Sabtu, 2 Mei 2009

Kenapa tidak Islam bersatu di bawah satu mazhab dan adakah kita berpecah belah?

Saya khusyuk memerhatikan, memahami dan menghadam tiap kata penceramah yang sangat bersemangat, berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi serta berpandangan jauh. Alhamdulillah suntikan baru buat saya yang tinggal 2 minggu lagi akan menduduki peperiksaan akhir sebelum melangkahkan kaki sebagai Doktor Muda di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung.

Setelah usai ceramah tentang "Why we choose Islam", saya disapa teman.

"Aimi, kenapa perlu wujud 4 mazhab?Kenapa tidak Islam bersatu di bawah satu mazhab?"tanya sahabat tadi.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur sahabat ini bertanya dan bukan seperti sesetengah sahabat yang "rasa-rasa" faham tetapi sebaliknya.

"Sebelum bertanya kenapa mazhab itu 4, ada baiknya kalau saya sarankan awak membaca tentang sejarah dan pendekatan setiap mazhab" saya menjawab. Ternyata jawapan saya itu tidak meleraikan kekusutan sahabat tadi.

"Wallahualam, saya membaca manhaj aqidah Imam Syafi'e sahaja belum khatam dan untuk mengulas kaedah setiap mazhab itu memerlukan kefahaman yang tinggi sebelum mengulas. Cuma saya boleh analogikan pendekatan mazhab seperti ini insyaAllah," saya menghentikan ayat dan memikirkan ayat seterusnya yang sesuai supaya sahabat tadi benar-benar faham.

"Ok, penyakit Lepsory atau lebih dikenali masyarakat sebagai penyakit Kusta, apakah ejen atau bakteria yang menyebabkan penyakit ini berlaku? tanya saya lagi.

Mungkin ada yang merasa pendekatan saya sangat sempit iaitu hanya tertumpu pada bidang perubatan. Hakikatnya saya rasa pada situasi saya kini dan sahabat di sekeliling adalah sangat berhubungkait tentang perubatan. Untuk penyakit kulit ada beberapa rujukan yang dijadikan panduan antaranya Fitzpatrick Dermatology, Andrews Dermatology, Buku Pedoman Penyakit Kusta Indonesia dan Manson; Tropical Medicine.

"Mycobacterium Leprae" jawab sahabat saya ringkas.

"Ok, dalam empat-empat buku yang dipakai, dapat kita lihat semua mengatakan bahawa bakteria yang menyebabkan penyakit kusta adalah M. Leprae dan tiada percanggahan di situ. Begitu juga dengan susur mekanisma dari A sampai Z bagaimana bakteria itu bekerja sehingga menyebabkan timbulnya kelainan kulit. Tiada percanggahan. Mungkin yang dapat kita lihat dalam buku ada yang menerangkan secara mendalam seperti Fitzpatrick Dermatology. Ini kerana buku tersebut memang "ahlinya" penyakit kulit manakala dari buku Manson Tropical Medicine menyentuh secara "surface" atau ringkas dan tidak mendalam seperti Fitzpatrick Dermatology kerana buku ini lebih menyentuh penyakit-penyakit yang seperti Malaria, Dengue Hemorrhagic Fever kerana buku ini "ahlinya" penyakit-penyakit di daerah tropikal" analogi ringkas saya sampaikan.

"Baik, jadi apa yang membezakan setiap buku ini?" persoalan yang diaju seperti menutup rapat mulut sahabat-sahabat yang mendengar. Sehingga saya menyambung bicara,

"Kalau dapat dilihat bezanya yang paling ketara adalah Epidemiology, Treatment and Management. Kalau dekat US pada tahun sebelum wujudnya vaksin BCG, kadar peningkatan kes pesakit Kusta sangat tinggi. Begitu juga di Indonesia. Relatif peningkatan disebabkan kadar penularan dan penanganan yang kurang efisyen. Angka kes yang tercatat dalam Buku Pedoman Penyakit Kusta adalah lain berbanding dengan di US seperti tertulis di dalam Fitzpatrick Dermatology. Ubat-ubatan di Indonesia prinsipnya sama seperti di US cuma dos, jenis dan rawatan tambahan sedikit berbeza. Kenapa?? Ini kerana di Indonesia jumlah mereka yang kurang berkemampuan adalah tinggi maka harga ubat-ubatan dan rawatan lanjutan haruslah sangat dititikberatkan berbanding di US yang purata jumlah mereka yang tidak berkemampuan kurang berbanding di Indonesia maka ubat-ubat yang dipilih adalah dari jenis yang mahal dan lebih efektif menangani penyakit Kusta tadi. Sekalipun di US canggih ubat-ubatan dan teknologi rawatannya berdasarkan buku Fitzpatrick Dermatology kita tidak boleh mengatakan di Indonesia ubat-ubatan dan rawatan mereka salah hanya kerana pendekatan penanganan pada penyakit mereka berbeza. Tujuan mereka tetap sama iaitu merawat pesakit semampunya dan mengharapkan pesakit kembali pulih"

"Begitu juga dengan mazhab yang boleh di ambil dari analogi yang telah saya berikan. Penyakit sama tetapi cara penanganan masalah mereka sangat terkait dengan perkembangan sejarah sesuatu tempat/kawasan, penduduk dan mentaliti muslim. Mazhab bukan berbeza dari Aqidahnya. Bukan mengatakan mazhab itu berbeza dari mengimani Allah yang Maha Esa tetapi mazhab itu berbeza atau disebut khilaf hanya pada pendekatan dan cara penanganan masalah. Wallahualam"

Pesan 1 : Saya masih membaca dan belum khatam lagi buku Manhaj Aqidah Imam Syafi'e. Jadi huraian saya mungkin tidak sedalam mereka yang sudah membaca dan memahami semuanya.

Pesan 2 : Khilaf pendapat Ulama dalam pelbagai mazhab bukan untuk kita jadikan hujah dan modal terjadinya perpecahbelahan umah Islam kini. Tujuan mereka sama, mencari redha Illahi

Pesan 3 : Menilai sesuatu jangan hanya melihat hukum atau keputusan akhirnya tetapi lihat bagaimana proses dan persekitaran yang memperngaruhi para Ulama' memutuskan sesuatu perkara. Wallahualam

14 ulasan:

  1. Salam..

    Memang betul2 nak jadi doktor nih,hehe..

    Inilah hikmahnya mazhab yang pelbagai.Kalaulah Islam itu hanya mempunyai pemahaman yang statik tentang perkara2 muamalah,alamat makin jauhlah Islam dari manusia...

    Teruskan usaha mencari dan mengkaji..

    "Islam itu mudah"

    Peace ;-)

    BalasPadam
  2. salam...

    uiks...pening2...
    sebab case review leprosy tak wat lagi..hehehe...

    "Islam is easy"

    santai^_^

    BalasPadam
  3. Hehe...cikgu saya kata,kalau pening better masak.Kalu nak bg ilang terus pening tu,amik HP call Amad,ajak makan...kak,saya lapo la..=(

    BalasPadam
  4. Lupa saya nak cakap,jika kak khatam buku itu pun belum tentu dapat bagi jawapan full dan mantap dalm bicara soal aqidah dan mazhab.

    Ustaz-ustaz kita belajar mazhab itu dengan talaqqi dgn syeikh2,dengan mengambil consideration berpuluh kitab2,kitab2 yg dibaca dalam bahasa penulis kitab dan bukan terjemahaan.

    Buat kita yang cikai2 ini tidak salah untuk belajar,menjadi nilai tambah buat kita,dan untuk kita tidak tahu juga bukan dosa.Ia fardu kifayah.

    Kak,saya lapo=(

    BalasPadam
  5. To Mr Max a.k.a Ahmad Zulfahmi;

    Salam, InsyaAllah..Terima kasih untuk nilai tambahannya.

    p/s : ingat Mr Max mana lah tadi..rupa-rupanya Mr Max make budu:P

    BalasPadam
  6. To Mohsein :

    Itulah..mana case review??

    peace(^_^)Y

    BalasPadam
  7. To Dr Amad:

    Salam..Terima kasih..Betul3x (upin ipin mode)..macam kita juga, nak memahami suatu penyakit bukan sekadar satu buku rujukan, malah ada juga latihan dalam makmal dan panduan dari doktor..tapi sekurang-kurangnya kita tetap mencari supaya lebih proaktif dan sekurang-kurangnya kita tahu..macam yang doktor amad cakap kan?:)

    p/s : perut amad bocor!! akak pun lapo~..siapa nak masak ni kalau kita lapar?(^_-)Y

    BalasPadam
  8. erm,apa kata kita suruh dudu yang masak...wlpn sedap tu belum pasti,yang pasti lapo tu ilang..hehe

    BalasPadam
  9. To Dr Amad:

    ok boleh. Tapi akak rasa lepas habis semua paper exam baru akak nak makan masakan cik dudu. takut *tut*..hikhik..duha jangan marah na~:P

    BalasPadam
  10. Salam, akak..

    hah, akak mmg suka guna analogy. well, thats what make easy 2 understanding..
    selalu byk soalan2 mcm ni..

    ada sy penah dgr drp ustaz..ke sumber mana lupa huhu..kalau ada sesape tahu tlg ingtkan balik,.

    lebih kurang la macam ni. nnt sesapa ada ayat sempurna dia, tlg lengkapkan eh..
    'Islam tu ibarat air dalam satu tangki yg tinggi.. 4 mazhab tu pula ibarat paip yang menyalurkan air ke kawasan2 yg berbeza..

    jadi semua tu tak salah.. sesuai dengan sifat geografi kawasan tu la..

    wallahua'lam.

    p/s: nk exam isnin ni.. tgh berdebar byk x baca huhu. nk komen pjg2 pun xleh pk dh huhu

    BalasPadam
  11. eh salah.xm hari selasa.

    huhu berdebar smpai tersalah taip. bhya nih huhu

    BalasPadam
  12. psstttttt....

    lagi 1..
    bisa enggak kalo saya mau copy ini punya entry?? huhu..

    BalasPadam
  13. To Nurira:

    Salam. Terima kasih untuk nilai tambahannya. InsyaAllah bagi sesiapa yang tahu boleh ditambah-tambah nilainya di sini. Sila2, ilmu ini datang dari Allah untuk semua hamba-hambaNya

    p/s: Ada komisyen tak?(hehe..nak kumpul dana lah katakan;P)

    BalasPadam
  14. To Nurira:

    Goodluck exam~

    Allahumma najihna fil imtihan(^_^)

    BalasPadam