-borak dengan beberapa ahli IMAN 2007 dan mereka meluahkan rasa takut untuk ujian, berdebar dan takut lagi dan sebagainya.

Gambar hiasan.
Menaiki tangga itu penat tapi jika sampai ke destinasi, kita puas.

Kepada adik-adik 2007, akak ada sediakan artikel khusus buat kalian.

Akak tahu dan sangat faham perasaan kalian. Perasaan berdebar-debar, perasaan cemas, perasaan takut dan sebagainya. Bagi yang merasa sangat tenang, ada 2 hal yang mungkin terjadi:

1. Kamu sangat bersedia sehingga apa jua tantangan yang datang [baik ujian esok hari atau minggu depan], kamu dapat atasinya.

2.Kamu sangat tidak bersedia sehingga kamu tidak tahu sebanyak apa yang perlu dipelajari dan mengamalkan prinsip "whatever"

Sepasrah-pasrahnya manusia kepada Allah SWT, pasti merasa debaran. Debaran physiology namanya.

Perasaan berdebar-debar dan cemas itu biasa muncul saat melihat jadual ujian. Lebih-lebih lagi mengenangkan diri yang tidak bersedia.

Ada kalanya terdetik, apabila

Kalian melihat masa depan, sambil berkata

"Oh bahagianya seniors, sudah selesai. Tinggal berkira hari untuk pulang ke Malaysia"

Kalian melihat masa lalu, sambil berkata,

"Oh bahagianya juniors, tidak perlu thesis. Tidak perlu bimbang hal nilai department, hal cari kosan baru, pindah rumah, urusan koas segala macam"

Apa yang menjadikan kalian stress adalah membandingkan. Jika menjadikan mereka sebagai kayu ukur untuk berjaya, tidak masalah. Bagus malah. Tetapi membandingkan hal yang subjektif seperti kebahagiaan berada di tempat mereka itu yang salah.

Di dalam sebuah hadis ada menyebutkan:

Lima perkara tersebut adalah sebagai berikut:


1. Gunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu

2. Gunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu

3. Gunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu

4. Gunakan waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu

5. Gunakan hidupmu sebelum datang matimu

[Diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak]

Tidak kira seburuk apapun situasi yang adik-adik rasa sekarang, nikmati dan terus nikmati kerana berada bersama-sama teman dan rakan seperjuangan menempuh ujian bersama itu lebih terasa kebahagiaannya.

Kedua, sampai satu saat, kalian akan merasa, penat yang amat sangat [sungguh-sungguh penat ni!] kerana mahu ujian minggu depan. Analogi yang sama akak berikan kepada adik-adik.

Satu hal, pernah akak ceritakan juga dahulu, tentang analogi lumba lari. Adik-adik "telah berlari" sejak dari tahun pertama lagi. Ujian yang bakal datang ini adalah penamatnya dan bukan suatu permulaan. Inilah saatnya yang kalian selama ini nantikan. Terus kuat, terus tabah. Walaupun sedikit saja lagi jarak adik-adik dengan ujian tetapi kelelahan yang dirasakan mungkin menyebabkan ada yang mahu give up.

Kasihan orangtua, adik-adik dan keluarga yang tidak pernah lupa memberikan doa, sokongan dan dokongan kepada kita. Mereka sebenarnya sama-sama penat seperti kita. Kita penat ada penghujungnya, mereka penat tengok kita penat. Jadi jangan pernah give up, fikirkan mereka.

Jangan pernah lupa Allah SWT. Dia Pemudah segala kesusahan. Dia jawapan bagi segala ujian.

Prinsip yang selalu akak amalkan adalah belajar bersungguh-sungguh. Akak tidak mahu penat 2 kali. Biar sekali belajar, biar sekali penat tetapi langsung lulus dan selesai. Usaha kena bersungguh-sungguh seolah-olah esok bakal ujian. Jangan pernah bertangguh belajar pada saat-saat genting.

Jangan fikir, "Oh, ujian ini sekian haribulan, jadi belajar sekian haribulan. Tangguh dulu" Jangan. Belum tentu saat yang kalian perhitungkan itu, kalian punya waktu terluang. Mungkin saja sakit. Na'udzhubillah.

Seterusnya, pada saat ujian, selalunya akak akan tangguhkan dahulu segala macam hiburan atau hobi yang akak selalu buat. Alasannya kenapa? Ini juga antara yang akak selalu pegang,

"Jika aku gagal, teman sebaik apapun mereka, seakrab manapun mereka denganku, tidak akan pernah mereka mahu menggantikan tempatku jika aku gagal nanti. Jika aku harus Remedial wajib atau harus extend, tidak ada di antara mereka yang mahu dengan rela hati menggantikan tempat aku"

Oleh itu, kita harus bersungguh-sungguh kerana kita tidak mahu tercicir dari teman-teman. Kita mahu melangkah seiring, menghayun sama kuat, sama hebat.

Segala macam ajakan oleh teman ke arah kelalaian seperti menonton CD, atau karaoke atau menonton bioskop itu ditangguhkan dahulu. Tidak salah dilakukan jika selesai ujian sebagai reward usaha kita sendiri. Asalkan tidak berlebihan.

Terakhir dan selalu dilakukan akak dan sahabat-sahabat lain. Solat, perbanyakkan ibadah, perbanyakkan amal soleh. Jaga kata-kata, jangan melukai hati insan-insan yang kita kenal. Mungkin saja amarah orang sekeliling menjadi hambatan atau hijab doa kita kepada Allah SWT. Selalu telefon orangtua, minta doa. Jangan malu minta doa. Minta orang sekeliling doakan. Mungkin saja kerana berkat doa orang sekeliling, Allah SWT memberikan kemudahan.

Pesan 1: Semoga berjaya adik-adikku. Akak tunggu kalian KOAS. Selamat bersua di RSHS.

Pesan 2: Sesiapa yang sudah menikah, minta doa dari mak dan bapak mertua, jika sudah bertunang, jangan lupa juga minta doa dari bakal mak mertua atau pak mertua. Mereka adalah keluarga kita juga. Mereka bukan orang luar.

Pesan 3: Jika ada antara kata dalam artikel yang mengguris hati adik-adik, silakan tegur dengan berhikmah. InsyaAllah, akak akan perbaiki.

Pesan 4: Artikel ini secara umum buat yang bakal ujian. InsyaAllah.