Sabtu, 9 Mei 2009

Application The Art of War

Mungkin ramai wanita senang membaca novel-novel yang membelai jiwa. Wallahualam kerana saya juga adalah wanita dan jujur saya menyenanginya. Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang setelah membaca, mulalah hati dan fikiran dibawa belayar dalam angan-angan ciptaan sendiri. Maka bertitik tolakkan itulah, saya cuba mengurangkan bahan bacaan yang berkisarkan novel-novel cinta dan yang terkait dengan hati.

Ingin dikongsi bersama semua, saya sangat tertarik dengan buku "The Art Of War" dari Sun Tzu. Saya membacanya sewaktu saya berusia 15 tahun dan ada juga beberapa prinsip peperangan yang saya jadikan pegangan. Ini tidak bermaksud saya suka PERANG. Cuma saya mengambil idea-idea bernas beliau untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ayah membelinya kerana menjadikan buku tersebut salah satu rujukan sewaktu menyambung pelajaran peringkat Master dalam bidang Science Management. Saya suka baca buku yang ayah saya baca walaupun kalau dilihat tidak layak pada umurnya.

Antara bahagian yang saya suka adalah;

Ada 5 perkara (kesalahan) apabila dilakukan akan mengakibatkan mudharat kepada semua :

1. TIDAK BERHATI-HATI yang akan menyebabkan kemusnahan dan kehancuran.

2. PENAKUT/PENGECUT yang akan menyebabkan ditawan oleh pihak lawan

3. KEMARAHAN yang TIDAK TERKAWAL yang mampu diprovok hanya dengan penghinaan (dari pihak lawan)

4. PANGKAT/HARTA/PENGHARGAAN ISTIMEWA sehingga terlalu sensitif (MALU)

5. TERLALU MENGAMBIL BERAT (over solicitude) sehingga menyebabkan ahli TAKUT dan RISAU (tidak tentu pasal).

JIka dilihat 5 kesalahan ini dan diaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai pengingat dan penyampai maka;

1. Tidak berhati-hati
  • Tidak berhati-hati apabila menyampaikan sesuatu berita/perkara/nasihat sehingga niat asalnya adalah baik tetapi telah di salahertikan mereka yang menerima.
  • Tidak berhati-hati dengan kurang peka mengenali segala macam ancaman yang mungkin boleh menganggu gugat keamanan dan kelancaran dakwah kita di sesuatu tempat dan masa.
  • Tidak berhati-hati kerana merasa berada dalam ZON AMAN/TENANG
2. Penakut/pengecut;
  • Takut untuk menyatakan/melakukan sesuatu yang HAQ sehingga kebathilan menguasai ORANG, TEMPAT dan MASA.
  • Takut untuk menzahirkan apa itu wajah sebenar ISLAM
3. Kemarahan yang tidak dikawal
  • Sensitif dan mudah marah. Kadang-kala hanya diprovok diri terus melatah.
  • Marah pada sesuatu yang sebenarnya kecil tetapi disebabkan 'kenangan lama' yang telah lama disimpan dalam hati maka dilempiaskan seenaknya pada sahabat/keluarga yang ada disekeliling.
4. Keistimewaan/ anugerah
  • Merasa diri EXCLUSIVE/ISTIMEWA dengan PANGKAT/GELARAN/HARTA yang dicipta manusia sehingga takut untuk ditegur kerana merasa diri telah dimalukan
5. Terlalu mengambil berat
  • "Dalam dunia dakwah ini sangat perit, dinasihatkan siapa yang hendak masuk persatuan A/B yang memang kerjanya AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR ini bekalkan hati dan minda dengan kecekalan. Liku dakwah penuh cabaran dan jangan kamu semua rasa takut atau down"
  • Mengapa tidak kita meraikan mereka yang sudi terjun ke bidang ini yang sememangnya tanggunggjawab setiap mereka yang bersyahadah?Jangan terus digambarkan pahit liku kehidupan sebaliknya kita hargai kedatangan mereka dan kita bimbing mereka.
Wallahualam. Sedikit bahan bacaan yang saya rasa ingin dikongsi bersama.

2 ulasan:

  1. Salam,
    Berada dalam dakwah perlukan pahit utk menyedarkan kita dari lalai..
    supaya kita xselalu berada dlm zona nyaman..
    sedang komen dari dlm 'gua'..hehe.

    thnx ukhti habibati..

    BalasPadam
  2. To Iman Aisyah:

    Salam.. Benar..kita harus peka dengan segala bentuk ancaman dan perlu sedikit pahit untuk mengubati luka Hati atau Iman tetapi jangan sampai pahit tidak tertelan sehingga kita takut menghadapinya.

    terima kasih menerima diri ini sebagai sahabat;)

    BalasPadam