Isnin, 30 Mei 2011

Adegan romantis, suka?

Assalamualaikum wrt wbt,

Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan RahmahNya masih lagi kita dapat menjalankan segala kebajikan di muka bumi ini.

Alhamdulillah.

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, junjungan ummat, serta para sahabat yang mendahului kita membawa manusia mengenal Tuhan.

Alhamdulillah

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pandangan saya tentang situasi yang saya rasa ada di antara kita yang terlepas pandang, termasuk diri sendiri.

Tentang aksi romantis, panas aktor dan aktress kini.

Pasti para pembaca pernah menonton filem yang menampilkan aktor dan aktress beradegan romantis, mesra dan manja.

Baik itu filem Korea, filem Barat, filem Hindustan dan tidak kurang kalahnya filem Malaysia sendiri yang sudah dianggap berani melanggar norma-norma adat Malu seorang Melayu.

Tidak perlu saya sebutkan judul filem apa kerana lambakan filem yang ber genre seperti ini terlalu banyak di pasaran dan terlalu banyak meracuni hati, iman dan fikiran.

Contohnya:

Adegan romantis mengucapkan kata-kata mesra di antara pasangan kekasih.

Selalunya respon kita (terutama perempuan) spontan seperti refleks berkata,

"Sweetnya~"

"Romantiknya~"

"Kalaulah ada lelaki yang gentleman macam filem ini, bahagia aku"


Sedar atau tidak, secara tidak langsung kita membenarkan maksiat itu berlangsung di depan kita DAN dalam keadaan kita tahu itu adalah maksiat!


Malah ada yang merasa bahagia atau suka apabila hero bertindak berani melakukan aksi-aksi/adegan panas.

Mungkin ada yang menganggap enteng hal ini.

Ya benar, 2 orang manusia itu sedang berlakon kerana permintaan dunia hiburan tetapi tanya kembali pada diri kita,

"Dimana Iman saat aku menonton filem seperti ini?"

Tertinggal di mana iman kita dan tercampak ke mana malu kita?

Apakah hati dan iman kita hanya 'dipakai' saat kita siap dengan sejadah, berpakaian menutup aurat, duduk di masjid? DAN ditinggalkan iman dan hati saat menonton filem-filem yang membuai perasaan ini?


Mahu atau tidak, kita harus terima adegan pelakon itu:

1. Realitinya mereka adalah pasangan yang belum menikah dan haram melakukan adegan-adegan selayaknya seperti suami isteri yang sah.

2. Mereka sedang melakukan hal maksiat.

Tanya pada hati, apakah kita turut sama merasa terbuai atau sebaliknya kita bingkas menutup filem tersebut lantas menginsafi kealpaan diri?

Respons kita terhadap hal ini terkait rapat dengan hati kita.

Saat hati kita bersih, saat hati kita jauh dari kotor dan maksiat, segera Iman memberikan signal kepada diri kita untuk "STOP!"

Begitu juga sebaliknya, saat menonton adegan romantis, jika hati kita kotor, kita akan membenarkan tingkah mereka dan lebih malang lagi, kita akan sama terbuai dengan adegan yang direkayasa secara tidak langsung telah merosak hati dan iman kita, khususnya penonton Islam.

Mari kita renungkan hadith dan Kalam Allah di bawah ini, mari membaca menggunakan mata hati.

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Surah al-Muthaffifiin: 14,
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."

Surah al-Baqarah: 74

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."

Jangan hanya saat melihat teman-teman yang berada di sekeliling ber 'couple' mesra saja mula merasa marah, mula merasa 'dijentik' dengan kemaksiatan mereka tetapi menonton filem yang berunsurkan adegan-adegan romantis dan panas ini dianggap berbeza. Mereka sama-sama bermaksiat dan kita sama-sama berdosa kerana membenarkan. Na'udzhubillah.

Pesan 1: Ini merupakan sebuah ingatan buat diri sendiri. Semoga kita sama-sama dapat menjaga hati. Ameen.

4 ulasan:

  1. astaghfirullah...
    terkadang diri lupe, walaupun drama@movie tuh hanya lakonan semata but still melanggar hukum Allah..

    kadang-kadang org bagi alasan 'ala..dorg bukan muslim pun..dh mmg wat dosa..' Jd kita? takkan nak saham dosa skali?

    terima kasih ats perkongsian kak aimi =))

    BalasPadam
  2. Tahniah, alhamdulillah Bella, you got the point!

    :)

    InsyaAllah, peringatan buat yang menulis juga.

    Kerana keterbiasaan itu menjadi sebagian dari diri kita sehingga hal maksiat ini kadang-kala kita "tutup sebelah mata".

    Na'udzhubillah, redha Allah SWT jua lah yang kita cari. Semoga Dia memberkati kita dan menjauhi kita dari maksiat dan godaan syaitan.

    BalasPadam
  3. yup.. terdetik kt hati psl mende ni.. akhirnya ader gak yg bahas.. lebih memalukan bila adegan2 ini ader dlm movie2 islamiah..
    saya tahu mereka memainkan peranan suami isteri.. tp hakikatnya mereka bkan suami isteri yg sah.. adegan peluk.. pegang perut 'isteri' yg sedang mengandung..(NKTM) saya rasa mcm hukum tuhan sedang dimain2kan..

    BalasPadam
  4. Saudaraku,

    Terima kasih meninggalkan jejak,

    Semoga kita mampu menjaga hati kita dan menyebarkan kefahaman TAHU dan MAHU terhadap Islam kepada semua manusia di sekeliling kita.

    BalasPadam