Usai solat Zohor di surau Bandung Indah Plaza, saya meluruskan kaki sambil membetulkan tudung. Saya dan sahabat saya, Wani sempat berehat beberapa minit menghilangkan lelah kami yang masih bersisa. Kami singgah mengisi perut dan juga menunaikan solat setelah bertemu dengan dokter pembimbing thesis (supervisor) di Rumah Sakit Hasan Sadikin.
Tiba-tiba Wani menegur saya,
"Mi, cuba tengok tu" sambil memuncungkan mulutnya ke arah sosok tubuh seorang ibu dan anak kecil yang merengek.
Si ibu tenang bersolat, rukuk dan juga sujud. Tapi saat si ibu ini berdiri kembali, anak lelakinya (2 atau 3 tahun) mulai merengek. Si ibu mendukung anak dan lantas menyambung rukun solatnya seperti biasa. Anak yang tidak mengerti ini langsung keriangan sambil dihayun tangannya melambai-lambai. Saat rukuk, si ibu merapatkan kepala anak ke dadanya manakala saat sujud wajah si anak dibiar bersebelahan tempat wajah ibu tadi bersujud. Saya yang melihat situasi tersebut sambil tersenyum kagum melihat kasih seorang ibu.
Teringat Baby (4 tahun) adik saudara saya yang hanya memakai lampin duduk bersila meratah remis (makanan laut seperti kupang tetapi saiznya kecil, ukurannya sebesar satu ruas jari kelingking). Kakak saudara saya memasak sedikit pedas memandangkan yang akan makan adalah kami kakak-kakak dan abang-abang saudara yang berkumpul beramai-ramai sambil membuka cerita zaman hingusan kanak-kanak. Baby yang tidak termasuk di dalam list kami (Baby, sowi~), turut sama ikut serta. Pelatnya tidak hilang, kami ketawa dia ketawa, kami bercerita dia mula berbicara dengan bahasa pelatnya yang hanya dia dan ibunya sahaja faham.
Asyik makan, tiba-tiba Baby menjerit. Berlari dari pintu depan sampai ke hujung rumah. Tangannya menggaru kepala tanda kerimasan. Kami semua terkejut. Saya menarik tangan Baby, lantas bertanya;
"Baby kenapa?" saya dan sepupu lain kerisauan.
"Edash (pedas)!!" dengan pelatnya dia menjerit tepat ke wajah saya. Kami ketawa melambak sehingga mengeluarkan airmata dibuatnya. Tapi tahu apa ibu Baby ini lakukan?
Saya melihat dalam riang ketawa semua yang ada, si ibu membuka satu persatu remis dan menghisap setiap butir remis tadi. Cuba menghilangkan rasa pedas. Saya berhenti ketawa dan lantas tertancap rasa kagum.
"Kalau dah tau pedas, Baby janganlah makan" tegur seorang sepupu saya.
"Baby pun nak makan juga. Baby lapar" jawab Baby selamba sambil membetulkan duduk silanya dan menyambung kembali makan remis-remis yang telah dihisap oleh ibunya.
Saya pergi ke arah Baby, langsung mengatakan ayat ini,
"Baby, nanti jangan nakal-nakal. Tengok mama, hisap semua pedas-pedas tu. Kesian mama. Baby kena jadi anak yang baik. Promise ok?" sambil tersenyum menunggu respon Baby.
"Ok, Baby baik. Baby promise" jawabnya sambil tersenyum dan mengenyitkan kedua-dua belah matanya tanda sangat-sangat setuju (itu bahasa isyarat Baby)
Pesan 1 : Sudah siap wahai Muslimah sejati sekalian untuk berkorban?
Pesan 2 : Saya sedang berada dalam zon senget. Doakan saya agar cepat keluar dari zon ini
Pesan 3 : Ada sahabat saya pernah berkata, "Aimi, saya nak buat entry tentang nikahlah..Stress macam ini nak buat entry nikah", dan saya menanti sahabat tadi untuk mengulas isu nikah..Hihi(^_^)
Pesan 4 : 24/7 saya teringat mama. Mama, bila nak datang sini?(T_T)
hehe..bes2..slalu ade ibrah yg boleh diambil dr knk2 kan..walaupun derang tak tau ape yg derang buat..hati hati derang yg bersih n ikhlas tu melahirkan perbuatan dapat memberi makna (esp kalau mereka berkata jujur..kdg2 pedas jugak..ehhe~)
BalasPadamp/s:semoga anda keluar dr zon senget dan segera kembali menjadi lurus :D
To Duha:
BalasPadamYa benar. Apa yang diajar itu jugalah yang akan dijadikan output. Anak-anak diajar untuk jujur maka tulus jugalah outputnya..
Terperanjat akak waktu Baby tu menjeritkan kat depan muka akk, mula-mula nak terasa hati..hehe..tapi tgk dengan rambut serabai digaru, badan dia pun merah-merah berpeluh dengan kesan garu..tak jadi nak marah..kesian pulak..
p/s : kalau anak degil, nanti akk nak letak lada lah dalam makanan dia..hihi;P <-- pesan ini jangan diikut ya~
Bahaya pnya mak.takut2 ;-)
BalasPadamTo Anonim:
BalasPadam:)