Isnin, 2 Mei 2011

Buat adik-adik 07 ;]

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah. Saya telah dapat memanfaatkan cuti hujung minggu dengan sebaiknya, Alhamdulillah.

Saya nak berkongsi cerita lagi. Bercerita tentang program FIQ (Fil Ittihad Quwwah), merupakan program IMAN (Islamic Malaysian Association).

Inti program ini adalah memperkenalkan adik-adik 2010 kepada semua disamping mengeratkan silaturrahim antara ahli. Alhamdulillah, merasa muda pula bersama mereka.

Saya lihat hanya ada 2 orang adik-adik 2007.

"Eh, ke mana senior 4th year?" tanya saya kepada salah seorang ahli IMAN junior mereka.

"Diorang nak ujian kak" balas adik tadi.

"Oh, ok baik" fahamlah saya kenapa adik-adik kesayangan yang banyak nakalnya tidak datang.

Mereka bakal menghadapi Ujian Akhir seperti mana saya dan sahabat-sahabat angkatan saya pernah lalui.

Sempat juga saya berborak-borak dengan beberapa ahli IMAN 2007 dan mereka meluahkan rasa takut untuk ujian, berdebar dan takut lagi dan sebagainya.

Gambar hiasan.
Menaiki tangga itu penat tapi jika sampai ke destinasi, kita puas.

Kepada adik-adik 2007, akak ada sediakan artikel khusus buat kalian.

Akak tahu dan sangat faham perasaan kalian. Perasaan berdebar-debar, perasaan cemas, perasaan takut dan sebagainya. Bagi yang merasa sangat tenang, ada 2 hal yang mungkin terjadi:

1. Kamu sangat bersedia sehingga apa jua tantangan yang datang [baik ujian esok hari atau minggu depan], kamu dapat atasinya.

2.Kamu sangat tidak bersedia sehingga kamu tidak tahu sebanyak apa yang perlu dipelajari dan mengamalkan prinsip "whatever"

Sepasrah-pasrahnya manusia kepada Allah SWT, pasti merasa debaran. Debaran physiology namanya.

Perasaan berdebar-debar dan cemas itu biasa muncul saat melihat jadual ujian. Lebih-lebih lagi mengenangkan diri yang tidak bersedia.

Ada kalanya terdetik, apabila

Kalian melihat masa depan, sambil berkata

"Oh bahagianya seniors, sudah selesai. Tinggal berkira hari untuk pulang ke Malaysia"

Kalian melihat masa lalu, sambil berkata,

"Oh bahagianya juniors, tidak perlu thesis. Tidak perlu bimbang hal nilai department, hal cari kosan baru, pindah rumah, urusan koas segala macam"

Apa yang menjadikan kalian stress adalah membandingkan. Jika menjadikan mereka sebagai kayu ukur untuk berjaya, tidak masalah. Bagus malah. Tetapi membandingkan hal yang subjektif seperti kebahagiaan berada di tempat mereka itu yang salah.

Di dalam sebuah hadis ada menyebutkan:

Lima perkara tersebut adalah sebagai berikut:


1. Gunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu

2. Gunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu

3. Gunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu

4. Gunakan waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu

5. Gunakan hidupmu sebelum datang matimu

[Diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak]

Tidak kira seburuk apapun situasi yang adik-adik rasa sekarang, nikmati dan terus nikmati kerana berada bersama-sama teman dan rakan seperjuangan menempuh ujian bersama itu lebih terasa kebahagiaannya.

Kedua, sampai satu saat, kalian akan merasa, penat yang amat sangat [sungguh-sungguh penat ni!] kerana mahu ujian minggu depan. Analogi yang sama akak berikan kepada adik-adik.

Satu hal, pernah akak ceritakan juga dahulu, tentang analogi lumba lari. Adik-adik "telah berlari" sejak dari tahun pertama lagi. Ujian yang bakal datang ini adalah penamatnya dan bukan suatu permulaan. Inilah saatnya yang kalian selama ini nantikan. Terus kuat, terus tabah. Walaupun sedikit saja lagi jarak adik-adik dengan ujian tetapi kelelahan yang dirasakan mungkin menyebabkan ada yang mahu give up.

Kasihan orangtua, adik-adik dan keluarga yang tidak pernah lupa memberikan doa, sokongan dan dokongan kepada kita. Mereka sebenarnya sama-sama penat seperti kita. Kita penat ada penghujungnya, mereka penat tengok kita penat. Jadi jangan pernah give up, fikirkan mereka.

Jangan pernah lupa Allah SWT. Dia Pemudah segala kesusahan. Dia jawapan bagi segala ujian.

Prinsip yang selalu akak amalkan adalah belajar bersungguh-sungguh. Akak tidak mahu penat 2 kali. Biar sekali belajar, biar sekali penat tetapi langsung lulus dan selesai. Usaha kena bersungguh-sungguh seolah-olah esok bakal ujian. Jangan pernah bertangguh belajar pada saat-saat genting.

Jangan fikir, "Oh, ujian ini sekian haribulan, jadi belajar sekian haribulan. Tangguh dulu" Jangan. Belum tentu saat yang kalian perhitungkan itu, kalian punya waktu terluang. Mungkin saja sakit. Na'udzhubillah.

Seterusnya, pada saat ujian, selalunya akak akan tangguhkan dahulu segala macam hiburan atau hobi yang akak selalu buat. Alasannya kenapa? Ini juga antara yang akak selalu pegang,

"Jika aku gagal, teman sebaik apapun mereka, seakrab manapun mereka denganku, tidak akan pernah mereka mahu menggantikan tempatku jika aku gagal nanti. Jika aku harus Remedial wajib atau harus extend, tidak ada di antara mereka yang mahu dengan rela hati menggantikan tempat aku"

Oleh itu, kita harus bersungguh-sungguh kerana kita tidak mahu tercicir dari teman-teman. Kita mahu melangkah seiring, menghayun sama kuat, sama hebat.

Segala macam ajakan oleh teman ke arah kelalaian seperti menonton CD, atau karaoke atau menonton bioskop itu ditangguhkan dahulu. Tidak salah dilakukan jika selesai ujian sebagai reward usaha kita sendiri. Asalkan tidak berlebihan.

Terakhir dan selalu dilakukan akak dan sahabat-sahabat lain. Solat, perbanyakkan ibadah, perbanyakkan amal soleh. Jaga kata-kata, jangan melukai hati insan-insan yang kita kenal. Mungkin saja amarah orang sekeliling menjadi hambatan atau hijab doa kita kepada Allah SWT. Selalu telefon orangtua, minta doa. Jangan malu minta doa. Minta orang sekeliling doakan. Mungkin saja kerana berkat doa orang sekeliling, Allah SWT memberikan kemudahan.

Pesan 1: Semoga berjaya adik-adikku. Akak tunggu kalian KOAS. Selamat bersua di RSHS.

Pesan 2: Sesiapa yang sudah menikah, minta doa dari mak dan bapak mertua, jika sudah bertunang, jangan lupa juga minta doa dari bakal mak mertua atau pak mertua. Mereka adalah keluarga kita juga. Mereka bukan orang luar.

Pesan 3: Jika ada antara kata dalam artikel yang mengguris hati adik-adik, silakan tegur dengan berhikmah. InsyaAllah, akak akan perbaiki.

Pesan 4: Artikel ini secara umum buat yang bakal ujian. InsyaAllah.

6 ulasan:

  1. salam kak aimi..

    wah2..terharu~ ni syg kak aimi lebih ni..
    tq sangat2...insyaAllah, doakan masa yg tersisa ni dpt digunakan sebaiknya~!

    hr tu dh dpt semangat sket..lepas baca ni,iA kena lg semangat! doakan ye k.aimi.moga dimudahkan urusan kami 1 batch..

    tq hari tu..:) sory x smpat nak bg rasa laksa..he.nxt time time k.aimi walimah aiman bawak..hehe ;))

    BalasPadam
  2. Ermm. Penat 2 kali :)

    Rezeki masing-masing kan?

    BalasPadam
  3. Nurul88

    Salam Aiman,
    ameen. InsyaAllah, boleh2.
    akak yakin korang boleh.

    ps: bungkus nanti.

    BalasPadam
  4. Iman Aisyah:

    Terserah bagaimana mentafsirkan penat 2 kali tu.

    Ia sebagai pemangkin semangat.

    Kita penat biar sekali, tetapi jika memang setelah kita berusaha, dan al hasilnya tidak berjaya, tidak mengapa, kita berusaha dan Allah memenentukan :)

    BalasPadam
  5. Duha:

    untuk adik-adik 2008 juga sebenarnya :))

    InsyaAllah, didoakan juga :)

    BalasPadam