Khamis, 7 Mei 2009

Saya masih tertipu!

"Aimi, nanti pukul 9pagi teman saya pergi Kolam Renang Cikuda ya" pinta Wani, housemate saya.

"Ok, insyaAllah. Nak buat apa?" tanya saya yang agak kehairanan.

"Nak tempah tempat. Ada nak buat majlis perpisahan dengan ahli persatuan K" jelas Wani tanpa sekelumit riak wajah yang menunjukkan tanda keraguan.

"Ok, tapi kita singgah makan dekat mana-mana dulu eh. Saya lapar. Saya nak makan nasi" jawab saya sambil menyengih memandang Wani.

Sedang saya asyik menghadap komputer riba,

"Aimi, sorry eh. Kitorang tak boleh nak temankan awak on your birthday. Kitorang nak pergi FK untuk siapkan skripsi and cari bahan rujukan untuk skripsi" jelas Shahida dan Izzatul, mereka juga adalah housemate saya.

Sedih juga di hati. Saya hanya perlukan insan-insan yang rapat untuk berada di sisi saya di hari istimewa dan tidak lebih dari itu. Tapi segala sesuatu bukanlah seperti yang kita rancang. Saya hanya memerhatikan kelibat dua orang housemate saya berlalu pergi. Saya menyambung kembali kerja di hadapan komputer riba.

Tepat jam 8.50 pagi saya sudah pun bersiap. Kami menunggu sekitar jam 9.00 pagi barulah keluar dari rumah. Singgah di salah sebuah rumah makan Padang, saya mengisi perut manakala Wani hanya melihat saya makan.

"Kenapa tak nak makan Wani?" tanya saya.

"Saya tak biasa makan nasi pagi-pagi" jawab Wani. Saya memandang dengan penuh kehairanan. Maklumlah sudah 4 tahun kami saling mengenali dan 3 tahun kami menjadi housemate, masakan makan pagi Wani tidak biasa. Namun, disebabkan kelaparan yang menyerang saya abaikan semua itu dan meneruskan makan.

Kami menaiki ojeg menuju ke Kolam Renang Cikuda. Sampainya saja di kolam renang tersebut, saya melihat sekitar kolam renang. Dalam hati berkata saya berbisik,

"Subhanallah, best nya!. Kalau dapat mandi ni pun best"

Wani sedang sibuk di kaunter dengan urusan "urus niaga" mereka manakala saya asyik melihat pemandangan kolam dan sekitarnya. Tiba-tiba,

"SURPRISE!!!" jeritan dari sahabat yang sangat saya kenali suaranya dari arah samping. Saya lantas mengalih pandangan. Saya lihat Shahida dan Izzatul yang tadinya memberitahu "mereka ke Fakulti". Kemudian, di sahut pula oleh jeritan dari arah pagar pintu masuk kolam renang, "SURPRISE!!". Saya lihat sahabat-sahabat lain serta adik-adik junior turut serta dalam majlis "surprise" tersebut.

Terkedu diam. Hanya mampu melafazkan,

"Argghh. Saya kena tipu~~" disahut dengan gelak ketawa riang semua yang ada.

Kawan-kawan tadinya yang "baik-baik" belaka, segera mendukung saya untuk dicampakkan ke dalam kolam renang.

"Korang, saya tak bawa baju salin ni" konon saya merayu menagih simpati.

"Jangan risau kitorang dah bawakkan semua baju awak" balas mereka.

Tanpa belas dan kasihan mereka mencampakkan saya ke dalam kolam renang. Ya Allah kenangan dilempar yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila insyaAllah. Basah kuyup jadinya.

Setelah sesi lempar-melempar, kami makan Nasi Goreng Kampung dan juga Roti Canai yang ditraktir(dibelanja) oleh sahabat-sahabat yang ada. Terharu sangat-sangat.

Menghabiskan pagi kami di kolam renang dengan bermain polo air, menunjukkan aksi-aksi renang yang pelbagai (walaupan ada sesetengah aksi tersebut buruk mata memandang:P), bergurau senda dan juga melakar cerita mengimbas peristiwa-peritiwa sebelum kejadian "surprise" terjadi.

Kami pulang ke rumah jam 1 petang. Penat "menelan air kolam", saya berjalan pulang bersama sahabat-sahabat yang lain dengan satu rasa, SYUKUR dengan NIKMAT UKHUWWAH. Melihat wajah sahabat-sahabat yang kelelahan hanya satu yang terlintas difikiran, "Ya Allah, Kau jadikan mereka penghuni syurgaMU". Bukan hanya kerana sambutan "surprise" hari ini tetapi kerana mereka berada di sisi saya berkongsi suka dan duka sehinggalah ke hari ini.

Pesan 1 : Ya Allah, Kau jadikan sahabat-sahabatku hamba yang Engkau kasihi dan terimalah mereka sebagai ahli syurgaMU.

Pesan 2 : Buat teman-teman serumah, Wani, Shahida, Izzatul dan buat sahabat Aida, Natasha, Mimi, Bad, Nimy, Ije, Nazurah dan semua yang telah mengantar khidmat pesanan ringkas (sms) meraikan hari kelahiran saya, terima kasih yang tidak terhingga kerana menghargai diri ini (terharu mode T_T).

Pesan 3 : Buat mama and babah, thank you for sang me the song. Really appreaciate it and I Love both of you so much. Semoga kehidupan dunia dan akhirat mama dan babah diberkati Allah SWT.

Pesan 4 : Untuk angah, acik, dan adik. Sayang kamu sangat-sangat. Thanks a lot, semoga menjadi adik-adik yang baik dan anak-anak yang soleh/solehah.

Pesan 5 : Umur sudah meningkat maknanya pintu gerbang kematian semakin dekat. Astaghfirullah (-_-)

20 ulasan:

  1. salam kak aimi...
    Allah selamatkan kamu...2x...
    Allah selamatkn kak aimi...
    Allah selamatkan kamu....
    clap clap clap...!![tepukan gemuruh sambil bunyi bunga api]hehe...

    amboi2..hepi je smua ek..
    mcm best je humban kat aimi dlm kolam..hehe
    rugi gak x gi...
    maaf x join..pening pale..tdo lmbt kot smlm
    apapun..tahniah kpd pelakon2 handalan..
    dan tahniah to k.aimi krn telah ditipu...hik2
    tipuan yg memberi bermakna tu:) xpe..

    smoga dgn prtambahn umur,brtambah iman,brtambah ilmu n amal n brtambah kmatangan dlm mnjalani arus khidupan..
    moga brjaya dunia akhirat...ameen

    p/s:soalan standard besday-- "bila nak kahwin?" hik2...k.aimi jgn nak sorok2 nnt ye. [dgn reaksi muka nakal ;p]

    BalasPadam
  2. salam kak aimi yg masham~.. alia nye fon rosak, xaci x dpt wish! so xnak wish langsung! [ape jenis merajuk pn xtau]

    BalasPadam
  3. besnye..nk baling kak aimi skali patutnye..napelaa ade kelas td '-_-
    hehe..dah wish da kan pg td..tanak wish da..

    takleh banyak2 kali..tak special :p
    lalla~

    moga tenang n gembira snts..dunia n akhirat iA :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kak aimi..
    selamat hari lahir!
    nak wish gak! hehe..
    all da very best..
    moga setiap tindakanmu beroleh keredhaan Allah..=)

    BalasPadam
  5. salam~
    hehe..

    mintak maap laa kakAimi sy pun terpaksa 'menipu'
    ..penin smlm nk jwpn psl kamu duk mengomel psl apa wani nk wat kat kolam renang.
    Sgt gembira td!hehe..

    p/s:Ukhti habibati(~_~)!!semoga jadi wanita solehah di dunia dan di akhirat!Ameen..dan cepat2 laa nk make nasik minyok..

    dah2!sila belajar utk exam..xde ke gmbar kat atas?=)

    BalasPadam
  6. Mandi kolam??? ada pulak orang tak leh tido mlm ni.. Selamat hari tua...kak,roti canai ada lebih x?lapo

    BalasPadam
  7. salam.
    aimi, maafkan sy sebab terpaksa tipu awk tadi. mmg rncg nak surprise kan awk.huhuhuhu.maafkan tau.
    p/s...jgn lupa jemput mkn nasi minyak..klu ns putih atau bubur pun sy sggp dtg.hahahahah

    BalasPadam
  8. To Nurul88 :

    Nasib baik tak nyanyi life (kalau tidak mau hujan lebat Jatinangor:P)

    Memang best akk kena goreng sampai hangit hari ini. Jaga kesihatan baik-baik. Kalau Aiman datang ada jauh akk kena humban. Hehe:P

    Ameen insyaAllah. Jzkk:)

    p/s : Soalan standard jadi jawapan standard, NO COMMENT. Hihihi(dengan reaksi muka puas hati);)

    BalasPadam
  9. To a.s.a aka Alia Montel:

    Salam cik Alia.

    Confuse3x..Apakah??

    p/s: AiP!pergi baiki handphone cepat:P

    BalasPadam
  10. To Duha:

    Eeee~~!!Jangan nak mengada-ngada cik Duha. Rotan nanti..hehehe..penat tertelan air~(^_^)

    Terima kasih Duha. Ameen, insyaAllah:)

    BalasPadam
  11. To cactus biru :

    Wa'alaikumussalam, thank you so much for the wish. Ameen insyaAllah:)

    p/s : Sorry, cactus biru ini siapa ye?

    BalasPadam
  12. To Iman Aisyah aka Natasha:

    Salam cik Tasha. Eeee~~ kamu pun sama. Bersubahat. Patut lah ketawa beria masa saya tanya. Nasib baik memang awak suka ketawa jadi takde lah heran sangat pun. Siap boleh bela Wani lagi tu. Konpius tol

    p/s : Ameen. Saya tak tau masak nasi minyak :P. Ada gambar tapi tak upload lagi. Baik ayo kembali ke STUDY mode;)

    BalasPadam
  13. To Dr Amad:

    Hihi. Dah alang-alang basah, apalagi beria lah naik turun papan gelongsor tu. Habis air kolam dibuatnya. Terima kasih. Ada-ada roti canai. Banyak, tapi akk nak makan semua;P

    p/s: Boleh tidur rasanya tu;D

    BalasPadam
  14. To anonim aka WANI~~:

    Salam. Thank you so much. Surprise yang sangat best tahun ini. Walaupun dah penat dikenakan. Luv you guys so much;)

    p/s : nasi minyak?hmm..nasi goreng kampung nak tak?

    BalasPadam
  15. salam kak aimi~~
    selamat ultah!
    semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lembayung rahmnatnye selalu ye..
    sedihnye xdpt join smlm~~
    pagi ni ada 1 exam..doakan!wuwuwu..

    BalasPadam
  16. To Teha:

    Salam cik teha~
    terima kasih. Ameen. Baik insyaAllah. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. InsyaAllah yang berlaku adalah yang terbaik caturannya di sisi Allah.
    InsyaAllah semoga yang terbaik dari Allah milikmu(^_^)

    BalasPadam
  17. salam kak aimi..

    hehe..sadis sebab xdapat mandi bersama..lain kali kna pesan bawa skali baju..

    apepun,smoga dgn prtambahn umur,brtambah iman,brtambah ilmu n amal n brtambah kmatangan dlm mnjalani arus khidupan..
    moga brjaya dunia akhirat...ameen(paste ayat aiman =P)

    sebab semua orang cam tanye sal nasi minyak kak aimi,nak join skali la..hihi
    ~Umur sudah meningkat maknanya gerbang perkahwinan semakin dekat.
    *jgn lupe jemput*

    BalasPadam
  18. To Humaira' :

    salam..hehe..baju mimi ada;P

    Ameen ya Rabbal 'alamin(-_-)

    p/s : korang ini tak lari jauh dari topik kahwin ye..ish2(^_-)

    BalasPadam
  19. Sanah helwa ya ukhti..
    Huh..
    Dah 23 tahun rupanya kak aimi nih..

    Saya 22 tahun lagi ;-)

    BalasPadam
  20. To Ahmad Zulfahmi :

    Terima kasih~(^_^)

    Chewah..22thn ye?takpe2..biarkan anda menikmati saat2 akhir usia 22 tahun;P

    BalasPadam