Isnin, 8 Mac 2010

Saya patahkan tangan awak, boleh?

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan lagi untuk saya menulis.

--------------------------------------------------------------------------------

Saya dan kawan saya berjalan pulang.

Saya : Awak, tangan awak yang mana paling dominan, kiri atau kanan?

Kawan : Tangan kanan.

Saya : Kalau saya patahkan tangan kiri awak boleh?

Kawan : Kenapa???!!

Saya : Sebab awak lebih banyak menggunakan tangan kanan, jadi lebih baiklah tangan kiri dipatahkan atau diputuskan.

Kawan : Kerja gila!!

---------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin akan ada yang berfikiran sama seperti kawan tadi. Menganggap kerja gila memutuskan tangan kiri kerana menganggap tangan kanan lebih dominan dan tangan kiri kurang kerjanya.

Begitulah ISLAM. ISLAM adalah menyeluruh ibarat tubuh kita. Tidak boleh dipisah-pisahkan hanya kerana kita merasa hukum, amalan dalam ISLAM itu tidak cocok dengan diri kita.

Surah Al-Baqarah, ayat 208-209, terjemahannya,
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (kaffah), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

Saya tertarik untuk menyentuh suatu topik di mana ia menyentuh suatu isu kini, ramai yang melihat seolah-olah ISLAM itu adalah susunan huruf semata. Ramai yang beragama ISLAM tapi ramai juga yang membahagikan kehidupannya atau memisahkan kehidupan mereka daripada ISLAM.

ISLAM adalah agama

ISLAM adalah kehidupan.

ISLAM dan POLITIK

ISLAM dan EKONOMI

ISLAM dan PENDIDIKAN

ISLAM dan PENTADBIRAN

ISLAM dan CINTA.

Ya, dalam kehidupan sehari-hari, ISLAM adalah acuan hidup kita. Kita tidak boleh pisah-pisahkannya. Contohnya,

"Solat-solat juga tapi couple-couple juga. Itu dua benda yang berbeza lah"

Solat tiang agama ISLAM namun apa yang salahnya di sini, batas pergaulan yang telah ditetapkan telah dipisahkan dari skop yang menyeluruh. Selain kita berbangga mengaku diri kita ISLAM, seorang MUSLIM, kita harus membuktikan dengan seluruh anggota tubuh yang telah dipinjamkan.

"Aku benci politik, politik kotor"

Politik kotor? Mungkin ini yang dimaksudkan oleh sesetengah pihak yang anti politik dengan menganggap ISLAM membenarkan sesuatu yang kotor, begitu?

Yang kotor itu adalah insan yang telah menyalahgunakan kuasa bukan politik itu sendiri. ISLAM sama sekali tidak membenarkan sesuatu yang kotor untuk dijadikan sebahagian dari intipati kehidupan kita.

"Aku rasa tiada life"

Saya tahu, semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak tuntutan kerja dan tanggungjawab sehari-hari yang menanti kita. Itulah namanya kedewasaan. Jika anak-anak, pasti kita tidak bebankan mereka dengan tanggungjawab yang sama. Elemen penting yang memisahkan tugas anak-anak dan dewasa adalah kita mampu berfikir dan bertindak serta memikul tanggungjawab.

ISLAM adalah kehidupan kita. Jika kita tahu tujuan dan matlamat hidup kita untuk apa, pasti kita tidak merasa kehidupan kita kosong atau 'tiada life'. Jika kita tahu tugas dan sumbangan kita untuk ummah, pasti kita tidak lemah dalam melangkah kerana kita asyik MEMBERI untuk semua.

Wallahualam, sekadara renungan dan peringatan untuk diri dan semua.

2 ulasan:

  1. "Ish...patah tangan? kasarnya...dakwah itu perlu lemah lembut..hikmah..hikmah!,"kata MEREKA.

    My 2 cent!

    BalasPadam