Ahad, 17 Mei 2009

"Kamu tidak reti(faham) bahasa?"

Ada yang berkata,

"Kak Aimi, ayat blog jiwang~" sambil nada mengenakan saya.

"Aimi, mu ni ayat sokmo gitu lah" kawan yang lain menyakat.

"Kak Aimi, ayat-ayat Kak Aimi syahdu sangat" yang ini saya rasa niat dia ikhlas 'memuji'

Apa-apapun pandangan sahabat-sahabat dan keluarga, itu tidak pernah mematahkan semangat saya kerana bagi saya, kita harus mengingatkan kembali NIAT sebenar melakukan sesuatu perkara serta JERIT-PERIH perjuangan. Sebelum saya mampu menulis, saya mempunyai satu kenangan, yang mana saya 'agak benci' pengalaman ini. Namun, ianya mengajar saya untuk terus belajar tanpa mengenal erti jemu.

Cuma tinggal beberapa hari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR Setara Negeri Melaka 2001. Hati saya mulai berdebar. Syukur para guru bijak memilih kata menenangkan hati. Asyik membaca buku rujukan Sains di kelas, Puan Fatimah Said, guru Bahasa Melayu memasuki kelas menggantikan Encik Harun, guru Sains yang sudahpun melangkah keluar dari kelas.

"Assalamualaikum semua" Puan Fatimah memulakan bicara dengan ucapan murni seorang muslim.

"Wa'alaikumussalam cikgu" kami pula menjawab dengan penuh syahdu (upin ipin mode)

Setelah Puan Fatimah mengajar dalam 30 minit, dia mulai duduk berehat mengemukakan soalan kepada kami. Semua senyap sunyi tiada kata. Mungkin sangat faham dengan apa yang diajar sehingga tiada soalan atau sangat tidak faham sehingga tiada soalan yang boleh ditanya.

Tiba-tiba, Puan Fatimah bersuara;

"Aimi, saya nak ujian Bahasa Melayu yang akan datang ini kamu pilih karangan berbentuk cerpen, jangan buat karangan fakta. Sejak tingkatan 1 sampailah sekarang asyik buat karangan fakta. Bila hendak menimba ilmu kalau tidak sewaktu di sekolah?" sergah Puan Fatimah.

"Baik insyaAllah saya cuba. Tapi cikgu, saya tidak pandai" saya membalas dengan nada agak terkejut.

"Cuba" jawab ringkas Puan Fatimah.

Hari yang dinanti telah tiba. Saya membuka lembaran soalan Bahasa Melayu, melihat ada pilihan soalan karangan fakta yang berkisarkan Sains manakala satu lagi soalan karangan, sila sudahi karangan anda dengan ayat ini ".................sehinggalah suatu saat, aku menginsafi segalanya". Disebabkan Puan Fatimah telah mengamanahkan saya menjawab soalan karangan cerpen maka berpeluhlah saya menjawab dan mereka serta menipu kisah untuk dimuatkan ke dalam lembar jawapan.

Dua minggu berlalu, keputusan satu persatu keluar. Bagi saya peperiksaan ini sangat penting untuk menyelitkan diri antara 20 pelajar terbaik supaya permohonan untuk kemana-mana sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab rendah sains Mara (MRSM) mudah.

"Bagus semua. Cikgu nampak ada di antara kamu yang boleh duduk PMR sekarang juga dan ada di antara kamu yang kecundang. Jatuh menjunam" Puan Fatimah mula membuka bicara. Hati saya mulai berdebar. Peluh gigil berjurai. Nama setiap pelajar di dalam kelas di sebut satu-persatu sambil disebut markahnya sekali. Saya pelajar terakhir disebut.

"Nurul Aimi, lepas ini jangan buat karangan cerpen" ringkas tanpa menyebut markah. Saya datang ke tempat duduk Puan Fatimah di depan kelas dan mengambil keputusan saya.

"Itupun saya bagi markah kesian sebab saya fikir awak bukan pelajar biasa, awak pelajar cemerlang. Kalau ikut hati, memang saya tidak bagi markah macam itu. Jumpa saya waktu rehat nanti" tegas Puan Fatimah berbicara.

Saya senyap dan lantas saya menangis. Pertama kali dalam hidup saya, saya mendapat nilai B untuk Bahasa Melayu. Kecewa bukan kepalang. 65% bukanlah angka yang boleh dibanggakan sebagai insan yang lahir dalam keluarga Melayu dan berbahasa Melayu. Saya meronyokkan kertas dan dimasukkan ke dalam beg. Saya meneruskan tangis walaupun Puan Fatimah telah mulai mengajar.

"Aimi, saya tahu dalam hati mungkin awak benci saya. Mungkin awak benci sebab saya lah markah awak jadi macam ini. Tapi cuba awak bayangkan kedudukan awak ditempat saya. Saya mengajar berbuih mulut cara penulisan karangan cerpen yang menarik tapi ini hasilnya?. Saya sangat kecewa" ringkas penjelasan Puan Fatimah. Namun yang ringkas inilah yang benar-benar menusuk hati. Saya tidak MENGHARGAI usaha Puan Fatimah. Ilmu telah diberi. Namun, hasilnya tidak menjadi. Saya menyalam Puan Fatimah sambil memohon maaf yang tidak terhingga. Disambut dengan erat pelukan dari seorang pendidik.

"Lopeh ni, ekau jangan mengado mengarang toruih. Eden baco goli goloman. Togak bulu ghome baca ekau punyo karangan. Buek karangan fakta sudah" Puan Fatimah mula menggunakan loghat Melaka dalam berbicara cuba berseloroh. Saya menyengih malu.

Keputusan 10 pelajar terbaik PMR diumumkan di perhimpunan pagi. Penghargaan diberi oleh Tuan Pengetua. Satu persatu nama disebut dari nilai A adalah 5 sehingga yang terbanyak.

"Baik, kita panggil 3 orang pelajar terbaik ke hadapan supaya anda semua boleh lihat inilah wajah-wajah pelajar cemerlang yang akan mengharumkan nama sekolah" pinta Tuan pengetua

"Kedudukan ketiga dengan jumlah 6A, 2B Khairunnisa"

"Kedua, Nurul Aimi, 7A, 2B"

"Pertama, (ini kawan Cina. Saya sudah lupa namanya. Ampun), 7A, 1B"

Terasa hambar tidak seceria sahabat lain kerana kekesalan yang menggunung tinggi melangkah lemah ke hadapan menerima anugerah. Bersyukur sudah pasti tetapi kekecewaan yang jelas lagi nyata kerana saya telah mengecewakan guru-guru tidak dapat ditutup hanya dengan anugerah yang mampu menggahkan nama di kalangan pelajar lain.

Ustazah Jamilah, Guru Bahasa Arab menegur saya setelah perhimpunan pagi;

"Alhamdulillah, tahniah Nurul. Apa yang B selain dari Bahasa Arab?" tanya Ustazah

"Bahasa Melayu dan Bahasa Arab" jawab saya ringkas, sungguh saya malu.

"Kenapa lughah(bahasa) B?Kamu ini tidak gheti(faham) bahasa mungkin" sambil dengan nada bergurau, ustazah menarik saya ke dalam dakapannya dan menyentuh kepala saya. Mungkin setelah melihat airmata saya bergenang kecewa.

"Kami semua para guru tahu betapa kamu kecewa dengan pencapaian kamu. Perkara ini sudah kami bicarakan di bilik guru. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kamu. Bukan hanya untuk PMR sahaja tetapi untuk sampai bila-bila" saya masih mengingati kata-kata ustazah sehingga hari ini.

Alhamdulillah nilai PMR sebenar menunjukkan deretan nilai A mengganti nilai B yang ada. Syukur untuk doanya. Mereka guru dan mereka juga sahabat. Sehari sebelum saya ke sekolah baru, guru-guru kelas saya datang singgah ke rumah. Bergurau senda sambil nasihat tidak jemu diberikan.

Pesan 1: Pengorbanan mereka akan sentiasa ku balas dengan doa buat ketenangan dan kebahagiaanmu guru-guru dunia dan akhirat.

Pesan 2: Sejak dari saat itu, saya tidak jemu menulis dan belajar menulis. Hatta kini andai saya pulang ke Malaysia, saat saya singgah ke rumah atau ke sekolah tempat cikgu mengajar maka akan saya minta beliau melihat karangan saya sambil memberikan pandangan.

Pesan 3: Guru adalah Pendidik Minda, Penenang Jiwa, Sahabat Suka dan Duka. Untukmu guru, kejayaankku hari ini adalah dengan izinNya berkat dari setiap titis peluhmu berkorban.

Pesan 4: Buat semua yang pernah mengajar saya, hatta satu perkataan, insyaAllah dengan rasa rendah hati saya mengucapkan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa kalian.

22 ulasan:

  1. Kak Aimi,ayat-ayat dalam blog syahdu dan jiwang,sokmo gitulah.Hehe...

    Buatlah air limau yang sedap,dari limau nipis yang masam mencuka ;-)

    BalasPadam
  2. To Ahmad Zulfahmi:

    Sungguh kamu yang berkata itu lagi BERIBU-RIBU kali jiwang;P

    Timo kaseh untuk nilai tambahannya;)

    BalasPadam
  3. uit.. ni mase bile nih.. nape nama sy tak diumumkan mase kat perhimpunan tu.. rasenye cam ade.. lolx :P

    Aiman

    *yg cina tu nama dia Tee May Ying kot

    BalasPadam
  4. To Anonim a.k.a Aiman:

    Thank you~

    I'm not sure whether I left out your name, but am pretty sure there's only 3 of us for top 3;P

    You are included in top 10 right?
    (I'm not remember actually coz the result doesn't make me happy at all..tapi bersyukur alhamdulillah)

    BalasPadam
  5. Ha..gi dapur wat air limau...dok jiwang2 plak. hahaha.( komen ngak nyambung )

    BalasPadam
  6. haha... sy masuk list top 100 le... kehkehkeh..
    em... tulisan kamu bagus dan mudah untuk di fahami..cerita menarik, tak bosan di baca walaopon panjang2 belaka.. (=

    Aiman

    BalasPadam
  7. To Mohsein:

    Err??Suka macam tu..takde kaitan ye;P

    BalasPadam
  8. To Aiman:

    Ooppssie~ thank you, alhamdulillah;)

    BalasPadam
  9. saya mmg tade chemistry ngn lughah..

    esp bahasa melayu..

    adoi~ kenape ye?

    heheh..

    BalasPadam
  10. To Duha:

    Itu maksudnya anda memang tidak gheti bahasa..hehehe;D

    Rawatannya adalah ROTAN (siapa nak join??)~

    BalasPadam
  11. Kak,saya ada kenal pakcik yang jual rotan yang besar-besar.Nak no dia x?hehe..rotan je dak kecik ni

    BalasPadam
  12. To Dr Amad:

    Hehe..
    Kenapalah akk boleh agak awak orang pertama yang akan join untuk 'merotan';)

    p/s: buley2 juga. lepas 'rotan' miss duha, akk simpan untuk 'rotan' amad, next semester..untuk thesis kan?kan?;P

    BalasPadam
  13. amad memang...
    lagi pulak nak rotan dudu,besemangat die...
    saya je baek. saya tak nak rotan,nak gelakkan je,boleh tak? (cian2...) muahaha...=p

    BalasPadam
  14. To drrazi:

    Sila-sila..kalau gelakkan tidak mengapa sama sekali. No harm to anyone..hihi;D

    BalasPadam
  15. salam...aimi...alhamdulillah dh abis exam blok hematologi & onkologi...skrg blok reproduksi...

    pekabar sayang? moga sehat sll...

    lepas PMR, akhirnye kita berjumpa di sekolah "..." hehehhe...xrapat sgt pon dgn aimi time sekolah...huhuhuhu...skrg baru kenAL rapat...hehehehe...

    salam ukhwah...bertemu n berpisah kerana Allah...

    BalasPadam
  16. To Qamar:

    Salam ukhti habibati. Alhamdulillah. Orang tu dah habis exam dah. Kita kat sini baru nak mula exam. Doakan ye.

    p/s: Miss qamar femes habis dulu time sekolah..basketballer lah katakan..setakat senyum masa selisih ngan qamar time korang de praktis depan DS je..yg kita ni baru bangun terkulat2 nak breakfast pegi kelas..qamar2..ada soalan cepu mas..banyak to'ing tak dulu??(hehe..gelak jahat;P)

    BalasPadam
  17. salam...gelak jahat ek?
    erm...to'ing???apakah???
    hahahhahha...buat2 tak paham...
    xde la byk...dua je kot...kuikui...
    xde femes mane pon...
    low profile la...huhuhu..
    awak berkenan nk apply jd to'ing sy ke dlu? awat tak habaq...(hihihi...gelak nakal)

    selamat ujian sayang...nanti akn face ujian lg 4 minggu...sll mendoakn...insyaAllah...
    esk nk g Anyer...doakn spy sy slmt...

    BalasPadam
  18. To Qamar:

    Salam..hehehe(sekrang tgh gelak sopan)

    Ececeh..dua je??melayan gak eh..ingat macho2 tak layan;P <--- ayat kontroversi abes

    jadi to'ing you??I x rela....:P

    thank you dear:)

    hati-hati meronggeng tu..jg diri baik-baik..
    insyaAllah akan didoakan selalu

    BalasPadam
  19. ceh..tanpa disedari saya dikutuk di sini..sape brani nk rotan?? meh laa~ saya ada back up banyak..

    p/s:kak aimi jgn amek no tepon dr abg amad tu, nnt die bg no tepon pembekal botol susu..bukan leh caye sgt tu..(mmg da boleh agak die org ptame nk join sbb die mmg suke pekene org..tape..ade ubi ade batas, ade hari, siaple...saye balas!! )

    p/s:anak mak aka abg radzi nk kne rotan skali?? lalla~

    BalasPadam
  20. To Duha:

    hihi..alhamdulillah nasib baik sempat sedar:)

    p/s: klako la..buleh salah bagi no hp..jauh sungguh beza yang penjual botol susu dengan rotan:)

    BalasPadam