Selasa, 26 Mei 2009

Redha dalam ketentuanMu

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah setelah membiarkan blog ini diam tanpa masukan selama hampir seminggu, saya akan mengisi kembali dengan menceritakan pengalaman ujian 'besar' di tahun 4 baru-baru ini.

Isnin, 25 Mei 2009 adalah hari saya dan beberapa sahabat angkatan 2005 akan menduduki peperiksaan SOCA, oral test dimana penyakit-penyakit yang telah dibelajar selama setahun akan diuji secara rawak dengan menggabungkan dua kes dari keseluruhan kes penyakit. Ternyata kami tahun 4 mempunyai 31 kes yang harus dihafal dan difahami. Mungkin nampak mudah bagi mereka yang tidak pernah merasai pengalaman ini tetapi yakinlah ia tidak semudah seperti membaca ayat di atas.

Sepanjang 4 tahun saya di sini, ini adalah tahun di mana saya merasa usaha saya lebih. Baik kuntiti mahupun kualiti. Persiapan baik minda dengan ilmunya mahupun hati dengan doa dan tawakkalnya. Persiapan dibuat 3 bulan awal. Saya sempat menghafal 28 daripada total 31 kes. Saya hadir membawa diri dengan penuh keyakinan dan tawakkal.

Malam-malam sebelum peperiksaan, saya bersendirian denganNya. Berdoa dan mengadu,

"Ya Allah, Kau berikanlah aku yang terbaik pada pandanganMu dan Kau jadikan aku hambaMu yang redha dengan segala ketentuan, Ya Rahman"

Itulah antara doa yang sering membasahi bibir saya. Mengadu padaNya, menangis melepaskan segala tekanan kerana saya yakin Dia pasti mendengarnya. Setelah penat menangis, saya akan tertidur dan kembali bangun setelah hanya beberapa jam tidur. Alhamdulillah segar dan cukup bertenaga untuk diri bangun kembali mempersiapkan diri.

Itulah rutin saya untuk sebulan kebelakangan ini. Pada hari peperiksaan, saya siap minda dan juga hati. Sebelum melangkah keluar rumah, saya sempat membisikkan pada diri;

"InsyaAllah, telah aku usaha sebaik mungkin dan kini aku sandarkan padaMu ya Allah untuk memberikan yang terbaik padaku"

Setelah hampir 5 jam menunggu giliran akhirnya nama saya dipanggil. Debaran mulai terasa. Masa diberikan untuk membuat persiapan. Saya menganalisa satu persatu keluhan penyakit yang tertulis di atas kertas dan langsung mengucapkan "Alhamdulillah, aku siap untuk kes ini". 30 minit diberikan, segalanya saya curahkan di atas kertas mahjung. Dari perkara-perkara asas sehingga ke analisa kes. Masa tamat, saya menguntumkan senyuman.

Saya melangkah penuh yakin untuk pembentangan kes dihadapan panel doktor penguji. Masa 20 minit berlalu tidak terasa. Habis air liur dibuatnya. Kering anak tekak. Setelah selesai, saya disuruh tunggu diluar.

Lebih 5 minit panel penguji berbincang memberikan markah, saya tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana nikmat ketenangan, ilham dan lisan yang lancar sepanjang pembentangan.

Saya kembali dipanggil masuk. Markah disebutkan. Ternyata ianya SANGAT-SANGAT tidak memuaskan. Alhamdulillah lulus dan saya insyaAllah masih mampu melayakkan diri untuk naik tahun 5 cuma itu bukanlah sesuatu yang saya harapkan. Sehingga saya bertanya pada doktor;

"Doctor, do you think I deserve this kind of marks?"

"I think yes" jawab doktor dengan wajah sinis.

"What did I left?" saya kembali bertanya.

"Overall good. Your pathogenesis dan pathophysiology is very good. You management plan also good but only missing is mechanism of action of drug" jawab doktor tadi.

Saya menangis di depan doktor.

"Nurul, you should be thankful. Some of your friends failed. But you pass" jawab doktor tadi

"Doctor, I'm not only aim to PASS but I aim HIGH" saya jawab ringkas. Tidak kuasa rasanya menyambung bicara, saya mengucapkan terima kasih dan memberikan salam lalu keluar dari ruangan.

Keluar dari ruangan saya melihat beberapa sahabat menangis. Ada yang tidak lulus dan ada yang tidak berpuas hati sepertimana yang saya rasa.

Saya pulang tanpa mengalas perut sedangkan saya tidak makan dari semalamnya. Saya solat, dan terus berehat di katil. Saya nangis semahu-mahunya. Terasa penat berusaha sia-sia belaka. Tidak betah melayan perasaan terus saya kembali mengambil wudu' dan kembali bermuhasabah di atas tikar sejadah. Saya diam. Duduk senyap dan hanya airmata yang menjadi pengantar sedih di hati. Sehingga say bermonolog sendiri;

"Ya Allah, ujian apakah ini?"

"Jangan ya Allah aku menjadi fitnah kepada agamaMu. Kau selamatkan aku dari fitnah dunia mahupun di sana"

"Bukankah aku minta yang terbaik dari Allah dan menjadikan aku hambaNya yang redha?"

Ya, monolog ringkas yang menyedarkan saya. Saya mahukan yang terbaik dari Allah dan Dia memberikannya. Saya harus redha keran inilah jawapan bagi doa saya selama ini. Mungkin buruk di mata manusia tetapi Dia Maha Bijaksana mengatur segala ketentuan. Alhamdulillah. Saya mengesat airmata dan segera bangun untuk kembali berjihad.

Pesan 1 : Ingat ujian sebenar adalah DI SANA. Be prepared for 'AMAL SOCA' infront of HIM.

Pesan 2 : 2:186 (terjemahannya);
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"

Pesan 3 : 2:286 (terjemahannya);
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

11 ulasan:

  1. Salam Ukhti,

    Awak dah buat yang terbaik.. jgnlah bersedih.. spt ayah awak ckp, itu bukan tanggungjawab awk utk markah tinggi..

    Aimi kan kuat... =)
    chayok2...

    Aiman

    BalasPadam
  2. To AciDz36:

    Salam..Sedih itu fitrah..sebagai mukmin jangan sampai menyesal..dan insyaAllah tiada istilah menyesal dalam kamus hidup saya setelah saya berusaha yang terbaik dengan cara yang benar untuk matlamat yang pasti dan benar.

    p/s : syukron:)

    BalasPadam
  3. ye..kdg2 terpk jugak..kita mmg nak yg terbaik..dan akan aim yg terbaik..tapi kalau tak dapat..mesti sdeyh~

    erm..moga sy jd hambaNya yg snts redha dgn ketentuanNya..amiin~

    p/s:doakan soca sy rabu ni! :-S

    BalasPadam
  4. To Duha:

    Betul. Cuma kembali cepat sembuhkan semangat diri. Kita yang bertanggungjawab memujuk balik hati kerana kita punya amanah ke hadapan, kita punya misi dan visi yang perlu dicapai.

    Ameen, semoga yang terbaik dariNya untuk awak;)

    BalasPadam
  5. Salam..
    k.aimi..kita di situasi yg sama..huhu~
    masih trauma dgn soca itu.
    tp, syukur sbb yg Allah nilai bukannya hasil, tapi usaha kita, kan?
    Alhamdulillah.

    Semoga Allah Sayang kita.
    Amiin~

    =)

    BalasPadam
  6. To Nimy:

    Salam..alhamdulillah kita masih rasional dalam berfikir. Alhamdulillah ujian Allah itu bukan bebanan buat hambaNya tetapi hadiah yang perlu dihayati intipatinya.

    Ameen~(^_^)

    Tahniah ukhti kerana telah berusaha

    BalasPadam
  7. salam..kak aimi..maafin diriku yang tak menjawab panggilan hp..
    dan kak aimi,tahniah untuk segala usaha yang telah dihampar..
    3perkara perlu diaplikasikan dalam hidup..
    tawakkal dengan apa yang kita belum dapat..
    redha dengan apa yang kita dapat..
    dan sabar dengan apa yang kita belum jangka..
    pesanan untuk diri sendiri juga..(",)

    BalasPadam
  8. salam..kak aimi..maafin diriku yang tak menjawab panggilan hp..
    dan kak aimi,tahniah untuk segala usaha yang telah dihampar..
    3perkara perlu diaplikasikan dalam hidup..
    tawakkal dengan apa yang kita dapat..
    redha dengan apa yang kita dapat..
    dan sabar dengan apa yang telah terjadi..
    pesanan untuk diri sendiri juga..(",)

    BalasPadam
  9. To Mimi:

    Salam..takpe..akak pun takde kredit nak telefon balik..saja nak tanya khabar..mimi dah sombong eh..jaga, nanti akak kenakan mimi..huhu

    terima kasih untuk pesanannya:)

    BalasPadam
  10. Salam kak aimi.
    Semoga akak terus sukses ye.
    Dan semoga akak terus tabah.

    salam,
    madziani aka ani

    BalasPadam
  11. To Ani:

    Salam ani~
    Ameen insyaAllah
    Ya Allah lama tak dengar khabar?
    Macam mana sekarang practical dekat UKM?
    Mesej2 lah akak ye..kahabrkan berita dari kampung halaman:)

    BalasPadam