Sabtu, 13 Mac 2010

Puzzles JODOH

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, apabila hampir seminggu saya meninggalkan blog tanpa jejak.

Bukan mencari alasan tapi sememangnya, minggu ini dan 2 minggu ke hadapan adalah minggu yang agak sibuk.

Saya sekarang di bahagian Dermatology and Venerology (Penyakit kulit dan kelamin). Saya harus melakukan 9 pemeriksaan kepada pesakit, 4 pembentangan kes, 27 kes yang harus dihafal.

Apabila melihat deretan nombor-nombor ini, saya pasti stress. Namun, saya tidak memandangkan banyaknya apa yang perlu dipelajari sebagai suatu pelajaran yang harus saya selesaikan sebelum ujian, tetapi sebagai satu gudang ilmu, yang perlu saya baca kerana itu tanggungjawab saya. Bukan kerana ujian, bukan juga kerana mahu meng'impress'kan mana-mana dokter tapi kerana Allah SWT.


Baiklah, saya tidak berniat mahu menceritakan tentang bahagian baru ini.

Cuma saya tertarik untuk menceritakan sikap beberapa manusia, tidak perlu saya sebutkan siapa mereka.
Ada teman-teman wanita yang masih 'single and available' sering meluahkan rasa hati,
"Risau masih tidak punya calon"

"Bosan hujung minggu tiada yang teman ke mana-mana"

"Rasa tidak cukup atau lengkap hidup tanpa pasangan"

Ada pula yang seperti 'terburu-buru',

"Aimi, semalam saya keluar dengan si X, dia itu saya lihat sangat caring cuma saya tidak suka bla..bla..bla..saya rasa dia tidak sesuai untuk saya"

Saya bukanlah orang yang tepat untuk dijadikan rujukan atau minta pandangan, saya belum menikah, saya juga tidak punya banyak pengalaman untuk mendidik tapi mungkin saya boleh kongsikan apa yang saya tahu dan mahu berikan.


1. CINTA yang KITA DAPAT dan CINTA yang KITA CARI
Bagi saya, jika dinilai dengan cinta yang kita sudah dapat,

Cinta dari Allah SWT
Cinta teragung. Cinta yang tidak pernah mengecewakan. Dengan segala nikmat yang sudah diberikan olehNya, diberikan peluang mengejar syurganya dengan pelbagai lagi 'reward' yang ada sementara nyawa masih ada.

Cinta dari ibu bapa
Mereka insan yang tidak mengenal erti penat dan cinta tanpa alasan.

Cinta dari keluarga,
Mereka yang mengenal siapa diri kita, yang menerima kita seadanya.

Cinta dari sahabat-sahabat terdekat
Mereka yang sangat membantu dan membina semangat. Mereka ada di sisi saat diperlukan, Buruk-buruk dan busuk-busuk insan-insan ini, mereka tetap insan yang paling baik.

TAPI, malangnya,

Kenapa masih ada yang kecewa tidak berkesudahan menacari cinta dari seorang lelaki atau wanita?


Allah SWT pasti punya alasan kenapa masih sampai sekarang kita tidak ada calon. Bagi saya, kita jangan paksa diri memikirkan satu hal yang bukan tugas kita. Itu tugas Allah SWT. Tugas kita adalah beribadah yang benar, menjadi yang soleh/solehah dan seterusnya berusaha.

Allah SWT suruh kita berusaha bukan bererti Allah SWT menyuruh kita menyeksa diri, sampai setiap saat merasa rendah diri dengan sahabat-sahabat lain yang sudah punya pasangan masing-masing, sampai diri terlihat desperate, hampir semua lelaki yang datang menegur dan mengajak keluar, diri pulun terima. Gara-gara mahu cepat dapat.

INGAT! Selalunya yang segera-segera ini kurang baik. Mi segera, makanan segera. Jadi bersabarlah dalam 'memasak'.

2. BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIMILIKI.
Apakah kita yakin, saat kita punya pasangan nanti, hati kita lebih tenang, hari-hari kita lebih gembira daripada sekarang?

Siapa yang dapat memberikan jaminan tersebut?

Maka, bersyukurlah dengan nikmat yang telah Allah SWT berikan. Belum tentu kita akan dapatkan hal yang sama sekiranya kita sudah hidup berpasangan.

Kita merancang, Allah SWT merancang, dan sebaik-baiknya rancangan adalah Dia

3. UBAHLAH PEMIKIRAN KITA.
Jangan menganggap hidup bujang ini adalah suatu tekanan kerana asyik perlu memikirkan siapa calon kita.

Go with the flow.

Kita nikmati hari-hari sekarang. Jangan jadi manusia statik. Terlalu banyak memikirkan hal yang tidak pasti sehingga banyak kerja, tugas dan tanggungjawab yang ada terabai.

Perlu diingat juga, bagi yang sudah punya calon, Allah SWT itu Maha Kuasa.

Jika hari ini kita bangga, kita cerita tentang calon kita, kita tanpa segan silu mengaku kita bermaksiat (apa jua bentuk maksiat), tidak mustahil Allah SWT menarik nikmatnya bila-bila masa sahaja.

Hatta satu saat sebelum akad nikah, jika si dia bukan jodoh kita, dengan takdirNya segala impian akan terkubur. Na'udzhubillah.

Terlalu banyak kerja dan tanggungjawab kita yang belum dilunaskan. Kita ubahlah mentaliti yang bersifat individualistik. Terlalu memikirkan hal diri tanpa rasa peduli kepada masyarakat dan ummah di luar yang memerlukan perhatian kita, memerlukan kasih sayang kita. Berikan mereka kasih sayang kita yang 'berlebihan' itu dari memberikan kepada lelaki/wanita yang kelak membawa mudharat (zina).

4. KESIMPULAN
Wallahualam, ini adalah pandangan peribadi saya. Pasangan hidup mungkin merupakan 'A piece of puzzle' dari satu gambaran puzzle kehidupan kita. Jika 'puzzle jodoh' masih belum kita temukan, ayuh bergerak terus menyusun 'puzzles' yang lainnya. Jangan menyulitkan satu keadaan hanya kerana kita BELUM melihat jawapan pastinya apa. Kita melangkah ke hadapan, kita corakkan kegemilangan yang kita impikan.

Peringatan untuk diri juga.

2 ulasan:

  1. Terima kasih Duha, Alhamdulillah

    Semoga bermanfaat dan menjadi peringata buat diri dan semua:)

    BalasPadam