Setelah selesai Peperiksaan Tropical Medicine, saya menaiki angkot(angkutan perkotaan), kenderaan seakan-akan van yang berfungsi seperti bas mini di Malaysia untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan terlihat saya, seorang pakcik lingkungan usia 50an duduk berhadapan saya. Pakcik tadi melemparkan senyuman dan saya membalasnya.
Sewaktu menunggu penumpang lain, saya melemparkan pandangan keluar. Memikirkan segala perancangan yang harus diselesaikan sebelum pulang ke tanah air Julai nanti. InsyaAllah. Sedang asyik 'berangan', saya terhidu bau asap rokok yang benar-benar menyesakkan nafas.
Kalau dulu, saya TIDAK SUKA bau asap rokok, tetapi kini (sejak tahun pertama di Bandung), saya TIDAK SUKA dan TIDAK BOLEH bau asap rokok dan segala jenis asap seperti asap sampah dan asap kenderaan. Mulalah tanda-tanda allergi timbul. Saya mulai batuk tidak henti-henti. Keringat dingin berjurai. Tangan dan kaki pun mulai sejuk kerana saya tidak sempat untuk bernafas disebabkan batuk yang berterusan. Ubat pula tertinggal di rumah.
Saya memandang gerangan siapa yang 'bertuah' merokok tadi. Rupa-rupanya pakcik yang melemparkan senyuman saat saya masuk ke dalam angkot. Saya memberi tanda-tanda kurang selesa dengan menutup hidung dan mulut menggunakan tudung. Namun, sia-sia belaka. Pakcik tadi dengan sengaja menghembuskan asap-asap rokok terus ke muka saya. Batuk jangan cakap semakin kuat dan cepat. Saya geram, saya memandang terus wajah orang tua tadi dan menjelingnya.
Penumpang lain yang turut melihat situasi tersebut mula bersuara,
"Jangan biadab dong.." tegur seorang wanita separuh usia.
Pakcik tadi dengan muka tanpa sekelumit rasa bersalah, membuang puntung rokok yang masih bersisa keluar tingkap dan mulai memberikan kuntuman senyuman kepada saya.
"Ya Allah, apa jenis manusialah yang ada di hadapan aku ini?" sungguh bisik hati saya tidak mengerti. Masih mampu tersenyum walaupun sedar tindakannya sangat menyakitkan hati.
Teringat adik saudara saya, Syasya Nur Qistina atau lebih mesra dipanggil Baby berusia 3 tahun yang 'menegur' ayahnya yang merokok,
"Abah, jangan rokok. Nanti abah mati, baby takde abah lagi. Nanti baby cari abah baru, abah nak?" sungguh ikhlas kata-kata yang meluncur dari anak berusia 3 tahun ini walaupun pelatnya masih terdengar. Saya meraikan kata-kata baby dengan senyuman yang melebar.
Pesan 1: (2: 195), terjemahannya
“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan” Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu dan merokok termasuk mengeheret diri kepada kebinasaan.
Pesan 2:
"Tidak boleh menimbulkan bahaya dan juga tidak oleh membahayakan orang lain” HR Ibnu Majah.
Pesan 3: Kepada kaum Hawa, anda boleh gunakan ayat adik saudara saya untuk menyergah bakal suami anda yang merokok dengan mengutarakan soalan ini;
"You, kalau you merokok nanti you mati cepat. Tinggal I sorang. Nanti I kahwin dengan orang lain you nak?Tapi sebelum you mati, you tinggalkanlah harta atas nama I, ada faedah dan jasa you" (Baik tak cadangan saya ni?;P)
Merokok membahayakan kesihatan...
BalasPadamSetelah lama berpk,lebih baik beli nasik padang dari beli rokok,lagi kenyang..
P/s:
mujur la dah lama bertaubat dari rokok.Alhamdulillah ;-)
To Max:
BalasPadamBagus, makan banyak lagi menguntungkan dari rokok yang penuh mudharatnya kalau dinisbahkan untungnya.
p/s: Nasib baik. Alhamdulillah;D
Huhu...nasib baik saya dah stop merokok setahun dlu...haha.Amad muka perokok? ciskek!!!
BalasPadamGapo,meh kita merokok belakang asrama...cewah ala2 sekolah dlu je...
To Dr Amad:
BalasPadamEh yeke??
Alhamdulillah, Allah menyayangi hambaNya;)
p/s: Jangan nak ajak orang buat tak senonoh..pakat ramai-ramai pulak:P
Alhamdulillah dah benti merokok sejak sminggu lalu..ahahhaha..sume nak Alhamdulillah..saya pun nak juga~ :p
BalasPadam(kalau abah bace komen nih mesti ade yg mati kne pancung..ahahhaha)
erm..kak aimi, saya pasti akan amalkan pesanan nombor tiga tuh :D ngee~
dah ade contoh live dah..my mom dulu2 b4 die kawen..hehhe..cume ayatnya sedikit berbeza..matlamatnye same..Alhamdulillah ayat tu berjaya mmbuatkan bakal suaminye stop trus :) romantikus..lalla~
kata2 bermakna dr adik kecil berumur 3 taun :)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam Kelembutan...
BalasPadam" Ha..you nak nikah dengan orang lain? Nikah la...I tak heran" sambil menghirup kopi radix. Segar.
"oh ye..harta2 nanti bahagi ikut faraid ye. Biar senang nanti bahagi2 dengan madu2 you yg lain "
Heee...jgn mara aa...
salam aimi, baik skali cadangan kmu...huhu
BalasPadamsokong abu huzaifah!! hidup! hahaha...
BalasPadamVote for Abu Huzaifah!!! OOO suke suki nak nikah dgn lelaki lain,nak harta...nak sgt,pi la bagi2 dgn madu2 lain...wahahaha
BalasPadamAbu Huzaifah,u are my hero....
Jom merokok...ahaks
madu??? ingat ramai sgt nak kat hangpa?? ni sume stok2 perasan nih..
BalasPadamMantap la Along Momo..
BalasPadamSetuju2...
Disebabkan kami adalah lelaki2 yang bersifat adil,terbukti disebabkan kami menjaga kebajikan kaum hawa dengan poligami..
Dan adalah amat diharapkan,madu2 semua mampu hidup dengan aman damai...
Sekian ;-P
Dudu...ingat hangpa,hangpa,hangpa ni nak sgt ke hangpa sorg?owh plzzzzzz...
BalasPadamMadu2...jom pi makan kat jatos.byr sndiri..hahaha
To Duha:
BalasPadamBiar betik budak ni pun join sama??ish3..akk bagitau abah awak..hehe;P
p/s: kaum adam ni sangat lah suka madu, bermadu, dan dimadu..akk buat part nikah, diorng masuk part madu..adeh~
thank you utk peringatan kepada mereka;P
To Abu Huzaifah:
BalasPadamSalam kesopanan,
ada ke patut dia sediakan skema jawapan untuk pesan 3 tu..haish..cuba abu huzaifah (mohsein senget) tgk, dah budak-budak bawah umur macam amad ikut..dia tu tak tau apa..hingus pun lap kat baju lagi;P
p/s: madu???!!senyum tapi dalam hati(argh tidak rela)
To Siva:
BalasPadamyes..gimme 20 (plus kaki;P)
To dr amad:
BalasPadamalala budak kecik ini..hingus pun lap kat baju lagi..dah2 gi main kereta mainan tu..budak kecik tak payah nak main2 madu ini;P
To dr radzi:
BalasPadamaik??kamu pun sama??huh~
To Max @ Gapo:
BalasPadamJangan nak mengada!!
p/s:owh plizzz;P~~madu2??
To MOHSEIN, AMAD, RADZI, ZULFAHMI:
BalasPadamBlog saya bukan tempat mencari madu, atau dimadukan atau bermadu;D
p/s 1: korang kalau part NIKAH n NIKAHs ini memang sah terbukti sangat HYPERACTIVE..
kalau punya impian untuk mempunyai lebih seorang isteri, bukan sahaja ilmu bahkan hati mereka. sgt penting..
p/s 2: SENSITIF sungguh part madu ni(T_T)
Salam kemanisan madu...
BalasPadamLelaki dikurniakan hati yang penuh kasih sayang..
Umpama seorang ibu,setiap kali dikurniakan anak,anak yang lama pasti,tetap,terus selamanya disayangi,dicintai...
Tiada istilah kasih dirampas...
Fitrah seorang lelaki kurniaan Ilahi ;-)
p/s:
tapi kan,susah la nak bermadu2 nih.Mak mesti xbagi punye.Lagipon hati ni setia.Cewaah.....
bdw,AMAD,RADZI,MOHSEIN DAN ZULFAHMI,bukan sekadar aktif di sini.Di mana2 pon mereka aktif.Huhuu...
Owh plizzzz!! ;-P
To Max:
BalasPadamSalam kemanisan GULA~
Wanita lebih berganda kasih dan sayangnya
Kamu jiwang..saya tak faham;P
p/s: bagus2..sebab tu saya gunakan word HYPERACTIVE which means anda semua memang aktif dalam segala aktiviti berfaedah dan anda semua SGT AKTIF kalau bab NIKAH
semoga keaktifan anda semua dalam aktiviti bermanfaat lagi berfaedah kepada semua dapat ditempiaskan kepada semua sahabat yang sedang asyik di dalam zon nyaman. ameen;D
mr max ini memang suka tiru ayat orang;P
kak,madu tu manis x? tu je soalan setakat ni..hehe
BalasPadamTo Dr Amad:
BalasPadamMadu itu manis ya akhi ahmad, tetapi bermadu wallahualam..tidak boleh dijawab.. Nikah pun belum lagi:D
Owh,manis ye..pd ehem2 alhamdulillah kak aimi bg green light ye..hahaha.lariiiiii..
BalasPadamTo Dr Amad:
BalasPadamJangan nak memanipulasi ayat akak..
pd ehem2??Apakah??
p/s: jaga amad, mmg kena..siap amad!;P