Jumaat, 29 Mei 2009

Mencantikkan diri memperindah peribadi

Saya melangkah kaki ke cafe Rumah Sakit Hasan Sadikin. Terlihat saya beberapa kakak senior yang agak rapat. Sudah lama rasanya tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab dan amanah.

"Assalamualaikum akak~" saya meleret panjang menegur kumpulan kakak senior yang rancak berbual. Bersalaman sambil berbalas senyuman. Sapaan saya disambut girang oleh kakak-kakak senior.

"Ya Allah, Aimi..Tembamnya pipi..Amboi naik betul badan" tegur kakak tadi sambil tangannya mencubit pipi saya.

"Hah??Saya berisi ke kak??" lagak terperanjat dibuatnya walhal memang tahu.

Sebelum pulang ke Malaysia ada dua perkara yang perlu saya jaga, pertama berat badan saya dan kedua kulit muka saya. Ini kerana mama adalah insan pertama yang akan menegur;

"Nurul Aimi, kenapa naik sangat badan ni. Mama siapkan diet meal untuk kakak sepanjang cuti"

"Kakak, kenapa muka berjerawat ni?Macam kena baja je"

Itulah antara teguran yang biasa saya dengar dari mulut seorang ibu. Ya, mama amat mementingkan ini. Mama sangat hebat dalam berdiet. Berat badan saya pernah dari 52 kg turun ke angka 46kg selama kurang sebulan. Seksanya hanya Allah yang tahu. Muka saya pula hampir setiap malam akan diberikan terapi sehingga hilang jerawat-jerawat tadi.

Ada wanita yang berpendapat, kalau sudah bertudung labuh dan berjubah segala, kecantikan tertutup maka niat untuk memperindah diri sama tertutup rapat. Saya berpandangan sebaliknya.

Kecantikan diri adalah sesuatu KEPUASAN yang perlu kita nikmati dengan cara yang benar.

Pertama, ada yang berpendapat ke salon perawatan muka itu adalah pembaziran lalu dibiar kulit muka yang cantik tiba-tiba bertukar jerawat dan berminyak yang penuh di muka. Tidak perlu selalu ke sana cukuplah berkala. Alasan yang digunakan adalah tak boleh tabarrujj. Jangan salah erti. Kita menjaga kebersihan diri dan juga mempamerkan nilai atau imej BERSIH seorang muslim. Tidak perlu bersolek sehingga warna kulit muka asalnya gelap bertukar menjadi putih melepak sedang dibanding dengan warna kulit tangan adalah sangat jauh bezanya. Rambut juga begitu, mentang-mentang rambut tersorok di sebalik tudung, maka dibiarkan berbau dan kelihatan tidak bermaya. Apa salahnya melakukan perawatan rambut berkala dan juga memberikan sedikit perhatian pada rambut. Bukan niat menunjuk tetapi untuk kebersihan dan kecantikan diri sendiri. Kadang-kala lelaki pun sama. Rambut dibiar panjang dan tidak terurus sungguh menyesakkan mata memandang. Ada pula yang memakai gel rambut sehingga kelihatan basah dan menggelikan. Cukuplah bersederhana. Ini pandangan saya melihat kecantikan rambut dan mungkin boleh diterima begitu juga sebaliknya.

Kedua, ke pusat-pusat fitness. Kalau di Malaysia, sewaktu saya masih sihat dan fizikal mengizinkan saya akan berjogging 3km sehari, riadhah selain dapat memberikan figure tubuh yang menarik ianya juga dapat menjaga kesihatan kita. Jangan dijadikan alasan sebab memakai segalanya 'besar' maka ruang dan kesempatan menjaga bentuk tubuh ditolak ketepi. Kita menjaga bentuk tubuh dari terlihat oleh mereka yang tidak sepatutnya tetapi kita tetap menjaga kepuasan diri. Pernah saya mendengar, ada yang berkata,

"Lagi 3 bulan sebelum nikah baru nak diet"

Mujur sempat, kalau jadi seperti pengantin yang pernah saya lihat. Diet entah ke mana, kurus tidak menjadi, terkoyaklah gaun pengantin yang cantik bermanik putih. Kenapa perlu menunggu saat mahu menikah baru sibuk menjaga ideal tubuh. Alasan apa yang kita gunakan. Alasan manusia? Atau kita menjaga bentuk tubuh dan kesihatan ikhlas kerana Allah SWT?

Ketiga, kerana terlalu anti kepada minyak wangi maka dibiarkan 'semerbak' bau badan seakan bau bawang di dapur. Ya Allah, sungguh saya antara yang paling lemah saat terhidu bau ini baik dari lelaki mahupun perempuan. Jangan jadikan alasan tidak boleh mamakai wangi-wangian maka kita membiarkan bau badan 'seenaknya' dihidu oleh orang ramai. Apa salahnya mengambil alternatif memakai deodorant dan sedikit minyak wangi. Jangan sampai minyak wangi dipakai dengan menyembur sebotol terus ke pakaian. Ini juga merupakan kesalahan di mana cara pemakaian yang benar minyak wangi adalah menyembur ke udara dan kita bergerak ke arah semburan tadi. Jadi bau yang melekat cukup sederhana yang mampu menutup bau badan.

"Muka sahaja cantik, bau badan ya Allah, tuhan sahaja yang tahu"

Dialog ini pernah terlafaz dari seorang lelaki saat ada wanita melintas di depannya. Sepatutnya wanita tadi yang malu tetapi saya yang berada di sisi lelaki tersebut yang malu.


Keempat, berfesyen. Tidak perlu seminggu sekali mencari pakaian baru. Itu pembaziran tetapi sewaktu menyebut berfesyen maka tergantung kepada kreativiti kita sebagai muslimah yang mencorakkan imej kita sendiri. Berfesyen bukan bererti harus kelihatan mewah tetapi cukup sederhana dan menarik. Contohnya, memakai tudung menutup dada, maka buatlah lipatan berbentuk kipas di salah satu selingan tudung. Terlihat berbeza dan menarik ataupun memakai brooch yang cantik dan besar serta di selitkan di untaian tudung. Seandainya anda memiliki wajah berbentuk bulat, maka lipatan tepi tudung tidak perlu terlalu dalam kerana ini akan menampakkan wajah lebih BULAT dari bulat asalnya wajah manakala wajah yang berbentuk bujur lipatan tepi tudung dibuat sedikit ke dalam ini bagi mengelakkan wajah terlihat lebih BUJUR dari bujur asalnya. [Kalau tidak faham, sila ke mana-mana seminar kecantikan:)]

Pesan 1 : Rindunya menemani ayah bermain golf sambil memberi satu dua shot pukulan menarik

Pesan 2 : Kecantikan kita sebagai MUSLIMAH bukan murah untuk dipamerkan ke khalayak ramai sebaliknya kepada si dia yang istimewa setelah akad nikah dan juga semua muhrim kita.

Pesan 3 : Insan yang banyak mengajar saya erti KECANTIKAN sebelum nikah dan setelah menikah adalah MAMA. Mama sangat mengambil berat perihal kecantikan anak-anak perempuannya dan tidak pernah sekalipun mama muak menegur kami anak-anaknya.

Pesan 4 : ISLAM itu INDAH tetapi jangan sampai 'KEJELIKAN' kita menconteng KEINDAHAN ISLAM

Wallahualam:)

12 ulasan:

  1. Article nikah lagi...aish2...mama nak tau x asal kak aimi ni gemuk dan banyak jerawat...gemuk tu pasal hati epi,al maklum la kan..hehe. Tang jerawat tu,jerawat gatai...hahaha..lari2...ampun2

    BalasPadam
  2. To Dr Amad:

    First of all : AMAD SENGET!!

    Ini yang payah kalau orang hanya nampak perkataan NIKAH sahaja. Cuba baca keseluruhan entry kan masukan tentang KEBERSIHAN dan pembetulan MENTALITI sesetengah orang supaya KEBERSIHAN & KECANTIKAN dijaga sebelum mahupun selepas menikah.

    p/s : akk dah bagitau mak akk..siap lah~;P ..byk ampun2..geram akk..siap lah amad..kena lah nanti:P

    BalasPadam
  3. wah..artikal yg bagus...

    wanita sinonim dgn cantik..
    lebih molek kalo cantik tu kena tmpt dia kan..
    huh ni tidak nk g kedai runcit dpn umah pun make up tebal tiga inci..huhuhu

    Islam sungguh rapi..
    menganjur umat agar sentiasa bersih,cantik,wangi spy senang nk buat ibadah,org sekeliling pun suka..kan

    "innallaha jamilun yuhibbul jamal"

    p/s:akak saya teringin nk blaja n na pakai tudung lilit2 tu..tp segan..haha:)

    BalasPadam
  4. To munira edogawa:

    Syukron ukhti. Alamak ada sampai macam sekali ke?Siapalah yang si punya badan nak tunjuk ke dapat murah belanja kat kedai runcit tu kalau pakai make up tebal?hihi~

    Benar, sangat tepat pandangan muniri

    p/s : nak malu kenapanya?ilmu yang patut dimalukan adalah ilmu yang tiada manfaat apabila dipelajari tetapi kan ini imej Islam..buleh2 insyaAllah..kita buat program akhawat "MUSLIMAH ISLAM BEKERJAYA, BERJAYA dan BERFESYEN"

    pengisian program boleh dimasukkan sekali;
    1. Sudut pandang Islam tentang WANITA dan KECANTIKAN
    2. Undang-undang yang mengakkan hak WANITA (ini penting, kadang-kadang sibuk nak menikah tapi bila sesetengah na'udzhubillah bercerai, terus hilang arah punca tidak tahu arah mana nak dituju sedang Islam itu sudah cantik susunannya)
    3. Slot make up + fesyen (^_^)Y

    muniri, apa lagi, akak dah bagi masukan, awak jadi pengarah program~

    BalasPadam
  5. Dr Amad,habeslah kita..3km sehari tu.6x round padang unpad pun pancit..
    Ajak turun futsal pun berkepuk2 alasan timbul.Haha...

    Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah..

    Sayang sekali ,kalau emas yang bernilai dibungkus dengan kertas surat khabar lama,bekas bungkusan ikan ;-)

    BalasPadam
  6. wanita mmg cantik..

    ngee~

    mak mmg sume same kot..slalu jgak kene tegur ngn ummi..before dtg sni, kat umah tinggal duha n adek2 pmpuan 2 org..lagi laa ktrg kene bebel slalu..jage itu..jaga ini..hehhe..

    best artikel..hehe

    cantik sblm nikah n selepas nikah..cantik sume aspek iA :)

    p/s:jgn ade sesape ckp saya budak kcik..sbb sy dah besar~

    BalasPadam
  7. To Max:

    Saya tak pernah cuba lari dekat padang UNPAD. Berapa meter satu pusingan?ramai sangat orang yang jadi penonton, so kurang selesa berlari dekat situ.

    Apa nak jadi ini??

    Kita kena sediakan physical fitness untuk ahli-ahli Iman..hihi..yang kena di concentrate tu 'ahli pasukan menyakat'

    sungguh ironi analogi anda..hihi..can not go sampai pakai surat khabar bekas bungkus ikan..geli hati baca..neway thanks untuk masukannya:)

    BalasPadam
  8. To Duha:

    Betul tu..wanita memang cantik..erti cantik itu luas, dan ada yang memandang duha cantik dan ada yang memandang akak lagi cantik dari duha, itu kira perspektif setip insan. Kita tidak boleh menyangkalkan erti cantik yang ditafsirkan orang
    (duha jangan marah na~ini contoh je:P:P)

    ada juga yang malu bercakap isu fesyen dan kecantikan sewaktu isu politik, dakwah, jemaah dibuka semasa bicara halaqah bermula. Salahkah??Sekarang lebih penting dan sangat ESSENTIAL kita menjaga imej kita kerana ISLAM sering dikaitkan dengan imej2 negatif.

    Tidak cukup dengan akhlaq, peribadi dan penampilan itu juga penting. Kita tahu erti SEDERHANA itu apa, maka berpadalah.

    Janganlah sampai pakai lipstick merah menyala macam sambutan tahun baru cina, cukup pakai lipbam yang shine glossy dan natural colour. Nampaklah keremajaan sikit kan?

    Huh~Fuh~penat taip..neway akk sokong slogan duha, cantik sebellum dan selepas menikah, cantik dari segala aspek:)

    BalasPadam
  9. saya sokong anda kak aimi..namun..yg tak sokong satu part jah..

    yang "ada yang memandang akak lebih cantik dari duha"..ehem2..isu sensitip :p

    ahaha..tape2..sy tau kecantikan sy melebihi kak aimi..tapi saya diam jela..tak btau sape2..ok? heheh..

    p/s:nk pkai lipstik merah buleh? pegi FK..hehe..jgn wat2 tak knal duha nnt taww~

    p/s: ajarlah sy jd cntik spt anda..dlm dan luar iA :)

    BalasPadam
  10. To Duha:

    Haha..akak dah agak dah..mesti duha balas punya..takdelah..kecantikan itu subjektif, kalau orang sibuk kata kita tak cantik, itu pentingnya kita memberi kepuasan pada diri..lantak orang nak kata apa, tapi kita dah berikan yang terbaik pada diri dengan matlamat dan cara yang benar.

    p/s: pakailah duha..tapi kalau dah pakai jangan tegur akk tau..akk tak kenal..konfem tak kenal:P:P

    alhamdulillah~kita wat seminar..ngehehe:)

    BalasPadam
  11. salam..
    teringat pesan mak kat sy, akak n adik2;
    "mak nak anak2 mak berjaya dan bergaya"
    hehe~

    ;)

    BalasPadam
  12. To nimy:

    Salam..hihi..tepat sekali nasihat mak nimy~
    jom kita jadi muslimah berjaya dunia dan akhirat + bergaya~

    BalasPadam