Gambar hiasan Subhanallah. Suka melihat lukisan kartun muslimah ini. Melihat senyuman dia, merasa kebahagiaan yang datang dari dalam diri.
Assalamualaikum wrt wbt,
Salam sejahtera semua.
Saya nak update lagi tentang life Magang :)
Suka! Alhamdulillah.
Setiap hari saya bangun awal pagi. Syukur, saya bangun awal bukan kerana saya terpaksa untuk bangun menyelesaikan tugas tetapi kerana menyahut panggilan Ilahi, menunaikan fitrah hati dan iman. Alhamdulillah.
Usai ibadah pagi dan solat Subuh, saya akan siap-siap untuk ke Klinik Desa (Sumedang) yang jauhnya 2 km perjalanan. Harus melalui tol untuk sampai ke destinasi tepat waktu atau kurang dari 2 jam.
Selalunya saya akan bersarapan dengan minum kopi + oat.
(Nilai kalori rata-rata secawan kopi adalah 140 kalori. Bersamaan dengan 5.5 km cycling!)
Apa yang saya sangat suka untuk aktiviti rutin selama di bagian Public Health ini adalah sepanjang perjalanan, saya dapat menghabiskan tilawah Al-Quran 1 juz dan membaca bahan bacaan non medis.
Suka! Alhamdulillah, dikurniakan nikmat waktu yang bermanfaat.
Sampai di Klinik Desa selalunya saya langsung memberikan pelayanan sehingga selesai kunjungan semua pesakit. Selalunya dari jam 0800 - 1200. Kemudian, saya dan sahabat-sahabat akan solat berjemaah.
Ini pun saya suka! Suka 2! Alhamdulillah.
Sepanjang perjalanan pulang ke Bandung dari Sumedang, saya akan mengulangi ayat-ayat hafazan Al-Quran atau pun saya tidur!
Ada pe'el (baca: sikap) sahabat saya (merangkap pemandu berhemah kami) kalau melihat kami tertidur di dalam perjalanan pulang ke Bandung, dia akan menyanyi kuat-kuat sehingga semua kami terjaga kerana terkejut mendengar suara orang menyanyi dengan kuat!
Kemudian kami akan bangun dengan muka agak malu-malu sebab kantoi tidur dengan muka selebet.
Cis! Rosak mimpi~ Wee :) Anyway, thanks a lot buddy
Sampai ke Bandung sekitar jam 1400. Kemudian, sampai sahaja di bilik, saya akan bereskan apa yang patut kerana jam 1530 saya akan keluar lagi.
Yeay, it's jogging time!
Suka 3! Alhamdulillah.
Selalunya saya jogging bersama teman, namun jika masing-masing ada urusan, saya akan tetap berlari sendiri.
Saya menetapkan syarat buat diri sendiri, minimal berlari 3.5km sehari.
Alhamdulillah, tadi saya cuba bermarathon dengan berlari sejauh 8.5 km dalam tempoh kurang dari 1 jam.
Mestilah penat. Habis berlari langsung rasa nak termuntah.
Ada hal yang saya rasakan berbeza saat saya olahraga sekarang dibandingkan dulu.
Dulu, kalau saya berlari sejauh mana pun, apa yang saya rasakan adalah penat sahaja.
Sekarang, ada dapat extra!
Penat dan sakit. Ya, dulu kan saya pernah dioperasi kerana ada tumor di pinggang. Kalau berlari sejauh 2km masih boleh tahan lagi, cuma lebih dari 2 km, mulalah rasa sakitnya pinggang.
Saya berhenti berlari petang tadi pun kerana merasa sakit di pinggang dan ada renjatan eletrik dari pinggang ke telapak kaki.
Hish! Takkan relapse lagi penyakit HNP aku ini??! (InsyaAllah, tidak) Perasaan saya saja.
Rasa sakit di pinggang dan menjalarnya aliran elektrik menyebabkan saya nekad berhenti berlari. Tidak kuat rasanya mahu dipaksakan diri. Kalau tidak sakit, mahu jauh lagi saya berlari. Rasa gian berlari. Teringat zaman muda-muda belia dahulu. Wee~
InsyaAllah, saya yakin, alah bisa tegal biasa. Betul kan pepatah ini? Kalau hari-hari berlatih, pasti saya dapat beradaptasi dengan rasa sakit ini. InsyaAllah.
Selalunya saya akan jogging selama 2 jam. 1 jam intensive training (tidaklah training mahu ke kejohanan larian mana pun) 1 jam lagi saya peruntukkan waktu untuk berjalan kaki pulang ke bilik. Jaraknya adalah dalam 1 km lebih. Tapi saya suka! Nikmat rasanya apabila dapat menggunakan kaki kerana saya pernah merasa saat nikmat berjalan ditarik :)
Pulang ke bilik sekitar jam 1730, lantas saya siap mandi dan duduk di atas sejadah.
Mulai dari waktu Solat Maghrib sehingga Isya' Inilah waktunya saya gunakan sebaik mungkin untuk muraja'ah bacaan hafazan.
Setelah waktu solat Isya', saya akan membaca 1 atau 2 penyakit yang saya mahu baca. Terserah mood saya waktu itu. Kalau mahu baca Medical, saya baca. Jika mahu baca bahan Obgyn, saya baca. Selalunya saya akan membaca penyakit-penyakit yang saya temukan pada pesakit paga tersebut. Jika tiba-tiba saya mahu mengerjakan tugas Public Health, saya buat :)
Ini part yang best tentang Magang. Tidak ada ujian final atau ujian department. Hanya ada kekuatan pada diri untuk belajar sendiri. Fuh~ Malam ini saya harus bergadang. Tidak seperti malam-malam sebelumnya, laporan Public Health harus diselesaikan malam ini juga. Kenapa malam ini? Alasannya kerana saya telah meletakkan beberapa target harian, mingguan dan bulanan. Laporan Public Health ini harus saya selesaikan terakhir malam ini. Oleh itu, harus menunaikan janji diri.
Pesan 1: Masih segar dalam ingatan, kalimat yang dipetik dari tulisan Dr Yusuf Qardhawi melalui buku beliau "Muslimah, Harapan dan Tantangan",
"Perbaiki batin sebelum perbaiki penampilan".
Ringkas, padat tetapi cukup untuk menjentik pintu hati ini. Subhanallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan