Sabtu, 14 November 2009

Susah atau tidak mahu berubah?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Susah tidak untuk berubah?

Kalau dulu tidak pakai tudung atau pakai tudung kurang sempurna kepada memakai tudung yang menutup bahagian dada dan sempurna insyaAllah?

Kalau dulu memakai baju ketat kepada yang longgar dan pemakaian menutup aurat yang sempurna?


Anda mengalami kesulitan atau tidak?

Gambar hiasan

Sejujurnya, saya akan mengatakan YA. Tanpa ragu-ragu saya akan katakan YA ianya susah untuk berubah kepada seseorang yang dulu "vogue", bergaul bebas, kepada yang segalanya terbatas dan tertutup.

Ingin saya kongsikan di sini pengalaman saya. InsyaAllah sama-sama kita ambil pengajaran dan tauladan.

Tudung labuh bukanlah suatu kewajipan mutlak dalam pemakaian menutup aurat wanita Islam. Tergantung pada individu, keadaan persekitaran maka silakan membuat keputusan. Cuma dalam Islam diperintahkan wanita-wanita Islam untuk memakai hijab sehingga menutup dada.

Tudung merupakan medium menutup aurat. Ianya suatu alat. Kalau zaman dahulu, sewaktu lambakan tudung masih belum tercipta, mereka memakai kain batik. Macam cerita dalam filem-filem Allayarham P.Ramlee.

Baik, sambung dengan cerita saya.

Saya mahu berubah memakai tudung labuh sewaktu hujung tahun 2005. Ya, masih baru lagi. Saya nekad. Saya yang berada di Bandung menelefon mama pada suatu petang,

Saya : Assalamualaikum ma, kakak nak tukar pakai tudung labuh. Kakak harap mama redhakan tindakan kakak

Mama : Wa'alaikumussalam, kenapa tiba-tiba?. Kakak cerita dekat mama, kenapa kakak nak tukar?Mesti ada sebab, lepas tu baru mama cakap pandangan mama.

Saya : Sebab...bla..bla (Ini adalah rahsia antara saya dan mama, serta sahabat-sahabat terdekat. Jangan tanya kenapa :P)

Mama : Ok mama faham. Nekad dah ni?Bulat dah hati ni nak buat keputusan?

Saya : InsyaAllah dah, mama redha kan tidak?

Mama : Kalau kakak dah nekad dan rasa itu yang terbaik untuk kakak, insyaAllah mama sentiasa sokong. Sekejap, cakap dengan babah ini.

Saya : Assalamualaikum bah, kakak nak pakai tudung labuh. Babah redhakan ya?

Babah : Wa'alaikumussalam. InsyaAllah babah redhakan. Babah lagi suka ahli keluarga babah pakai tudung labuh. Tapi kena ingat satu perkara, berubah kerana Dia kerana kalau kita berubah kerana manusia, ianya bersifat sementara. Kakak kena istiqamah dengan tindakan kakak kerana kakak yang pilih jalan ini.

Alhamdulillah, itulah titik di mana saya berubah. Alasannya biarlah menjadi rahsia dan paling penting saya berubah kerana saya mahu menjaga maruah saya sebagai wanita Islam. Saya merasa lebih selamat dan selesa.

Kawan-kawan terdekat alhamdulillah semuanya memberi sokongan. Siap tolong pilihkan tudung labuh untuk saya.

Ada seorang kakak senior saya, apabila dia keluar dari dewan kuliah dan kebetulan kami terserempak, dia terperanjat melihat saya telah bertukar tudung labuh. Dia datang kepada saya, lalu memeluk dan mencium pipi saya. Saya mestilah terperanjat.

Dan di dalam dewan kuliah, saya mendapatkan mesej ini dari kakak tadi,

"Salam ukhti, afwan tadi akak cium pipi awak. Akak suka sangat tengok awak pakai tudung labuh. Rasa nak nangis pun ada juga tadi. Semoga istiqamah ya"

Alhamdulillah, itu adalah antara penyuntik semangat saya.

Sebaliknya berlaku di Malaysia,

Saya bertemu dengan 2 orang insan pada hari itu.

Pertama, sewaktu berjalan bersama keluarga, saya terserempak dengan seorang kawan lelaki di kaki lima deretan kedai-kedai di bandar Melaka. Kawan lama. Kami bertukar nombor telefon. Beberapa hari kemudian, dia ada mesej saya dan menelefon saya.

Cuma pada satu hari dia menelefon saya dan mengungkapkan kata ini,

Kawan : Aimi, no offense, with what I am going to say. Sorry if my words will hurts you.

Saya : It's ok, go ahead

Kawan : Since when you've change?

Saya : Me?Change?What do you mean?

Kawan :Yeah. Your attire. It's look so lame ok!. You, yourself changed a lot. You look prettier if you're not wearing your tudung labuh and your jubah. If you change your attire back to previous one, I swear, I will marry you"

Saya : If you wanna marry me because of my sexy, so called up-to-date fashions, I still have my old one. If you want to, you can marry to my baju-baju lama. I still keep it. But if you wanna marry me because of me, here I am. You should accept me from A to Z, from head to toe. I need to go. Bye. Assalamualaikum.

Kedua, sewaktu berkumpul dengan sanak-saudara.

Saudara : Amy, kenapa pakaian macam nenek-nenek ini?

Saya : Nenek-nenek?Bahagian mana yang macam neneknya?

Saudara : Itulah, tudung labuh kau dan jubah. Amy, kau itu muda lagi. Waktu inilah kau patut bergaya, kau patut seksi. Kalau dah tua baru nak buka-buka, orang kata buang tebiat. Kau nak?

Saya : Bila Amy kata nak seksi-seksi waktu tua?

Saudara : Kau tengoklah, waktu muda-muda ini kau pakai macam ini, selubung semua, CONFIRM takde sape-sape yang nak kau. Sebab ko dah tutup segalanya sebelum waktu.

Saya : Kalau dah tiada jodoh, takpe lah. InsyaAllah jumpalah jodoh dekat akhirat.

Saudara : Tengok itu, cakap pun dah macam orang tua. Apa-apalah. Aku malas nak layan.

-------------------------------------------------------------------------------

Itu adalah antaranya. Banyak lagi, tapi tidak perlulah diceritakan tohmahan orang kan?

Apa yang jadi motivasi saya untuk berubah?

SOLUSI PERTAMA : BETULKAN NIAT
Dahulu saya berubah memakai tudung labuh bukan ikhlas kerana Allah SWT. Tetapi lama-kelamaan, saya senang dan saya menukar niat saya, iaitu ikhlas kerana Allah SWT.

SOLUSI KEDUA : YAKINLAH DENGAN TINDAKAN DAN FOKUS
Saya tahu kenapa saya pilih jalan ini. Saya yakin dengan jalan pilihan saya. Sering saya disindir oleh beberapa kenalan lama. Walaupun bukan semuanya tetapi ada segelintir dari mereka memang tidak senang melihat perubahan saya.

Tidak mungkin kita jatuh kerana orang berkata mengenai kita bukan?

Secara logik akal sekalipun, kalau kita sedang berjalan dan ada kawan bercerita tentang keburukan kita, tidak mungkin kita akan jatuh bukan? Bukan dia tolak kita pun. Dia cuma bercakap-cakap.

Tapi saat kita MELAYANI PERBUALAN MEREKA, kita akan jatuh. Ini kerana kita telah hilang tumpuan dan fokus perjalanan kita. Pada saat itulah, hati kita akan goyah kerana telah diberi peluang dan ruang untuk jadikan sindiran dan kritikan negatif rakan-rakan dalam diri kita.

SOLUSI KETIGA : REDHA IBU AYAH DAN BERSEDERHANALAH
Murabbiyah saya pernah berkata, kadang-kala sesetengah orang merasa disebabkan mereka sudah punya ilmu, pakaian dan penampilan telah berubah, maka mereka sering jadi "panas" apabila bersama ahli keluarga yang mungkin tidak sefikrah dengan mereka.

Tetapi itu tidak menjadikan alasan untuk kita menegur ahli keluarga dengan seenaknya. Itu tidak juga menjadikan alasan untuk kita lari dari mereka tetapi itulah objek dakwah kita.

SOLUSI UTAMA : SENTIASA BERDOA SUPAYA ISTIQAMAH.
Ya, istiqamah bukanlah suatu perkara yang yang mudah. Ianya perlukan latihan dan dari latihan itulah ianya menjadi sebahagian dari rutinitas harian.

Jangan pernah lupa berdoa agar Dia tidak sesekali menarik nikmat hidayah yang telah diberikan.

Wallahualam, sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat untuk semua.

8 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    perubhan memerlukan kekuatan dan sokongan.ape yg penting istiqomah n taw knape kter berubah..dugaan akn dtg menduga..itulah life!..hehe~..jgn takut untk berubah krana tkut pndgn manusia..fikirkan tentg pandgn Allah..kter akn dpt kekuatan dri situ..insyaAllah.. =)

    #cheesecake

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam cheesecake,

    You've got the point correctly!

    Apabila kita IKHLAS KERANA ALLAH SWT, insyaALLAH kita tidak akan endah pandangan manusia yang sementara dan penuh dengan ketidaksempurnaan:)

    BalasPadam
  3. Salam,
    saya suka tgk akak pakai tudung labuh. Tak ramai org ade kekuatan macam akak. Sesekali, rasa segan klu jumpe akak kat fk dulu-dulu. semoga terus istiqamah kak.

    BalasPadam
  4. Hidup dan Mati kita adalah kerana Dia..

    Sesiapa yang memahaminya dengan ertikata sebenar,Setiap langkahan,kata2,perubahan,perbuatan dirinya adalah sesuatu yang penuh bermakna..

    Semoga terus istiqamah...

    BalasPadam
  5. Salam ani,

    Alhamdulillah. Akak pun suka je tengok ani. Ayu + malu-malu je kalau jumpa..hehe..kalau dengan akak tak payah segan-segan:)

    p/s: Ameen ukhti, semoga Allah meredhai

    BalasPadam
  6. Max,

    Lillahi ta'ala!

    Tepat 100%. Mengenali diri, mengetahui tujuan diri, mengetahui tempat kembali.

    p/s: Ameen ya akhi, semoga Allah meredhaimu

    BalasPadam
  7. slm..huhu, rasa nak nangis baca komen org no 2 tu..

    u r a tough girl..n i hope i can be like you :)

    BalasPadam
  8. Salam Rafahiah,

    InsyaAllah Ameen. Itu adalah salah satu motivasi untuk diri. InsyaAllah Yah, satu hari nanti:)

    p/s: terima kasih komen:)

    BalasPadam