Assalamualaikum wrt wbt,
Hari ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang sangat berkait rapat dengan adab dalam bertutur.
Sejak masuk praktikal, pelbagai ragam yang saya lihat, dengar dan hadapi sendiri.
Antaranya,
Kawan: Eh..eh..Ambil beg aku!
Sambil kawan tadi menuding jari menunjukkan begnya yang berada selang 2 tempat duduk dari tempat duduk saya di dewan kuliah.
Saya : Nama saya Aimi, mana perkataan 'Minta tolong'?
Kawan: Arghh..Malaslah kau ini. Leceh.
Saya : Saya tidak akan menyalahkan orangtua kamu kerana kamu sudah cukup bijak untuk menggunakan akal.
Kawan : Terserah kau. Malas aku mahu dengar. Minta tolong ambilkan beg saja dah banyak celoteh.
Fuh!! Membara hati saya masa itu. Allah SWT sahaja yang tahu betapa tangan saya ringan mahu mencubit mulut teman saya tadi. Jika adik-adik saya, memang saya cubitkan mulut mereka dan saya akan cakap,
"Where's your magic word? Where's your 'PLEASE'?"
Tapi, seperti nasihat salah seorang kawan saya, kalau orang yang memang mempunyai 'kongenital kurang sopan' kita jangan ikut marah-marah. Kita sabar dan bertahanlah dengan sikapnya. Mungkin sikap sabarnya kita akan membuat teman kita berfikir. Jika tidak sekarang, masa akan datang. InsyaAllah, semoga teman kita berubah melihat kesabaran kita. InsyaAllah.
Saya melihat, situasi working and studying underpressure telah mengubah sikap dan mentaliti sesetengah sahabat-sahabat saya untuk menjadi lebih matang dalam menangani masalah dan tidak kurang juga ada yang berubah menjadi someone which is totally different, 360'.
Bagi saya, antara faktor pencetus atau pemicu perubahan sikap ini adalah sikap kita dalam menangani masalah dan tekanan.
Sejujurnya, sewaktu awal-awal masuk praktikal, saya menangis hampir setiap hari selama seminggu. Saya penat sangat-sangat. Keluar dari rumah jam 5.30 pagi manakala pulang jam 8-9 malam. Bila saya mahu berehat? Bila saya mahu belajar? Bila saya mahu siapkan tugasan?. Kemudian, saya pun menyendiri. Bertambah murunglah saya. Dari berat badan saya, 52kg turun menjadi 48kg. Saya stress sangat-sangat sehingga saya tidak ada selera makan.
Namun begitu, masuk minggu kedua, saya mula berfikir,
"Ah bodohnya diri aku. Lemahnya diri aku. Apakah ini sahaja yang mampu ku persembahkan kepada Allah SWT dan orangtua ku?Apakah sekadar tangisan sahaja yang mampu ku berikan untuk membela ummah?. Aku tidak mahu mati sebagai pecundang. Malu!!"
Saya tahu, kenapa saya stress. Lalu saya pun mengidentifikasikannya:
1. Saya tidak boleh membandingkan masa lalu saya yang santai dengan sekarang. Saya sudah move 1 step ahead, iaitu pre-kerja. Saya hanya akan bertambah stress, jika saya terus membandingkan.
2. Saya hilang arah dan tujuan saya, kenapa saya ambil bidang perubatan dan juga masuk praktikal. Lalu, saya menyusun kembali semua jadual dan memberikan semangat buat diri dengan melihat semua matlamat-matlamat diri. Fisabilillah!
3. Saya memikirkan betapa saya sudah penat berkorban masa, wang, tenaga selama 4 tahun untuk berada di sini sekarang dengan memegang title 'Doktor Muda'. Mana mungkin kerana Pakcik Stress datang menganggu, saya kecundang. No way Uncle Stress!You can't let me down anymore!
4. Saya mahu menjadi Mujahidah Islam. Tidak mungkin seorang Mujahidah kecundang dalam melawan nafsu dan kelemahan diri sendiri. Itu pantang seorang Mujahidah. Wahai Para Mujahidah yang syahid kerana memperjuangkan agama Allah, insyaAllah, aku menyusuri kalian. Nantikan aku, berjuang dengan caraku dalam bidangku. Ameen.
5. Saya tidak mahu menjadi fitnah kepada agama Islam. Saya sibuk berdakwah, ikut usrah tiba-tiba saya gagal dalam akademik. Kegagalan yang disebabkan saya tidak berusaha dan lemah di tengah jalan. Jika saya telah berusaha sehabis baik, itu lain cerita. Walaupun penat dalam berlari, saya insyaAllah pasti akan menamatkannya.
6. Saya memandang masalah yang datang sebagai sebuah kehidupan. Tiada istilah, "Ambil perubatan ini, jika waktu kerja, tiada life". Inilah kehidupan saya. Saya yang mencorakkannya menjadi indah dan hari-hari saya penuh dengan senyuman atau stress dan wajah penuh kemasaman. Pesakit yang melihat wajah dokter masam pasti bertambah sakit. Saya tidak mahu menjadi dokter yang menyumbang kepada peningkatan keparahan pesakit saya. InsyaAllah.
Alhamdulillah. Itu adalah antara perkara-perkara yang saya perjelaskan dalam diri saya. Sehingga kini, alhamdulillah, saya masih tersenyum dan mampu menghadapi dunia baru saya, Dunia Pre-Jihad/Kerja.
Pesan 1: Sudah Sunnah orang berjuang, pasti akan diuji oleh Allah SWT.
assalamualaikum..
BalasPadami love your spirit sis..
dakwah n stdy berjaln seiring..
hidup ini lebh bermakna andai diri ini pernah merasa jatuh n bangkit semula..
never put high expectations from others..
kter sndiri akn kecewa..
apa2x pun,mind set yg menentukan mcm mne kter control life kter..
thanx 4 this article..hehe
salam...waa...mak imam telah bersuara...mekaseh2..like3!!!hahaha
BalasPadamtetibe teringat masa zaman sekolah dlu..kalu nk mintak sir azman ambikkn duet..mesti dia ckp.."where is the magic word?"...malu sendri..nk mintak tlg tp takde adab...hukhuk...
moga sy jg dpt menjd setabah kakak...insyaAllah...selamat berjuang!!!
luv u.
p/s:kakak ada waktu free tak? nk call kakak...rindu...hahaha..~layan~~~
assalamualaikum kak aimi..
BalasPadamthanks atas tips dan nasihat untuk menempuh hidup yang mencabar di luar sana..
iA amat berguna utk org lain yang sedang atau bakal menghadapi ancaman stress..
p/s: no place for uncle stress here!
Patah sayap bertongkatkan paruh,
BalasPadamKalau gunung harus kudaki, kudaki jua..
Siiru ala barakatillah ukhti..
Wa'alaikumussalam Syu,
BalasPadamThank you sis,
semoga Allah memberkati dan meredhaimu:)
Salam to my dear Qamar,
BalasPadamAmeen..semoga Allah memberkati dan meredhaimu sahabatku dunia dan syurga..ameen insyaAllah:)
p/s: aduh sayang, i tak perasan..next i ujian, insyaAllah weekends free:)
Wa'alaikumussalam duha,
BalasPadamAlhamdulillah semoga bermanfaat.
Semoga Allah memberkatimu wahai amirah:)
p/s: Yes, no more + chipsmore~
Ahmad Zulfahmi kalau dah bermadah...gamaknya...huhu..sambung sendiri..
BalasPadamSyukron akhi
semoga Allah memberkatimu:)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamjd dtg jakarta tak? (blink2...kedip2 mata dgn berharap kakak dtg)...
BalasPadam