"Awak suka makan apa?" saya bertanya soalan cepu emas memancing perhatian sahabat.
"Suka makan tom yam" jawab ringkas sahabat seolah-olah merasa saya akan memasak untuknya. Sebaliknya, lain pula difikiran saya. Ligat memikirkan cara tepat memberikan informasi.
"Kalau ada tahi cicak saya letak dalam tomyam awak, tidak banyak dalam 5-6 ketul boleh tidak?" saya memberikan sedikit 'umpan enak'.
"Eee..Apa ni??Tak nak lah saya. Pengotorlah awak ni, Aimi" jawab sahabat sambil wajahnya menunjukkan wajah yang jijik seperti mahu muntah.
"Apa salahnya, bukan banyak pun, udang, ayam, sotong dan sayur jauh lagi banyak dan saiznya lagi besar berbanding tahi cicak yang cuma beberapa ketul" saya memulakan langkah provokasi.
"Tak nak!!.Geli tahu tak??!" jawab sahabat semakin meninggi suara.
"Saya pun tidak suka. Hatta ada rambut, semut atau habuk, saya akan sebolehnya minta tukar pesanan" jawab saya lagi.
"Begitulah Islam. Islam itu INDAH, ISLAM itu NIKMAT. Tetapi jangan menyulamkan sesuatu IBADAH dalam ISLAM yang NIKMAT dan INDAH dengan perkara-perkara MAKSIAT. Kalau awak tidak mahu makan tomyam dengan tahi cicak, begitu juga seharusnya awak jijik untuk mengandalkan ISLAM atau menggunakan ISLAM sebagai LESEN dalam melakukan kemaksiatan. Wallahualam" jawapan ringkas yang diberikan sekadar memberi peringatan kepada sahabat dan diri.
Pesan 1: Analogi di atas telah banyak saya gunakan terutamanya dalam saya memberi peringatan pada diri sendiri dan sahabat.
Pesan 2: Saya berharap teman-teman yang pernah ditegur saya, jangan terasa hati. Saya menegur kerana sayang saya pada kalian dan tiada niat untuk berlagak pandai. Sesungguhnya Allah jua lah pemilik diri dan sekelian alam.
Pesan 3: Kalau difikir logik akal, tiada faedah saya menegur. Tetapi kerana kita sahabat yang bersyahadah terimalah saya dalam setiap saat. Saya juga punya kekurangan dan tegurlah saya seandainya saya terlanjur kata mahupun perbuatan.
Pesan 4: Hujurat: 9
"Dan apabila ada dua golongan orang mukmin yang berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil"
salam aimi...
BalasPadamnice 1...:)
pe slhnya klo tegur menegur tu tuk kebaikan satu sama laen ka..?!!hehee
tahi cicak??? hmm...sesuai kot. tp islam itu tomyam? haha,kidding.=p
BalasPadamTo Sivgal:
BalasPadamSalam Siva,
Thank you Siva;)
Betul-betul. But some people think in other way round. Tapi kita kena tetapkan jalankan tugas kita memberikan peringatan, right?
To drrazi:
BalasPadamHihi..ISLAM itu INDAH dan NIKMAT. Phrase itu yang nak di highlight kan. Cuma pengamalan ISLAM realitinya tidak sekadar tomyam, habis dimakan maka selesai lah tugas..Wallahualam;)
tom yam..sedap2..
BalasPadamtaik cicak?? ueekk~
tapi islam mmg INDAH n NIKMAT..
n lebih NIKMAT kalau dihayati berbanding menghayati tomyam..(apakah??)
takpe..betul laa tu kot..hee~
To Duha:
BalasPadamBetul. Jadi janganlah kita mencampuradukkan yang haq dan bathil.
Benar dan tepat sekali;)
islam itu indah..kita kena la jaga keindahan itu..jgn biar benda yg kotor rosakkan keindahan itu..
BalasPadamselama ni sy jd silent reader..kali ni sy nk jerit kat sini..hihihi:)
p/s:td dinner tgh mkn tomyam..sebaik lepas habis mkn bru bca entry akak...kalo x,xlalu nk makan tomyam..hihihi:)
To muniri edogawa:
BalasPadamAlhamdulillah akk menghargai kehadiran awak;) Semoga Allah memberkati segala usaha kita menegakkan yang Haq;)
p/s: Tomyam 1 ke mulana ya neng;)
dua2...satu ke cikuda gak..ahaha.
BalasPadamTo Dr Amad:
BalasPadamDekat cikuda buat sendiri..Kan ada geng menyakat, pakatlah ramai-ramai 'bergosip' sambil memasak;P
ttp jlnkan tugas kita kita beri peringatan?hmmm...btul2.
BalasPadamtpi, i pn takut tegur juga my frens takut mrk tersinggung... huhu. tegur sape yg i rase akan terima je...:)yg laen tpernah....selfishkan...hehe
To Siva:
BalasPadamWhat I mean 'peringatan' was nasihat, teguran..bukan kinda warning..huhu..that's why..if I nak tegur orang, I use this 3 RIGHT THING.
1. The right person to give and to deliver message,
2. The right time
3. The right place.
For eg, you find out somenone do a wrong deed, but you are not even close to her/him. Doesn't mean you can only leave him/her. Try to find some1 whom you think might him/her listen to.
Trust me, if you try to tegur kawan, (even only one of those is not at RIGHT) it will turn to disaster~
thnx aimi...
BalasPadami tau la peringatan yg u meant is teguran...i ni bknnya bdk kecik...huhuhu
k k, ill try that also...:)
thnx again!!!
To SivGal:
BalasPadamyou're welcome;)
Haha..mana lah tau~
(U still budak kecik ok!;P)
ah?! u kate i still budak kecik?..ish3..:(
BalasPadamsedihnya aku...:p
salam~
BalasPadamsuka2 tomyam(komen lari tajuk)..
To SivGal:
BalasPadamHihi~(jangan marah;P)
To Iman Aisyah:
BalasPadamSalam..Tomyam 1, ke mulana ye;P
x marah pn...(^,^)v
BalasPadamTo Siva:
BalasPadamHehe..bagus2;)