Selasa, 5 Mei 2009

Duit dan Doa

"Aimi, saya nak pergi Bandung hari ini. Awak ada nak pesan apa-apa?" tanya housemate saya.

"Awak ada singgah mana-mana?" kini saya pula bertanya. Memang niat di hati mahu memesan sesuatu cuma kalau di luar dari jalur tujuan sahabat tadi rasanya saya akan membatalkan sahaja niat.

"After jumpa Doktor untuk thesis saya nak pergi GMC(Golden Money Changer)" jelas sahabat tadi.

Apalagi berbunga lah hati saya mendengar penjelasan sahabat tadi.

"Saya nak pesan, saya nak tukar duit boleh?" tanya saya lagi

"Tak boleh" jawapan ringkas sambil bergurau.

Saya melirik jam menunjukkan 6.00pagi. Saya menutup sebentar buku yang sedang dibaca lalu pergi ke rak baju untuk mengambil wang Ringgit Malaysia. Mama selalu pesan kalau mahu simpan wang, simpanlah di tempat yang kita rasa susah untuk orang carinya. Mama selalu menyimpan wang "cara lama" dengan menyorokkan di sebalik timbunan barang miliknya dan di dalam lipatan beg duit. Saya kononnya mahu mengikut jejak langkah mama. Saya melakukan hal yang sama. Ternyata saya sendiri benar-benar lupa di mana saya letakkan wang saya. Kalau RM 50 atau 100 masih boleh diabaikan. Cuma simpanan saya melebihi perbelanjaan untuk sebulan. Habis satu almari saya geledah. Dari pakaian yang tersusun kemas dan kotak-kotak kecil yang tersusun rapi semuanya bertaburan di atas lantai. Hanya Allah tahu betapa hati saya berdebar.

"Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk" bisik hati kecil.

Penat mencari, saya menyusun kembali semua pakaian saya dan barang-barang peribadi seperti sedia kala. Melihat barang bertaburan menyesakkan mata dan pandangan. Terlintas di hati, "Pasrahkan padaNya". Saya mengambil wudu' dan bergegas menunaikan solat sunat. Lantas mengambil Kitab suci Al-Quran dan mengalunkan bacaan. Setelah siap semuanya hati kembali sedikit tenang walaupun di fikiran masih terfikir di mana letaknya wang saya. Sehingga saya berdoa,

"Ya Allah, pemilik apa yang ada di bumi dan langit. Kau turunkan ujian sesuai dengan kemampuan hambaNya. Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk. Andai wang tersebut Kau pinjamkan kepadaku maka pertemukanlah aku dengannya. Andai bukan, Kau tenangkan hatiku dan Kau jadikan aku hambaMu yang redha dengan ujian ini serta Kau berilah aku lebih baik dari apa yang hilang sekarang" doa saya panjatkan dengan penuh kepasrahan.

"Aimi, saya dah nak pergi ni. Nak pesan tak?" tanya sahabat tadi.

"Takpe lah. Saya tak jumpa duit saya, tak de rezeki" balas saya

"Duit awak hilang?" tanya sahabat lagi.

"Tak tahu" saya balas ringkas sambil mengemas rak makanan yang berada di bilik saya. Mengangkat alas rak, melihat setiap ruang kecil. Tiba-tiba mata saya melirik ke arah sampul surat berwarna putih. Terselit antara koleksi-koleksi hadiah yang pernah diberi sahabat-sahabat. Ternyata isinya adalah wang belanja saya. Alhamdulillah puji syukur Allah memakbulkan doa saya. Alhamdulillah.

Pesan 1 : Kalau mahu simpan wang, simpanlah wang di tempat yang orang lain tidak terfikir tempatnya tetapi kita tahu mana kita letakkannya :P

Pesan 2 : Terjemahan 2 : 186; Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Pesan 3 : Ya Allah, Kau kuatkan aku dengan semangatMu dan Kau pelihara aku dengan kasih sayangMu. Ingat, bila kita berdoa pastikan kita pasrahkan sepenuh hati dan bukannya keraguan kepada Kekuasaan Pemilik Alam Semesta

4 ulasan:

  1. salam...

    Alhamdulillah jumpa.
    Aku mencari uang yang ku simpan dalam almari.Tiada. Selawat2.
    Rupanya ada dalam wallet.
    Penyakit lupaku semakin parah.

    peace.

    BalasPadam
  2. To Hijau:

    Salam. Alhamdulillah kita memasrahkan kepadaNya setiap masa dan meyakini kekuasaanNya setiap hela nafas kita.

    p/s: Siapa Hijau ni ye?

    BalasPadam
  3. Hijau- Kalau lupa duit letak dalam wallet tu tanda penyakit lupa yang kronik.Cuba check sebelum minum,kot-kot tertelan sama SEMUT...

    BalasPadam
  4. To Dr Amad :

    Ehehe. AiP!!Tak baik;P

    BalasPadam